Friday, April 11, 2008

Apakah Wujud Konspirasi Memusnahkan UMNO?

Sebenarnya, saya akan mengemukankan satu pendapat berkenaan keadaan politik di negara ini yang unik dan menarik ditinjau-tinjau. Bernasib baiknya saya Tun Dr Mahathir hari ni telah mengeluarkan kenyataan yang boleh menjadi rujukan saya. Dengan itu, bolehlah pendapat saya ini naik pangkat ke hipotesis. Apa pun kita jenguk dulu komentar Tun berkenaan isu terkini di http://www.mykmu.net

Posted on Friday, April 11 @ 09:04:30 MYT
Topic:KOMENTAR

Saya sebelum ini amat biasa dengan kritikan dan serangan Ahli Parlimen DAP terhadap Barisan Nasional dan Parti Perikatan sebelumnya, kononnya kerana terdapat apa yang dikatakan sebagai salahlaku. Bagaimanapun, selepas Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih, salahguna kuasa yang dilakukan secara terang, dan tindakan yang salah yang dilakukan Kerajaan tidak sedikitpun mengundang teguran orang kuat DAP macam Karpal dan Lim Kit Siang.

Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Karpal Singh yang telah menyelesaikan satu misteri yang menganggu fikiran saya selama lima tahun kebelakangan ini, setelah saya melepaskan jawatan Perdana Menteri. Saya tidak faham. Saya tidak percaya cerita yang kononnya terdapat pakatan atau konspirasi membabitkan Dato Seri Abdullah dan DAP. Tetapi apabila Karpal menasihatkan saya untuk bersara dengan hormat dan berhenti daripada mengkritik Perdana Menteri yang sedia ada, barulah saya sedar yang DAP sebenarnya menyokong Dato Seri Abdullah dan pengekalan kepimpinannya. Kenapa DAP beria-ia mahukan Dato Seri Abdullah terus menjadi Perdana Menteri? Sebagai pembangkang DAP mesti tahu bahawa masyarakat Cina secara umumnya tidak suka kepada pentadbiran Kerajaan Abdullah.

Mereka telah secara terbuka menyuarakan ketidakpuasan hati mereka dan hasrat mereka untuk tidak mengundi Barisan Nasional di dalam Pilihanraya 200. Kesilapan Dato Seri Abdullah menangani isu Hindraf juga telah meminggirkan kaum India. Sudah tentu parti pembangkang mengetahui yang masyarakat Melayu, termasuk ahli UMNO juga amat tidak berpuashati dengan pentadbiran Dato Seri Abdullah. Sudah tentu DAP dan parti pembangkang yang lain akan meraih untung dengan hilangnya keyakinan terhadap kepimpinan Dato Seri Abdullah di kalangan penyokong setia Barisan Nasional. Dan seperti yang dijangka, mereka secara beramai-ramai telah tidak mengundi BN di Pilihanraya Umum Mac 8. Yang tidak sanggup mengundi parti pembangkang telah secara sengaja merosakkan kertas undi mereka.

Ini menjelaskan kenapa terdapat lebih 300,000 undi rosak seluruh negara pada pilihanraya kali ini. Apabila Karpal suruh saya berhenti mengkritik Perdana Menteri, sudah tentu kerana beliau tahu yang Perdana Menteri yang sedia ada ini akan terus meminggirkan penyokong-penyokong BN. Di pilihanraya umum yang akan datang, orang ini akan lebih benci terhadap PM dan akan sebabkan BN kehilangan majoriti di Parlimen dan tidak lagi berupaya untuk membentuk Kerajaan Persekutuan. Dalam erti kata lain, "Pakatan" (yang maksud sebenarnya dalam Bahasa Inggeris adalah "conspirators") akan menang secara kebetulan dan akan membentuk Kerajaan Persekutuan.

Inilah sebabnya DAP nampak begitu sekali baik dengan Dato Seri Abdullah dan kenapa Karpal mahu saya berhenti mengkritik Dato Seri Abdullah. Dia dan sekutunya menentang apa-apa tindakan atau cubaan untuk menurunkan Dato Seri Abdullah. Tunku pernah mengkritik saya dan juga cuba untuk menurunkan saya dengan menyokong Tengku Razaleigh Hamzah. Tun Hussein Onn tidak setuju dengan tindakan saya berkaitan polisi "Buy British Last" tetapi beliau tidak sihat untuk menegur secara terbuka. Jadi teguran terbuka saya bukanlah seuatu yang asing. Ianya boleh dikatakan kesinambungan tradisi. Berkenaan dengan "phobia" saya terhadap peguam, ini merupakan sesuatu yang dijaja peguam pembangkang untuk tujuan politik. Karpal mengatakan bahawa saya benar-benar ingin menggantung peguam. Sebagaimana yang semua orang maklum, Shakespeare telah menggantung semua peguam pada masanya.

Karpal boleh terus-menerus percaya bahawa saya tidak berseloroh. Itu hak beliau. Tetapi ramai peguam lain yang tidak berfikiran begitu. Jadi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Karpal yang membantu saya menyelesaikan misteri politik yang telah menghantui saya selama lima tahun. Bagaimanapun, sebagai rakyat yang cintakan negara ini, saya akan terus bercakap, lebih-lebih lagi kerana pemimpin dan ahli UMNO takut untuk mengkritik ketua mereka. Mereka akan digelar pengkhianat dan akan dihukum.

Dr Mahathir bin Mohamad

No comments: