Saturday, July 26, 2008

Transkrip Debat 'Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak"

PERANTARA: Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Debat AgendaDaily ini membawa tajuk ‘Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak’. Di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka, dua orang tokoh kami bawa khas untuk mendebatkannya. Debat ini mengambil masa sejam dan disiarkan secara langsung ke seluruh Negara.
Format debat ini telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Masing-masing juga telah menamakan seorang wakil yang bertindak sebagai ahli panel. Mereka akan menanyakan soalan kepada pendebat yang mencalonkan mereka selain soalan kepada pendebat yang seorang lagi. Jumlah soalan bergantung kepada keadaan masa. Saya sendiri akan menanyakan soalan kepada kedua-dua pendebat ini. Supaya berlaku adil, soalan yang sama akan ditanya kepada kedua-dua orang. Kedua-dua pendebat juga akan diberi peluang untuk bertanya satu sama lain.
Untuk pemula bicara atau opening statement setiap tokoh akan diberikan masa 4 minit. Loceng akan dibunyikan selepas 3 setengah minit. Setiap soalan lain mesti dijawab dalam masa kurang dari 3 minit atau loceng akan dibunyikan sebagai tanda peringatan. Setiap pendebat akan membuat penggulungan selama 3 minit.
Saudara penonton yang saya hormati sekalian, tugas saya hanyalah sebagai perantara. Maka itu, saya memohon kepada kedua-dua tokoh ini untuk mendebatkan isu ini secara terbuka, profesional dan beretika. Tanpa ragu-ragu, saya akan menegur mana-mana pihak ataupun pendebat yang menyimpang dari tajuk atau yang mengemukakan soal-soal yang tidak relevan dengan apa yang sepatutnya dibahaskan.
Dengan penuh hormat, saya ingin memperkenalkan kedua-dua tokoh pendebat kita malam ini. Di atas pentas itu, YB Dato’ Ahmad Shabery Cheek, Menteri Penerangan Malaysia dan di sebelah beliau ialah Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Penasihat Parti Keadilan Rakyat atau PKR. Dua orang tokoh yang menjadi wakil pendebat ialah di sebelah kanan saya, Tan Sri Datuk Dr Nordin Kardi, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia dan Presiden Persatuan Universiti Malaysia dan di sebelah kiri saya, bagi pihak Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Saudara Zulkifli Sulong dari Akhbar Siasah.
Saya mulakan debat AgendaDaily bertajuk ‘Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak’ dengan mempersilakan Dato’ Seri Anwar untuk membuat opening statement selama 4 minit. Dipersilakan.
DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM: Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Terima kasih Datuk Johan dan AgendaDaily atas kesempatan ini. Dan penghargaan khusus kepada Dato’ Ahmad Shabery kerana memberikan ruang yang julung-julung kali diadakan.Saya menerima pelawaan ini dengan senang hati untuk membuka wacana yang bebas dan segar. Walaupun pada peringkat awal saya memilih untuk berdebat dengan Perdana Menteri atau Timbalan, tetapi saya terima baik kerana saya nak menggunakan kesempatan ini untuk menjelaskan, kalau kesempatan Pakatan Rakyat memerintah hari ini, esok harga minyak tetap turun.
Saya cadangkan, berdasarkan perkiraan kekuatan makro ekonomi negara kita, pertumbuhan dan potensinya, penyusunan dan pengurusan pemerintahan yang lebih cekap dan bebas dari rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan jumlah yang kita fikirkan untuk diturunkan dalam kadar segera sebagai langkah awal ialah 50 sen.Maknanya mulai esok seandainya kita memerintah malam ini, harga minyak ialah RM2.20. Saya pertahankan hujah ini kerana beban rakyat itu sudah tidak terkawal. Petani, nelayan, pekerja, peniaga peringkat menengah dan atasan itu mengalami satu keperitan yang luar biasa. Ini jarang sekali berlaku dalam sejarah Negara kita.Kenaikan mendadak yang cukup membebankan orang-orang yang majoritinya Melayu lebih banyak menerima kesan. Semua perbicaraan tentang menyelamatkan orang Melayu dan membela nasib orang Melayu itu hanya omongan. Tetapi kenyataannya keperitan itu menimpa orang Melayu, termasuklah bumiputera Sabah dan Sarawak.
Bagaimana boleh dapat saya kumpulkan RM5 bilion ini? Saya akan jelaskan dan memperincikan berikutnya. Iaitu TNB sekarang umpamanya mempunyai standby capacity yang berlebihan. Reserve 40%, di antara paling tinggi di dunia. Siapa yang untung? IPP – Jana Kuasa Bebas. Untungnya sudah berbilion ringgit, ada lagi kapasiti yang begitu besar.Mengapa kita harus berikan? PETRONAS rugi, TNB rugi… yang untung IPP. Dan kapasiti 40% itu saya usulkan untuk dikurangkan standby capacity itu kepada 20%. Dengan mengurangkan kapasiti itu sahaja kita telah mendapat RM2 bilion. Jadi kita kena cari RM3 bilion lagi. PETRONAS hari ini dalam financial announcement menyebut jumlah keuntungan yang besar bagi tahun 2008 yang baru selesai diumumkan hampir RM100 bilion.
Jangan kita bicara soal naik harga minyak. Naik harga minyak di pasaran dunia bermakna pendapatan dan dana Kerajaan bertambah …. meningkat besar. Jadi kalau kita mempunyai keuntungan begitu besar, sebahagiannya untuk PETRONAS dan saya tidak ganggu PETRONAS kerana PETRONAS mempunyai rekod yang cemerlang dan pengurusannya membanggakan. Masalahnya ialah manakala campur tangan politik, pengurusan politik yang sangat lemah membebankan negara.
Jadi oleh yang demikian, saya mengusulkan sebagai langkah awal kita turunkan 50 sen mulai esok. Walaupun sekarang Barisan Nasional memerintah, bermakna ini tidak mungkin. Tetapi kita turunkan 50 sen esok, Insya Allah dan saya akan jelaskan dalam masa yang diberikan nanti bagaimana kita boleh cari RM3 bilion. RM3 bilion ini untuk dana meringankan beban rakyat itu tidak terlalu besar.Kerugian dan tanggungan PERWAJA sahaja RM13 bilion yang boleh ditampung oleh Kerajaan. Mengapakah harus kita menjadikan isu terlalu besar apabila RM3 bilion itu ingin diagihkan kepada rakyat jelata.
PERANTARA: Terima kasih Dato’ Seri Anwar. Saya mempersilakan YB Dato’ Ahmad Shabery Cheek.
YB DATO’ AHMAD SHABERY CHEEK: Assalamualaikum w.b.t. Saya menerima jemputan AgendaDaily untuk berdebat malam ini atas kesedaran bahawa adalah tanggung jawab saya sebagai orang yang dipilih oleh rakyat dan juga seorang Menteri yang dipilih melalui proses yang sah. Dan saya bertanggung jawab untuk menyatakan bahawa apa-apa tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan, inilah cara yang terbaik untuk masa depan negara kita dan masa depan rakyat. Bukan pendekatan populis yang sering dilakukan dalam banyak negara yang tidak semestinya negara itu berakhir dengan keadaan ekonomi yang lebih baik kepada masyarakatnya.
Perlu saya jelaskan di sini bahawa kalaulah dikatakan pada hari ini 50 sen hendak diturunkan, sebenarnya ucapan ini saya dah dengar sebelum pilihan raya yang lepas. Jadi bermakna dia mesti bercakap pada harga sebelum pilihan raya iaitu pada harga RM1.92.
Tentangannya ialah menentang kadar kenaikan harga yang baru-baru ini. Kalau kita teruskan pada harga RM1.92, ini bermakna subsidi yang terpaksa ditanggung oleh Kerajaan ialah sebanyak RM50 bilion. Dan ini bermakna banyak program-program pembangunan, soal sekolah, soal rakyat, soal jalan, soal orang di FELDA, soal orang di kampung tidak dapat dilaksanakan hanya untuk menampung cara hidup yang berterusan yang ada pada hari ini.
Perlu saya jelaskan juga bahawa, kita perlu tahu bahawa kenaikan harga minyak sekarang ini bukanlah kerana kita. Kita mesti sedari hakikat bahawa kita berhadapan dengan krisis minyak seluruh dunia. Harga minyak naik bukan Kerajaan yang salah tetapi ini adalah kerana keadaan kenaikan harga minyak dunia disebabkan perang di Iraq, kemungkinan serangan di Iran, tentang permintaan China dan India yang semakin besar dan faktor-faktor lain yang dirasakan di seluruh dunia.
Dalam sejarah Negara kita, harga minyak dunia ataupun krisis minyak ini bukan kali yang pertama. Kali yang pertama ialah dalam tahun 1973 dan 1974. Pada waktu itu selepas perang Yunkipur atau Perang Ramadhan pada ketika itu, di mana orang-orang Arab – negara-negara Arab berpakat untuk mengenakan tindakan embargo minyak kepada negara-negara yang menyokong Israel pada waktu itu. Pada masa yang sama ia memberhentikan atau mengurangkan pengeluaran minyaknya.
Waktu itu juga, seluruh dunia menghadapi masalah inflasi yang teruk. Harga minyak naik mendadak 400% daripada 10 dolar setong hingga 40 dolar setong dalam masa 6 bulan. Memberikan kesan inflasi yang cukup teruk termasuk dalam Negara kita pada waktu itu. Tetapi saya ingat pada waktu itulah pentingnya, tahun 1974 ialah zaman Tun Razak.Tun Razak menubuhkan PETRONAS pada waktu itu. Menubuhkan PETRONAS dalam keadaan yang tertekan kerana dunia luar menekan kita jangan ambil hak yang telah diberikan kepada SHELL pada waktu itu. SHELL telah diberikan oleh British sebelum meninggalkan negara kita. Kita tubuh PETRONAS pada waktu itu dan ia bukanlah satu perkara yang mudah.
Sebab itulah pada waktu itu seluruh rakyat bersatu menyokong Tun Razak. Pada waktu itu polls khas menyokong Tun Razak. Pada waktu itu juga banyak parti-parti lain menyokong Tun Razak. Saya ingat pada waktu itu Saudara Anwar memilih untuk memalukan Tun Razak, berarak di jalan raya mengajak mahasiswa dan sebagainya.Seperti dulu dan seperti hari ini, rakyat memang sempit tetapi saya melihat sama seperti dulu, Saudara Anwar suka mengambil kesempatan daripada kesempitan rakyat. Sebab itulah kita katakan bahawa, memberikan minyak yang murah bukan penyelesaiannya. Banyak negara ……. terima kasih.
PERANTARA: Terima kasih Dato Seri dan terima kasih Dato’. Kita masuk kepada pusingan yang kedua. Ini merupakan soalan saya yang saya tujukan kepada kedua-dua tokoh ini. Soalan saya ialah, pada masa ini PETRONAS hanya menguasai kira-kira 40% pasaran runcit petroleum. Sekiranya subsidi yang besar diberikan, maknanya Kerajaan juga harus menanggung subsidi untuk beberapa syarikat minyak raksasa yang ada di negara ini termasuk EXXON Mobil dan SHELL. Apa komen pendebat? Saya mulakan dengan Dato’ Ahmad Shabery Cheek.
YB DATO’ AHMAD SHABERY CHEEK: Kita mesti mengakui bahawa kaedah subsidi adalah kaedah yang tidak boleh bertahan lama. Banyak subsidi ertinya kita mesti mengakui akan memberi kesan pertumbuhan ekonomi yang sebenarnya.Kalau kita terus memberi subsidi yang banyak, kita akan mewujudkan satu keadaan bahawa wang Negara yang sepatutnya dilaburkan untuk kepentingan rakyat, untuk sekolah, untuk hospital dan sebagainya terpaksa digunakan hanya untuk menampung subsidi minyak yang sebahagiannya akan digunakan oleh orang-orang yang sudah kaya, yang sudah mempunyai kenderaan yang besar termasuk orang-orang dari luar negara. Sebab itulah kita katakan di sini bahawa kalau kita terus memberi subsidi sebagaimana yang disebutkan tadi, ada syarikat-syarikat seperti EXXON Mobil, seperti SHELL dan sebagainya yang turut mendapat faedah daripada wang rakyat. Dalam soal ini, kenapa tidak kita berikan wang tersebut terus kepada rakyat dan ini yang dibuat oleh kebanyakan negara-negara maju yang lain.Kalau disebutkan tadi kerana pengurusan yang tidak cekap, kerana ada rasuah dan sebagainya. Kita tanya Norway, Finland, tanya negara-negara maju yang lain yang dikatakan paling kurang rasuah, mereka juga tidak subsidi dan mereka telah menunjukkan prestasi ekonomi yang lebih baik dan Malaysia juga harus menuju ke arah itu.
PERANTARA : Dato’ Seri Anwar.
DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM: Debat ini masalah minyak, bukan Anwar dan Shabery. Oleh yang demikian, saya tidak memilih untuk menyentuh beliau walaupun beliau tokoh Semangat 46 dahulu. Itu tak apa.
Soalnya saudara, kita nak banding dengan Norway, pendapatan per kapita Norway 10 kali lebih daripada Malaysia. Kita bicara soal harga minyak ini, keperitan rakyat, petani, nelayan dan pekerja yang miskin. Jadi kalau kita nak bandingkan dengan kedudukan negara industri yang capai tahap yang baik, ini agak sukar. Nisbah dan basis perbandingan itu meleset sama sekali.
Saudara, soal minyak, soal bantuan, meredakan keperitan rakyat ini tanggung jawab mana-mana pemerintah. Lebih ramai orang miskin, lebih rakyat terpinggir, baik Melayu atau bumiputera Sabah, Sarawak atau segelintir Cina dan masyarakat India di estet, itu tanggung jawab kita. Soalnya, menaikkan kadar minyak dengan mendadak begini, cukup membebankan. Dan kalau pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional sampai hari ini tidak sedar, saya fikir masa depan parti itu tidak begitu cemerlang lagi. Orang tidak akan yakin.
Saudara, ini realitinya. Saudara tahu, berapa ramai jumlah pengangguran? Itu akan saya sentuh. Sebab itu prinsip subsidi, bila nak tolong orang miskin, subsidi. Bagaimana tentang prasarana infrastruktur, berpuluh bilion ringgit yang disediakan untuk pedagang-pedagang untuk industri? Untuk pelabuhan? Bukankah itu bentuk subsidi?Prasarana disediakan dengan jumlah yang besar, kita sebut insentif. Tolong rakyat miskin dengan subsidi minyak kita panggil subsidi. Jumlah nak tampung kerugian PERWAJA saya sebut tadi, dan MAS dan pelbagai bail-out , kita sebut bail-out, bantuan menyelamatkan ekonomi. Nak bantu nelayan, petani dan Melayu miskin namanya subsidi. Dan subsidi itu namanya cukup negatif dan busuk sekali. Saya tidak setuju.
Saya anggap tanggung jawab kita dalam mana-mana negara. Kita ada dana. Keuntungan PETRONAS, tak sentuh bahan sektor yang diperoleh daripada PETRONAS, itu perlu untuk pelaburan dan sebagainya. Ini soal dana yang besar yang diperoleh oleh Kerajaan. Memang betul untuk sekolah, tapi kalau kita ambil berbilion dari rakyat kemudian kita tingkatkan bangunkan sekolah, tanggung jawab dan boleh kita sentuh dalam round kedua. Insya Allah.
PERANTARA: Baik, terima kasih Dato’ Seri Anwar. Demikian saudara penonton sekalian, berakhirnya segmen pertama debat AgendaDaily ini. Kita akan bertemu lagi selepas pesanan iklan ringkas ini. Jangan ke mana-mana
PERANTARA: Saudara penonton yang saya hormati sekalian, kita sedang mengikuti Debat AgendaDaily mempertemukan YB Dato’ Shabery Cheek dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang membawa judul ‘Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak’. Kita sampai pada pusingan ketiga sekarang, saya mempersilakan wakil Dato’ Ahmad Shabery bertanyakan soalan kepada Dato’ Seri Anwar. Silakan Tan Sri.
TAN SRI DATUK DR NORDIN KARDI: Terima kasih Pengerusi. Sebelum saya mengemukakan soalan yang terbuka, saya ingin terlebih dahulu mendapatkan komitmen yang diucapkan oleh Dato’ Seri tadi, iaitu premis kepada cadangan apabila memerintah hari ini besok harga minyak akan turun 50 sen, bukan kerana Malaysia adalah negara pengeluar minyak, ya atau tidak?
DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM: Ya, Malaysia ialah negara pengeksport minyak.
TAN SRI DATUK DR NORDIN KARDI: Kerana Malaysia negara pengeksport minyak, itu sebabnya cadangan ini dikemukakan?
DATO’ SERI ANWAR: Ya.
TAN SRI DATUK DR NORDIN KARDI: Jadi apabila cadangan ini dikemukakan sedangkan dalam hujah telah menyentuh perkara-perkara lain yang bukan berkaitan dengan minyak iaitu yang berkaitan dengan IPP dan sebagainya. Jadi saya merasai …..
DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM: IPP itu ada hubungan minyak dengan gas.
TAN SRI DATUK DR NORDIN KARDI: Premis itu sudah bercampur-campur, jadi saya suka menyebut beberapa angka iaitu hasil ataupun revenue daripada minyak. Mengikut laporan tahunan yang telah diumumkan ialah RM223 bilion.Dan daripada RM223 bilion ini yang merupakan hasil daripada minyak yang dikorek daripada Malaysia ialah 26% iaitu RM56 bilion, sedangkan PETRONAS telah mengembalikan wang sebanyak RM63 bilion, bermakna melebihi daripada duit minyak yang diperoleh daripada urus niaga minyak Malaysia sebanyak RM5 bilion lebih.Jadi dengan demikian, seolah-olah apabila wang ini dilaburkan semula untuk perkembangan ekonomi, dan apabila Dato’ Seri memerintah hari ini, besok akan menurunkan harga minyak, Seolah-olah Dato’ Seri seumpama seorang anak yang telah kematian bapa akan membahagi-bahagikan harta ini yang telah dikumpulkan hasil keringat orang terdahulu, untuk mendapatkan keseronokan di kalangan kawan-kawan bahawa Dato’ Seri adalah pemimpin yang baik.
DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM: Terima kasih. Terima kasih atas ucapan pengulas. Saya fikir dia nak tanya soalan. Tapi mungkin kaunseling punya pengaruh.
Basic, pengetahuan basic bila kita sebut industri petroleum itu, termasuk minyak dan gas. Patut dapat taklimat awal. Tapi kalau yang disebut oleh PETRONAS ini, keuntungan besar dari pelaburan PETRONAS dan PETRONAS ini walaupun termasuk dalam di antara 100 syarikat minyak terbaik, tapi dari segi keuntungan termasuk di antara yang ke 10 terbaik.Dan keuntungan ini ialah kerana operasi kebanyakannya itu dalam negara dan sebahagian kecil di luar. Dan dalam polisi kita tentunya kita menggalakkan PETRONAS untuk terus melabur sebahagian pendapatannya. Sebab itu kita tidak menyentuh dana yang diperoleh oleh PETRONAS. Kita nak menyentuh dana yang dipulangkan kepada Kerajaan kerana PETRONAS ini milik dan khazanah Negara. Berhak untuk rakyat, anak ni maknanya anak kita semua, itu hak mereka.
Jadi sebenarnya soal nak menyatakan pendekatan populis atau tidak, ya. Kita dalam pemerintahan ini nak jaga siapa? Nak jaga tauke besar dan kroni? Atau nak jaga rakyat? Kita jaga semua. Jadi oleh yang demikian, saya tekankan jumlah yang kita sebutkan 50 sen itu bukan jumlah yang keterlaluan. 50 sen turun, langkah awal.Memang Dato’ Shabery, dia menyentuh … memang saya janji lebih, memang itu saya sebut itu langkah awal. Sebab apa saya nak menyebut langkah awal, sebab kekacauan, kemusnahan ekonomi, kerosakan akibat kenaikan mendadak keterlaluan, kerana naik begitu mendadak keterlaluan, tidak ada yang sokong, yang sokong hanya Ahli Parlimen Barisan Nasional. Kerana naik keterlaluan, kita terpaksa menurunkan ikut peringkat. Saya mengambil satu pendekatan bertanggung jawab, kalau benar populis saya umumkan saja, kita turunkan RM1 atau RM1.50, apa salahnya. Tetapi saya terpaksa mempertahankan dengan hujah dengan angka RM2 bilion selamat dari…… saya sambung kemudian.
PERANTARA: Saya mempersilakan Saudara Zulkifli Sulong untuk bertanyakan soalan kepada Dato’ Ahmad Shabery.
SAUDARA ZULKIFLI SULONG: Assalamualaikum Dato’ Ahmad Shabery. Pada tahun 2006 lalu, Kerajaan telah menaikkan harga minyak sebanyak 30 sen. Hasilnya Kerajaan telah dapat jimat kira-kira RM4.3 bilion dahulu. Kerajaan berjanji ia akan digunakan untuk pengangkutan awam. Mengikut jawapan di Parlimen baru-baru ini, Kerajaan baru belanjakan RM834.72 juta sahaja, untuk prasarana pengangkutan awam sejak dari tarikh itu.Kenapa perkara ini berlaku? Kerana dengan kenaikan ini pula, Kerajaan boleh jimatkan RM13 bilion. Jika RM4.3 bilion yang kita jimatkan dahulu itu sukar untuk dibelanjakan, sehingga kini tidak dapat nampak hasilnya tentang pengangkutan awam yang dijanjikan. Apakah yang akan berlaku dengan penjimatan yang agak besar yang akan kita hapuskan?
DATO’ AHMAD SHABERY CHEEK: Terima kasih Saudara Zul. Sebenarnya Saudara mungkin tidak ikut perkembangan harga minyak agaknya. Pada waktu itu 70 dolar, sekarang 140 dolar. Senanglah nak cakap turun, siapa pun boleh, kalau tak memerintah. Saya duduk pembangkang mudah hendak cakap. Bagi free pun boleh.Tetapi kita mesti bertanggung jawab dalam soal ini. Kita tengok dalam dunia sekarang ini pun, pertamanya kita perhatikan, dalam dunia sekarang ini, semua negara yang murah harga minyaknya, Venezuela paling murah, 10 sen sahaja. Saya baru ke sana minggu lepas. Tetapi inflasinya berapa? 30%, yang terburuk dalam negara Latin Amerika. Iran inflasinya yang ke 8 terburuk dalam dunia sekarang. Itu negara yang murah.Kerana dalam masa yang sama kita kena ingat, bahawa harga minyak bukan sekadar menyebabkan harga minyak sahaja naik, tetapi bukan sahaja harga barang, tetapi termasuk krisis makanan.
Sekarang ini kalau kita tengok, negara kita mampu untuk mengatasi krisis makanan sekarang ini malahan kalau kita tengok beras kita lebih murah daripada beras Thailand. Ini antara bukti kemampuan kita mengatasi makanan. Sebab itulah kita katakan bahawa ianya hanya dapat diimbangi dengan cara sistem subsidi yang betul dan kita tidak perlu berarak di jalan raya.Alhamdulillahlah kita dapat bersama hari ini, tidak berarak di jalan raya atau pun buat konsert yang tidak senonoh seperti baru-baru ini. Kita dapat berbincang dengan yang baik dalam keadaan sekarang ini.
PERANTARA: Sekarang saya akan minta supaya Saudara Zul menanyakan soalan kepada Dato’ Seri Anwar, silakan.
SAUDARA ZULKIFLI SULONG: Dato’ Seri, bercakap soal minyak ini, ia adalah harta masa depan kita. Seingat saya semasa Dato’ Seri menjadi Menteri Kewangan dahulu, Dato’ Seri pernah menubuhkan Tabung Warisan. Dan apa sebenarnya dalam pemikiran Dato’ Seri ketika itu, jika kita kaitkan dengan isu minyak yang juga harta rakyat masa depan sekarang ini?
PERANTARA : Silakan.
DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM: Dua Kumpulan Wang Amanah yang penting ialah Kumpulan Amanah Pencen dan Negara yang melibatkan kepentingan heritage. Kerana pada masa itu kita ada belanjawan lebihan, tidak macam sekarang deposit teruk. Masa itu kalau belanjawan lebihan, kita kumpulkan supaya kita simpan sebahagian daripada dana yang diberikan PETRONAS dan lebihan itu untuk masa depan Negara.
Malangnya, perkara itu tidak dikembangkan dan dana simpanan itu masih di peringkat yang dianggap agak kecil. Tetapi dalam isu minyak ini, kita tidak boleh kaitkan semata-mata dengan harga global. Kalau kita sebut Venezuela, Iran, benar inflasinya agak naik sedikit, tapi kalau kita kira inflasi yang disebut oleh Kerajaan.Cuba pergi kedai beli ikan ke, bawang ke, ayam ke, ianya tidak naik 3%. Angka terakhir yang disebut oleh Gabenor Bank Negara 6% lebih. Semua bank sebut lebih 8%. Maknanya kebijakan ekonomi yang diumumkan menyebabkan inflasi melonjak tinggi kerana kenaikan itu pada tahap yang singkat terlalu tinggi menyebabkan kesan sampingan harga barang meningkat.Jadi keprihatinan Pak Menteri meniaga barang di inflasi itu bercanggah dengan keputusan yang dibuat oleh Kerajaan. Naik minyak mendadak, inflasi tidak akan naik. Itu teori ekonomi siapa yang mengajar begitu?
Kenaikan yang mendadak, kenaikan barang termasuk minyak bila mendadak begitu akan membawa kesan yang parah. Kita sebut harga minyak global, memang benar. Harga minyak global meningkat tinggi tetapi setiap 1 dolar Amerika naik dengan pengeluaran minyak di Malaysia, kita peroleh RM360 juta.Jadi naik harga minyak itu pulangan besar kepada kita. Ini hendak merunsingkan orang kampung, harga minyak global naik, di London, di Paris, di China, di India naik. Kita pengeluar minyak, memang naik berbanding 10 tahun lalu, tetapi tidak boleh bebankan rakyat dan yang saya nak tekankan sekarang ini, kenaikan begini menyebabkan ekonomi kian meleset.
PERANTARA: Saya mempersilakan Tan Sri Datuk Dr Nordin Kardi untuk menanyakan soalan kepada Dato’ Ahmad Shabery.
TAN SRI DATUK DR NORDIN KORDI: Tadi saya telah menanyakan komitmen Dato’ Seri Anwar tentang adakah premis kepada penurunan harga minyak 50 sen itu kerana Malaysia adalah pengeluaran minyak. Selepas kita bacakan data bahawa sumbangan minyak dalam negara hanya 26%. Saya melihat bahawa isu yang dicadangkan oleh Dato’ Seri Anwar bukan isu minyak lagi tetapi memilih minyak sebagai sasaran untuk dikurangkan kepada 50 sen.Tetapi mengapa tidak misalnya oleh kerana ia bukan semata-mata isu minyak bercakap mengenai pengurangan cukai seperti mana Kerajaan telah tidak mengenakan cukai kepada mereka berpendapatan di bawah RM2,000, mengapa tidak misalnya memberi bantuan sewa rumah kepada mereka yang miskin tinggal di bandar, tetapi mengapa memilih minyak, mengapa agaknya Dato’ Seri Anwar tidak berjanji untuk mengurangkan inflasi seperti katanya 80% kepada 30%. Jadi soalan saya kepada Dato’ Shabery ialah mengapa agaknya Dato’ Seri memilih minyak sebagai sasaran janji kepada rakyat apabila memerintah esok. Terima kasih.
YB DATO’ AHMAD SHABERY CHEEK: Saya rasa soalan ditanya kepada saya kerana merasakan banyak premis yang salah tadi. Kita bercakap tentang kita ini sebagai negara pengeluar minyak. Saya hendak tanya, kita ini negara pengeluar minyak nombor berapa dalam dunia? nombor 1 hingga 20? Kita nombor berapa?Tidak masuk pun. nombor 21 pun tidak. Kita kecil, jangan bandingkan dengan Arab Saudi, jangan bandingkan dengan Venezuela, jangan bandingkan dengan Iran, jangan banding dengan tempat lain. Kita kecil sangat, itu pun minyak kita telah diambil 100 tahun lamanya dan kita telah sampai ke peringkat penghujung. Kita masih nett exporter tetapi nett exporter yang kecil. Kita kena tahu dalam soal ini.Dan kemudiannya dari segi keuntungan daripada minyak kita tidak benar tadi, sebenarnya hanya 26% daripada keuntungan yang disebabkan oleh PETRONAS hari ini, 26% hasil daripada minyak dalam negeri yang lain itu adalah pelaburan. Kalau kita kata tahun 2015 nanti waktu kita sudah tidak ada minyak, apakah waktu itu kita telah menjadi nett importer pada waktu tersebut. Apakah pada waktu itu kita baru hendak mengikut harga dunia, kalau orang hendak jual minyak pada kita waktu itu.Kalau tidak jual bagaimana? Sebab itulah tanggung jawab PETRONAS dengan keuntungan yang ada walau sudah banyak diberikan kepada negara sepatutnya cari minyak di luar negara dan terima kasih di bawah Dato’ Seri Mahathir misalnya, sampai ke 33 buah negara yang dia terokai, PETRONAS kita sehingga kita menjadi salah sebuah negara yang mempunyai sebuah syarikat minyak antara yang ternama dalam dunia sekarang ini. Sebab itulah kita rasakan jangan menyebabkan PETRONAS menjadi lebih miskin dalam soal ini. Kita mestilah realistik, minyak kita bukanlah minyak yang banyak sangat, mungkin minyak urut, minyak atar tidak tahulah dalam soal ini.
PERANTARA: Terima kasih, kita akan pergi kepada soalan cepumas. Saya akan minta Dato’ Seri Anwar menanyakan satu soalan kepada Dato’ Ahmad Shabery dan kemudian Dato’ Ahmad Shabery akan menanyakan satu soalan kepada Dato’ Seri Anwar. Saya mulakan dengan Dato’ Seri Anwar menanyakan soalan kepada Dato’ Ahmad Shabery.
DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM : Saudara Shabery, siapa yang bandingkan Malaysia dengan Venuezela dan Iran? Harganya 10 sen, 15 sen, 16 sen? Soalnya, kita bandingkan Malaysia sebagai negara pengeksport minyak, dan kita telah bagi perkiraan bahawa kenaikan yang mendadak itu membebankan rakyat dan menyebabkan kemerosotan, kemelesetan ekonomi negara.Jadi kalau ini diketahui, mengapa Kerajaan setelah berjanji untuk tidak menaikkan minyak sebelum pilihan raya, dalam tempoh beberapa bulan sahaja telah memungkiri janji, mengkhianati janji dan menaikkan harga minyak yang membebankan rakyat dan mengatakan kita ambil dari dana PETRONAS? Siapa yang kata kita ambil dari dana PETRONAS? Saya kata kita jimatkan belanja, kita betulkan perjanjian kita dengan IPP dan kapasiti lebihan dan kita ambil dari dana Kerajaan yang bocor begitu banyak termasuk rasuah yang disebut Morgan Standly kehilangan RM300 bilion dan RM10 bilion.Jadi saudara, saya cuma hendak sebutkan begitu, mengapa gunakan media termasuk media rasmi sebagai amanah memutar belitkan kenyataan kita? Kenyataan kita ialah mengapa kenaikan yang begitu mendadak dan membebankan? Dan mengapa kita tidak boleh mengurus sumber khazanah yang kita miliki untuk meringankan bebanan rakyat dan memajukan pertumbuhan ekonomi dengan meyakinkan?
PERANTARA: Terima kasih, saya minta Dato’ Ahmad Shabery jawab.
YB DATO’ AHMAD SHABERY CHEEK: Saya kira ini sekali lagi ucapan yang populis sifatnya. Seolah-olah menafikan bahawa segala-galanya dikaitkan bahawa punca kenaikan harga minyak kita ini kerana tidak ada penjimatan dan soal rasuah dan sebagainya.Ini boleh kita terima sekiranya kenaikan harga minyak negara kita adalah sesuatu yang terpencil daripada negara lain. Seolah-olahnya Saudara Anwar menafikan bahawa seluruh dunia berhadapan dengan soal harga minyak yang tinggi sekarang ini, seolah-olah dikatakan bahawa minyak mahal di Malaysia sahaja.Ini sama saya katakan seperti dalam tahun 1974 dahulu, Saudara menggerakkan MASSA, menggerakkan mahasiswa mengatakan orang kaya raya, orang miskin papa kedana. Sedaplah kita bercakap waktu itu, bercakap tentang orang Baling pada waktu itu. Tetapi pada waktu yang sama kita rasakan bahawaSaudara Anwar waktu berada dalam Kerajaan, tidak selesai pun tentang soal orang di Baling. Bercakap mudah dalam soal ini, sebab itulah sebahagian daripada masalah yang kita ada, soal IPP ialah semasa zaman Saudara Anwar berada dalam Kerajaan. Susah kita hendak ubah kontrak-kontrak yang ada sekarang ini kerana antara kontrak itu dipertahankan semasa Saudara Anwar berada dalam Kerajaan.
Saudara Anwar kata media suka memutar belitkan. Saya rasakan sekarang ini tidak pernah berlaku kalau Saudara Anwar berada dalam Kerajaan diberi peluang yang begini kepada seorang pemimpin pembangkang. Saya rasakan bahawa kalau mengikut cara Saudara Anwar sewaktu menyelesaikan masalah krisis kewangan tahun 1997, memilih cara yang digemari oleh IMF.Pada waktu itu yang menjerut rakyat dan tidak pernah pun di cakap kita membuat tentang kepentingan rakyat, kadar bunga yang dinaikkan dengan cara yang cukup tinggi pada waktu itu, NPL dipanggil daripada enam bulan kepada tiga bulan, ramai peniaga kecil SME dan sebagainya bankrap disebabkan oleh Saudara Anwar.
Kita bercakap mudah bila kita di luar, tetapi hakikat yang sebenarnya tidak semudah dapat kita hayati dalam keadaan yang sebenarnya dalam negara kita pada hari ini. Tetapi percayalah sebagaimana yang saya katakan tadi, dalam kesusahan yang ada sekarang rakyat cukup makan.Kalau disebutkan tentang soal kebocoran dan sebagainya, kita cubalah lihat, Saudara Anwar cubalah lihat bandingkan statistik yang ada sekarang ini, semua negara-negara yang dianggap murah minyaknya juga mengalami keadaan inflasi yang tinggi kecuali boleh dibuktikan satu negara yang memberikan subsidi yang tinggi, inflasinya tidak berlaku, tunjuk dan buktikan, Iran, Venezuela, Saudi Arabia, Qatar semua ini negara-negara minyaknya tetapi inflasinya adalah jauh lebih tinggi daripada Malaysia.Sebab itulah saya katakan bahawa jangan kita sempitkan pemikiran kita dalam mengelirukan rakyat semua.
PERANTARA: Sekarang, saya mempersilakan Dato’ Ahmad Shabery mengajukan soalan kepada Dato’ Seri Anwar.
YB DATO’ AHMAD SHABERY CHEEK: Soalan saya mudah sahaja. Kalau kita mengajar rakyat kita dengan harga yang murah walaupun pada hakikatnya harga minyak antarabangsa adalah tinggi, tahun 2015 kita akan menjadi nett importer. Mungkin beberapa tahun lagi kita tidak akan ada minyak lagi. Apakah subsidi begini akan diteruskan? Atau pada waktu itu baru nak naik mendadak serta merta daripada apa yang ada sekarang?
PERANTARA: Silakan Dato’ Seri Anwar.
DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM: Ya, terima kasih. Sekurang-kurangnya, soalan itu tadi kembali kepada mauduk. Yang lain itu, soal demonstrasi 1974 belum habis demam pun lagi.
Saudara, siapa yang bagi angka kata ada deflation? Ada kehausan sumber minyak pada 2015? Cuba kalau baca betul-betul laporan PETRONAS. Disebut, mengikut perkiraan sekarang, seandainya 10 tahun dari sekarang tidak ada sama sekali telaga minyak yang baru, maka …, bacalah bagi habis. Maknanya, kapasiti tidak terencat.20 tahun yang lalu atau 30 tahun yang lalu, kapasiti kita berakhir pada 2005. Keadaan itu berkembang. Baiknya PETRONAS ini, kerana dia tidak hanya memilih untuk cari gali dalam negara. Dia pilih luar negara untuk mencari sumber yang lain. Sebab itu, saya pertahankan PETRONAS.
Yang saya kritik ialah Kerajaan Barisan Nasional. Dia ada beza. Jadi, kalau Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Parlimen pun tak faham, problem kita. Soalnya, sekarang, kita bincang minyak. Tapi, pengurusan Kerajaan, kebocoran. Saya boleh bagi contoh, bukan saya bagi perkara yang tidak bertanggungjawab. Betul, IPP itu diluluskan di zaman saya menjadi Menteri Kewangan. Tapi, saudara harus honest to the truth.Jangan bohong. Saudara boleh semak rekod. Semak surat Tan Sri Ani Arof, Pengerusi TNB. Dia pertahankan keputusan Kementerian Kewangan, dia bercanggah dengan EPU dan keputusan Perdana Menteri pada ketika itu.
Saya mempersilakan Saudara semak balik. Kita tidak bersetuju dengan harga yang ditetapkan. Itu sebabnya, mengapa Tan Sri Ani Arof meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi TNB. Betul. Tetapi, tak mengapalah. Dato’ Shabery kata Anwar salah. Tetapi, tahun 1990. Dan kamu buat apa tahun 2008 ini? Sekarang ini, dalam keadaan permulaan perjanjian IPP, rizab kapasiti 10, 15 tahun dulu, sekarang, kita teliti balik.Untung IPP ini berbilion dan PETRONAS itu kerugian, termasuk TNB kerana beban perjanjian IPP. Sebab itu harus diteliti semula. Saya menganggarkan, kalau diteliti semula selain RM2 bilion rizab kapasiti kita boleh jimatkan RM1 bilion lagi. Dari kadar RM3 bilion, kita hanya perlu RM2 bilion.
Tengok, bagaimana Kerajaan uruskan pembelian diesel. Diesel yang bocor, penyeludupan, dan penyelewengan, berapa? RM700 juta setahun. Kemudian, Kerajaan tubuh syarikat kroni, Teras Kimia, RM117 juta. Sudahlah rugi RM700 juta, ambil syarikat geng dia, bantu pula RM100 juta. Rakyat? Jadi, ini sebab Saudara, saya minta dengan baik, ikhlas, betulkan ini. Kalau kita dapat jimatkan yang ini, setiap proses satu persatu, kita boleh jimatkan. Ini disebut tiris dan bocor. Sekiranya ini dapat dilakukan, kita lihat ini dari segi kerangka ekonomi makro keseluruhannya.
Saudara boleh bangkitkan, umpamanya, ini pendekatan naik minyak mendadak, cadangan siapa? Ini preskripsi IMF World Bank. Dan beri satu contoh. Jangan guna ini sebagai istilah politik biasa. Saya sedia tepat, soal krisis ekonomi 1997, 1998 dengan pakar ekonomi lain pun tak apa. Tetapi, dengan syarat, bagi ruang. Bahawa adalah satu fitnah besar seperti fitnah berterusan terhadap saya bahawa kita tunduk kepada prinsip IMF.
Saudara, tidak mengapa. Soalnya sekarang, kita beri satu kebocoran yang saya sebutkan tadi. PETRONAS umumkan, ada dividen khas selain daripada beberapa bilion tadi ni, dividen khas tahun ini kepada Kerajaan sebanyak RM6 bilion. Tak bolehkah saya ambil RM1 bilion untuk tampung, supaya kos minyak turun 50 sen?
Apa, bagi Ahli-ahli Yang Berhormat, berat sangat ke? Allah, bagaimanakah, takut bayangkan Kerajaan nak bagi RM1 bilion. RM1 bilion, untuk redakan masalah ini. Saudara percayalah, dua bulan, tiga bulan sekarang. Ini bukan soal penangan Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat satu wadah. Ini soal, rakyat. Kalau kita nak teruskan kebijakan ekonomi, sekarang ini, apa yang akan berlaku ialah kemelesetan, pengangguran yang sekarang setengah juta akan mencecah hampir 1 juta orang. Ini beban kepada rakyat.
PERANTARA: Terima kasih, Dato’ Seri. Saudara penonton yang saya hormati sekalian. Demikian tadi berakhirnya segmen yang kedua dalam perbincangan kita pada malam ini. Kita akan bertemu lagi selepas pesanan iklan ini. Jangan ke mana-mana.
PERANTARA: Saudara penonton yang saya hormati sekalian, saudara sedang mengikuti Debat AgendaDaily. Dua pendebat yang di undang ialah YB Dato’ Ahmad Shabery Cheek dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Judul perdebatan kita pada hari ialah ‘Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak’. Kita sampai kepada pusingan yang kedua terakhir. Saya akan mengemukakan soalan ini, pertama kepada Dato’ Seri Anwar dan kemudian akan dijawab oleh Dato’ Ahmad Shabery Cheek.
Soalan saya ialah, Dato’ Seri, rasanya tidak perlulah jadi Perdana Menteri untuk membantu meringankan beban rakyat. Kenapa tidak sumbangkan idea bernas untuk tujuan itu pada masa ini. Tanpa perlu, misalnya cakap-cakap mengenai menukar Kerajaan. Silakan.
DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM: Terima kasih. Ini yang sebab saya ikut serta ni. Saya bukan Perdana Menteri, bahkan nasib saya satu dua hari ini, belum tentu ke mana. Tetapi saya memilih untuk hadir kerana saya rasa, Kerajaan juga, kawan-kawan saya dalam UMNO dan Barisan Nasional harus beri peluang untuk dengar.Ini bukan satu soal yang partisan hanya khusus untuk Pakatan Rakyat. Kalau cadangan ini diterima dan dilaksanakan, kita akan menyokong tindakan mereka. Tetapi soalnya sekarang ialah apakah ada kesediaan pemimpin-pemimpin Kerajaan dengar dan cuba melaksanakan.
Saudara Johan, Profesor Arif, MIER, umpamanya menyebut, Februari 2006 naik 30 sen, inflasi bulan berikutnya 4.8%. Sekarang naik mendadak, belum sempat satu bulan, naiknya 8%. Jadi jangan sibuk perhati di Iran dan Venezuela, kita pun sudah menuju cepat ke arah itu. Bezanya dia harga minyak rendah, inflasi tinggi.Kita, harga minyak tinggi, inflasi lagi tinggi. Ini bukan boleh sudah dikatakan populis atau tidak, saya bimbang kerana, kalau kita tidak membawa arah baru dalam pengurusan ekonomi negara, lebih baik, lebih mendekati prinsip ekonomi pasaran, lebih meyakinkan dengan pengurusan yang cekap, lebih bersih kepada daripada kebocoran, ketirisan dan rasuah. Lebih menghormati rule of law dan negara hukum. Ini semua akan menjejaskan.Kita tewas dengan persaingan kita, dengan banyak negara. Jangan banding dengan Somalia dan Zimbabwe. Bandingkan dengan negara-negara yang dulu kita setara. Singapura, Taiwan, Korea Selatan dan negara di ASEAN sendiri. Mengapa kita tewas? Dari segi pelaburan asing, dari segi daya saing. Ini semua ada kesan bila kita ambil apa-apa kebijakan ekonomi.Saya masih yakin, Malaysia dengan kekuatan yang ada, sumber, termasuk kekuatan dari minyak dari petroleum, itu mempunyai potensi yang besar. Dengan syarat pengurusan Kerajaan itu cekap dan bersih dan sedia mendengar dan mengorak cepat untuk bersaing dengan negara-negara lain.
PERANTARA: Terima kasih Dato’ Seri. Silakan Dato’.
DATO’ AHMAD SHABERY CHEEK: Ya. Kalau tadi IPP dia salahkan Dr Mahathir, tapi selepas itu saya pernah mendengar Saudara Anwar cakap, Dr Mahathir pemimpin yang paling hebat. Pernah dia kata, kalau boleh dipintal awan di langit, akan ku pintal dengan nama Dr Mahathir dan Siti Hasmah pada waktu itu.Ada orang kalau dia tak setuju, dia letak jawatan pada waktu itu. Tapi kalau saya katakan populisnya begini. Kalau sebelum pilihan raya, dia katakan bahawa, kalau memerintah sebelum pilihan raya nak turun bawah daripada RM1.92. Sepatutnya tidak timbul sekarang ini nak bercakap di bawah 50 sen sahaja daripada harga yang ada sekarang.
Kita mesti kembali pada asas. Ucapan ini dibuat berasaskan kepada ucapan sebelum pilihan raya. Sebelum pilihan raya. Kalau langkah awal, langkah seterusnya semakin murah semakin murah, di waktu harga minyak semakin mahal semakin mahal. Apakah kita bercakap harga minyak di Malaysia semakin murah semakin murah ertinya kita akan membebankan Negara dengan subsidi yang lebih tinggi dan ini sama sekali bertentangan dengan mana-mana prinsip ekonomi yang sihat.
Kalau kita tidak mengikut prinsip ekonomi yang sihat, kita akan menyebabkan Negara kita akan terus dibebankan dengan beban baru. Adakah kita hendak berhutang selepas ini? Dan kalau kita berhutang, dengan siapa kita hendak berhutang?Kalau tidak dengan peminjam-peminjam atau ‘ah long-ah long’ antarabangsa. Sebab itulah kalau dikatakan tentang menggunakan wang PETRONAS, misalnya. Tahu tidak, daripada apa yang Kerajaan dapat sekarang ini, sebenarnya daripada keuntungan PETRONAS Berhad. Jangan kita cakap tentang PETRONAS Group atau Kumpulan PETRONAS yang termasuk Cari Gali, PETRONAS Dagang dan sebagainya yang melibatkan saham-saham orang lain.
Daripada keuntungan PETRONAS itu, sebenarnya yang telah diberi kepada Kerajaan ialah sebanyak 91% telah diberikan. Apa lagi yang hendak kita ambil dari PETRONAS selepas ini? Dan kita kena ingat bahawa PETRONAS kuat dan maju sekarang ini dan selama ini, kerana siapa? Kalau tidak kerana Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional.Apakah kita hendak nafikan kehebatan yang dibuat oleh PETRONAS selama ini adalah kerana dorongan yang diberikan oleh Kerajaan. Kita tidak bebankan PETRONAS, kita benarkan PETRONAS untuk melabur kembali dan kita tidak mengambil segala-galanya yang ada pada PETRONAS.Kalau dikatakan penyalahgunaan kuasa, selalu saya beritahu tadi, ianya kalau kita terpisah daripada negara-negara lain hanya negara kita saja yang minyaknya naik, boleh kita katakan demikian. Tetapi kita menerima realiti dan hakikat, masalah ini adalah masalah global yang tidak boleh kita lari.
PERANTARA: Kita sampai kepada pusingan akhir, saya mempersilakan Dato’ Seri Anwar untuk membuat penggulungan. Kita ada waktu yang cukup terbatas, kira-kira satu setengah minit. Silakan.
DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM: Terima kasih. Di antara negara pengeksport minyak, harga minyak di Malaysia keterlaluan tinggi. Itu faktanya. Tidak saya mahu bandingkan dengan Venezuela. Itu yang pertama.Kedua, harga minyak memang tidak menentu. Tetapi berapa ramai kajian dan pakar minyak menyebut sudah ada break point. Atau besar kemungkinan harga minyak itu menetap dan mula menurun.Ketiga, kita mengemukakan cadangan ini, gagasan ini dengan penuh tanggung jawab. Kerana kita mahu ekonomi kita kukuh, kerana saya yakin di bawah pimpinan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, belum tentu sampai bila, kalau diteruskan dengan dasar yang ada sekarang, dalam tempoh dua bulan atau tiga bulan lagi, kedudukan ekonomi kita akan jauh lebih parah daripada kedudukan yang parah sebelumnya. Ini kenyataannya. Saudara tidak setuju, tidak apa.Tapi saya minta teliti dengan baik dan objektif. Sebab itu saya komited, Insya Allah, kita dalam Pakatan Rakyat akan terus menjelaskan kepada rakyat dan saya sebab itu, saya tidak mahu hak saya dinafikan dan untuk meneruskan agenda ini walaupun Saudara Shabery memilih untuk menyerang secara peribadi, saya tidak mahu jawab. Kerana ini bukan ruangnya. Kerana ruang dia di RTM masih banyak lagi.Dan saya tidak mempunyai ruang selepas ini. Tetapi percaya, fitnah ke, khianat ke, ada batasnya. Saya diberikan sebaik ada pilihan, Insya Allah saya akan bertanding dalam pilihan raya dalam masa sesingkat yang mungkin.
PERANTARA: Saya minta Dato’ Ahmad Shabery.
YB DATO’ AHMAD SHABERY CHEEK: Percayalah. Kalau kita perhatikan bahawa, Saudara Anwar tidak berubah seperti dulu. Dalam sejarah yang banyak memberi sumbangan kepada Negara untuk membina PETRONAS daripada apa yang ada sekarang, sebaik-baiknya kepada satu syarikat yang mencapai tahap yang begitu tinggi sekali.Kalau dahulu, orang yang membina PETRONAS seperti Tun Razak, sudah ditentang. Tun Mahathir yang mengembangkan PETRONAS sampai ke peringkat dunia, ditentang juga. Kita selalu sebutkan bahawa pada waktu sekarang Pak Lah tidak mengambil lebih daripada apa yang sepatutnya. Maka tidak ada sebab untuk kita menentang.Dan apakah kita nak sekarang ini, dalam keadaan sekarang ini, kita terus hendak mainkan sentimen-sentimen mengajak orang ke jalan raya sebagaimana yang dibuat dalam tahun 1974 dahulu, akan menyelesaikan masalah kita. Dan kita ingat, kalau ingin kita terus menyebabkan menekankan supaya wang yang banyak diambil daripada PETRONAS misalnya, untuk membantu mensubsidi negara kita, maka kita akan katakan bahawa kita membenarkan ia menjadi semakin miskin dan mungkin kita hendak membenarkan orang lain akan mengambil PETRONAS satu masa nanti.
Percayalah dalam soal ini, kita lihatlah dalam negara-negara lain, Malaysia adalah negara yang terbaik. Growth atau pertumbuhan kita kekal ke angka 6% setahun lebih baik daripada banyak negara yang ada di sekitar sini. Saya percaya, bahawa perdebatan sebegini rupa adalah bukti keterbukaan Kerajaan kita yang ada sekarang yang tidak mungkin diperoleh sewaktu Saudara Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri, satu ketika dahulu.
PERANTARA: Terima kasih Dato’ Ahmad Shabery. Demikian tadi saudara penonton yang saya hormati sekalian, berakhirnya Debat AgendaDaily dengan membawa tajuk ‘Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak’. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Ahmad Shabery Cheek, Menteri Penerangan Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Penasihat Parti Keadilan Rakyat dan yang bersedia berdebat dengan isu ini. Kepada kedua-dua wakil pendebat Tan Sri Datuk Dr Nordin Kardi dan Saudara Zulkifli Sulong, saya ucapkan terima kasih. Semoga kita mendapat manfaat dengan pertemuan ini. Saya akhiri dengan Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat malam

Wednesday, July 16, 2008

DSAI Pemenang Debat

Malaysiakini
Jul 16, 08 2:49pm

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul sebagai pemenang debat mengenai kenaikan harga minyak yang disiarkan secara langsung malam tadi, demikian menurut tinjauan pendapat oleh Malaysiakini.

Tinjauan selama 12 jam itu dimulakan sebaik sahaja perdebatan Anwar dengan Menteri Penerangan, Datuk Shabery Cheek selesai pada jam 10 malam tadi.Hasilnya menunjukkan pembaca Malaysiakini percaya prestasi Anwar jauh lebih menyerlah daripada Shabery.

Sejumlah 18,684 pembaca menyertai tinjauan pendapat tersebut, dengan 17,240 atau 95 peratus bersetuju bahawa hujah-hujah Anwar adalah lebih meyakinkan.

Yang menariknya, walaupun Anwar dilihat lebih menyerlah dalam debat tersebut, tetapi majoriti pembaca (57 peratus) berkata beliau kelihatan bergantung pada notanya.

Shabery pula kelihatan kurang merujuk kepada nota-notanya.

Bagaimanapun, 90 peratus pembaca percaya, menteri penerangan itu mengelak menjawab banyak soalan yang dikemukakan oleh moderator dan dua orang penalis.Diminta memberi rangking 1 hingga 10 bagi kedua-dua pendebat tersebut, Anwar ternyata lebih menyerlah daripada Shabery.

Perdebatan selama sejam itu merupakan yang pertama membabitkan seorang menteri dengan seorang ketua

Debat Bersejarah : Anwar Vs Shabery


Malaysiakini
Jul 15, 08 11:19pm

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan, Datuk Shabery Cheek mengambil bahagian dalam perdebatan bersejarah mengenai kenaikan harga minyak yang disiarkan secara langsung malam ini.Perdebatan tersebut yang bertajuk "Hari ini membentuk kerajaan, esok turun harga minyak' berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Kuala Lumpur.

Ia bermula jam 9 malam dan berakhir selama sejam.Orang ramai menonton secara langsung perdebatan tersebut di Internet melalu Global Media Channel dan BernamaTV - atau di TV yang disiarkan oleh TV9, Astro Awani dan Bernama TV.

Perdebatan tersebut bermula dengan Anwar dan Shabery, masing-masing diberi masa empat minit sebagai pembuka bicara. Ia diikuti dengan soalan dari moderator, Datuk Johan Jaafar yang juga pengerusi DBP. Kemudiannya dua ahli panel yang masing-masing mewakili Shabery dan Anwar bertanya soalan kepada kedua-duanyanya. Mereka ialah Editor Siasah, Zulkifli Sulong dan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Datuk Nordin Kardi.

Anwar berkata kerajaan boleh menjimatkan sekurang-kurang RM2 bilion sekiranya ia mengurangkan tahap simpanan tenaga negara dari 40 peratus sekarang, kepada 20 peratus dan dimanfaatkan untuk menurun harga minyak bagi mengurangkan beban rakyat. Dengan itu, katanya, kerajaan dapat mengurangkan bayaran yang tinggi kepada syarikat penjana kuasa bebas (IPP) dan mengelak Petronas dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) daripada terus menanggung kerugiaan.

Di samping itu, katanya, lebih banyak lagi dapat diselamatkan jika dapat dikurangkan kebocoran yang berlaku, termasuk RM700 juta akibat kebocoran dan penyelewengan dalam pembekalan diesel.Menurutnya, kerajaan juga boleh memperuntukan RM1 bilion daripada dividen khas sebanyak RM6 bilion yang dibayar oleh Petronas kepada kerajaan untuk mengurangkan kadar harga minyak.Berdasarkan cadangan tersebut, katanya, harga petrol boleh diturunkan sebanyak 50 sen kepada RM2.20 selitar."Saya minta dengan baik dan ikhlas, betulkan ini, kita boleh jimat ini," katanya.

Dalam ucapan pembukaannya, Anwar menegaskan melalui pengurusan ekonomi yang baik dan pembasmian rasuah, penjimatan kos membolehkan harga petrol dikurangkan sebanyak 50 sen, bagi meringan beban rakyat akibat kenaikan kenaikan mendakwa harga bahan bakar tersebut.

Menurutnya, pengurangan pembayaran kepada IPP serta keuntungan yang dicatatkan oleh Petronas yang hampir mencecah RM100 juta membolehkan kerajaan memperuntukkan RM3 bilion untuk diagihkan kepada rakyat melalui pengurangan harga minyak.

Shabery pula menjawab kerajaan terpaksa membayar subsidi sebanyak RM50 bilion jika ia mengekalkan harga minyak pada kadar RM1.92 selitar dan akan menjejaskan peruntukan untuk pembangunan yang lain.

Lagi pula, tambahnya, harga minyak dipengaruhi oleh faktor global. Beliau mengimbau krisis global pada 1973-74 di mana rakyat menyokong tindakan Tun Razak Hussein menubuhkan Petronas, tetapi mendakwa Anwar membantah, sepertimana yang dilakukannya sekarang.

Menurut Shabery lagi, jika subsidi ditingkatkan, ia akan menguntung orang berada dan juga rakyat asing. Oleh itu, katanya, mengapa tidak wang disalurkan terus kepada rakyat yang memerlukannya. Menurutnya lagi, Finland dan Norway sebagai contoh, tidak memberi subsidi dan mempunyai prestasi ekonomi yang baik.

Anwar bagaimanapun berkata, negara ini tidak boleh dibandingkan dengan Norway yang mempunyai 10 kali ganda pendapatan perkapita daripada Malaysia.

Menurutnya, kenaikan mendadak harga minyak telah membebankan golongan miskin dan yang terpinggir dan meningkatkan lagi beban hidup mereka.

Tambahnya, Petronas mengaut keuntungan yang besar dan menduduki kumpulan 10 syarikat inyak tertinggi dari segi keuntungannya.Bagaimanapun, katanya, Petronas adalah hak rakyat dan pengurangan 50 sen harga petrol adalah langkah pertama ke arah itu. Malah, katanya, kenaikan harga minyak tidak disokong oleh rakyat, kecuali ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sahaja.

Shabery kemudiannya menarik perhatian hadirin ke negara Venezuela dan Iran, yang mempunyai harga minyak yang murah tetapi kadar inflasi yang tinggi. Tetapi di Malaysia, katanya, kerajaan berjaya menangani krisis makanan, malah menurutnya harga beras di negara ini lebih murah dari Thailand. Jadi katanya tidak perlu mengadakan demonstrasi di jalan.

Anwar pula menegaskan bahawa bagi setiap AS$1 kenaikan harga minyak, menghasilkan RM360 juta kepada negara. Dan kenaikan kadar inflasi yang tinggi akan memburukkan ekonomi negara.

Shabery kemudiannya membangkitkan bahawa IPP wujud ketika Anwar dalam kerajaan, dan mendakwa bekas menteri kewangan itu mempertahankan kontrak mereka ketika itu.Malah, katanya, Anwar menggunakan kaedah Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk cuba menangani krisis pada 1997-98. Tambahnya, walaupun rakyat dalam kesukaran, tetapi mereka masih cukup untuk makan.

Anwar pula bertanya mengapa kerajaan memungkiri janji pilihanraya untuk tidak menaikkan harga minyak. Sebaliknya, kata beliau, kita harus melihat Malaysia sebagai sebuah negara pengeksport minyak.

Shabery kemudiannya menegaskan bahawa Malaysia bukan sebuah negara utama pengeluar minyak dan menurutnya hanya 26 peratus keuntungan Petronas datangnya dari sumber tempatan dan syarikat minyak negara itu menggunakan keuntungannya untuk mencari minyak di luar negara. Dan Petronas kini muncul sebagai sebuah syarikat minyak terkemuka.
Anwar mengakui bahawa IPP diwujudkan ketika beliau dalam kerajaan, tetapi meminta Shabery meneliti rekod mengenai. Beliau berkata, Tan Sri Ani Arope (pengerusi TNB ketika itu) membantah terhadap EPU (Unit Perancang Ekonomi) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) berhubung IPP. Dan sebab itulah beliau meletakkan jawatan.

Menurutnya, IPP mengaut keuntungan berbilion ringgit tetapi yang menanggung kerugian adalah Petronas dan TNB.Katanya, kebocoran dan kronisme boleh ditangani dan menjimatkan sejumlah RM3 bilion. Malah, kata Anwar lagi, tindakan menaikkan secara mendadak harga minyak adalah preskripsi IMF.Oleh itu, katanya, adalah satu fitnah untuk mengatakan bahawa beliau tunduk kepada kehendak IMF sewaktu krisis ekonomi pada 1997-98.

Anwar berkata, terdapat dividen khas sebanyak RM6 bilion yang dibayar kepada kerajaan tahun ini, dan mengapa tidak boleh diambil RM1 bilion untuk mengurangkan harga minyak.
- PejabatPolitik berpendapat Anwar lebih fokus berbanding Shabery. Shabery yang memulakan pelanggaran peraturan perdebatan yang telah dipersetujui bersama sebelum perdebatan. Shabery juga tidak fokus menjawab kebanyakan soalan yang diajukan kepadanya.
- Kesahihan fakta Anwar boleh dipertikaikan, namun Shabery tidak memberi penekanan akan hal ini malah Shabery kekadang hilang kawalan suasana.
- Penonton umum yang berfikiran mudah akan lebih memahami pendekatan yang dikemukakan oleh Anwar. Benarlah tuduhan Shabery bahawa Anwar seorang yang popularis, dan memang itulah fokus Anwar.
- Kemenangan Anwar merujuk kepada kesilapan Shabery yang sering membiarkan diri terperangkap dalam gelanggang permainan dengan peraturan yang disediakan Anwar sendiri. Nordin Kardi telah cuba memecah premis ini, namun sekali lagi Shabery tidak mengambil peduli bantuan yang diberikan.
- Namun, di luar perdebatan, ternyata Anwar telah membiar diri terperangkap dengan permainan sendiri apabila beliau gagal mengemukakan formula 'ajaib' sebagai mana yang digembar gemburkan. Terperangkap bermakna, rakyat jelata semakin jelas bahawa Anwar tidaklah sehebat mana dalam menyelesai masalah negara selain mengguna faktor simpati dan populariti. - PejabatPolitik

Melayu dan Warisan

Harakahdaily

Bashir Ishak Fri Jul 11, 08 7:02:12 am MYT

Melihat kolum Anak Kecil Main Api di laman Harakahdaily mengimbas kembali kenangan penulis semasa zaman persekolahan dahulu.

Penulis merujuk kepada baris pertama sebuah lagu patriotik Melayu bertajuk Warisan.
Semasa belajar di Maktab Rendah Sain MARA (MRSM) dahulu, lagu Warisan inilah yang kami nyanyikan pada setiap kali perhimpunan pelajar.

Lagu yang dinyanyikan dengan penuh syahdu ini khusus menaikkan semangat "Melayu" di kalangan para pelajar.

Lagu ini juga dinyanyikan semasa kursus Biro Tata Negara (BTN) atau di majlis-majlis anjuran Umno.

Bezanya, lirik yang kami nyanyikan dulu dengan versi sekarang adalah sedikit berbeza.

Anak Kecil Main Api
Terbakar Hatinya Yang Sepi
Air Mata Darah Mengalir Keringat
Bumi milik diancam orang (kini dinyanyikan Bumi Dipijak milik orang)
Nenek Moyang Kaya Raya
Tergadai Seluruh Harta Benda
Akibat Sengketa Sesamalah Kita
Cinta Lenyap Di Arus Zaman...

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa Depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi sudah hilang (kini dinyanyikan Dah Hilang...)

Kita rumpun bangsa Melayu
Menganut Agama Yang Suci
Semangat Bangsa Berlandaskan Islam
Teras capai kemerdekaan
Dari masa hingga masa
Petualang menghancurkan Bangsa
Alatkan Agama Demi PeribadiPupus kita di bumi Ilahi

(Dua rangkap di atas tidak dinyanyikan lagi kini)

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa (kini dinyayikan Maha Perkasa)
Janganlah Terlalai Teruskan Usaha
Melayu kan gagah di Nusantara

Jika dihayati lirik lagu ini nescaya kita akan tersentuh dengan mesej yang terkandung di dalamnya khususnya bagi nasib bangsa Melayu.

Semasa belajar dulu selain dari dimanglikan dengan lagu ini, banyak juga program kesedaran seperti Bina Insan hatta program BTN sendiri yang penulis hadiri.

Masa itu, penulis mungkin tak berapa mengambil kisah sangat bab-bab semangat Melayu ni, tapi sejak melangkah ke alam dewasa barulah penulis tersentuh juga untuk mengambil tahu nasib Melayu di negara ini.

Era Mufti Selangor dipecat, kes Ustaz Kamal Ashaari serta Reformasi 1998 membangkitkan semangat baru dalam diri penulis sehingga melibatkan diri dalam jemaah PAS sendiri. Bermula dari "suka-suka ikut orang" sampailah menjadi aktivis parti dan kini sebagai wartawan akhbar lidah rasmi parti, pemikiran semakin terbuka dan dewasa ke arah merenung pula nasib Islam itu sendiri di tanahair.

Kelmarin penulis mencari lagu ini di dalam You Tube: youtube.com/watch?v=f5ZhIyidBs0&feature=related. Terkejut juga bila terjumpa klip lagu Warisan ini yang dibuat khas apabila Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tiga buah negeri di Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Klip video ini dimasukkan ke You Tube pada tarikh 14 April lalu iaitu selepas lebih sebulan "tsunami politik" melanda negara ini dengan menyaksikan 5 buah negeri berjaya dikuasai Pakatan Rakyat.

Sama seperti ucapan-ucapan atau tulisan lain yang menyatakan "Ketuanan Melayu" sudah tercabar apabila Pulau Pinang dikuasai oleh DAP.

Lantas teringat semula kenyataan atau ucapan pemimpin-pemimpin berkaitan hal ini.
Kenapakah digegerkan sangat bila DAP berkuasa? Apakah Pulau Pinang sebelum ini diperintah oleh parti Melayu? Adakah Gerakan/MCA itu parti Melayu?

Dalam klip video tersebut dipersoalkan "Apakah Nasib Orang Melayu Nanti?", "Melayu Hilang Kuasa?", "Islam Jadi Lemah?" bila DAP memerintah.

Juga dimuatkan gambar pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dengan kata-kata "Pakatan mereka melemahkan kuasa orang Melayu", "DAP menjadi semakin berkuasa".

Ahh.. Selama ini siapa yang berkuasa sebagai parti tunjang pemerintah? Jawabnya mudah, Umno (nama singkatan Inggeris) atau Parti Kebangsaan Melayu bersatu.

Apa yang dah dibuat Umno? Ke mana perginya biasiswa untuk pelajar? Apa dah jadi dengan tanah rizab Melayu? Ke manakah terperosoknya tulisan Jawi? Apa dah jadi dengan Islam di negara ini?

Bukankah mereka yang memerintah sejak merdeka? Bukankah mereka yang menggubal undang-undang? Bukankah mereka yang menolak perlaksanaan syariat Islam?

Lagu Warisan ini ditulis pada tahun 1980-an tatkala umat Melayu sudah lama menjadi 'bangsat' di negara sendiri. Lantas ianya didendangkan bagi membangkitkan kesedaran tentang nasib bangsa yang dulunya kaya-raya tapi sudah tergadai harta benda.

Penulis teringat lagi, lagu yang kami nyanyikan lewat belasan tahun yang lalu ini begitu syahdu hatta pada baris terakhir Melayukan Gagah di Nusantara yang diulang sebanyak tiga kali.
Begitu mendayu pada masa itu sehinggakan me"layu"kan pendengarnya. AKhirnya diubah (kalau tak silap pada tahun 1989 semasa penulis di tingkatan 5) dengan sekali sahaja dengan nada yang lebih gagah.

Apakah Melayu akan gagah semula di Nusantara? Bagaimana pula dengan Islam yang suatu masa dulu agama yang gagah di Nusantara?

Tuesday, July 15, 2008

Di sebalik cita-cita politik

- PejabatPolitik sangat bersetuju dengan ulasan saudara Roslee perihal dorongan berpolitik dalam diri mereka yang berkenaan. Dorongan ini boleh jadi dorongan yang tersurat atau/dan tersirat. Satu perkara yang ingin PejabatPolitik tambah ialah hanya ahli politik yang mempunyai cita-cita peribadi, sama ada tersurat atau/dan tersirat, yang selari dengan cita-cita (perjuangan) parti yang disertainya akan mampu kekal dan berjaya. - PejabatPolitik

Utusan
Oleh ROSLEE MARDAN
RAMAI pakar motivasi mengatakan bahawa seseorang individu yang ingin berjaya perlu mempunyai impian yang biasa disebut sebagai matlamat atau cita-cita.

Orang yang sering mempunyai cita-cita biasanya disebut dalam istilah orang putih sebagai ambitious. Dalam semua keadaan iaitu sekiranya kita ingin mencapai kejayaan, maka perlunya cita-cita dalam diri agar ia akan menjadi titik hala tuju atau penentu kepada landasan tindakan bagi mencapainya.

Bagaimanapun, dalam politik, ahli politik agak berbeza dari segi cita-citanya. Kebiasaannya juga apabila seseorang individu terjun dalam bidang politik, maka matlamat atau cita-citanya bukan kerana dia ingin menjadi ketua politik yang kelak akan mendapat nama, pangkat dan kuasa. Acap kali dakwaan yang kedengaran dari mulut kebanyakan orang politik ialah berkhidmat untuk rakyat.

Rupanya sikap ambitious dalam politik begitu berbahaya kerana aura daripada sikap tersebut boleh menimbulkan tekanan yang secara tidak sedar turut mampu meretakkan landasan perjalanan yang kononnya berkhidmat untuk rakyat.

Demikianlah apabila kita melihat mana-mana parti politik dalam negara kita diresapi dengan sikap 'ambitious' ini. Boleh dikatakan hampir kesemua ahli politik ada sikap ambitious yang menghala kepada pencapaian satu tahap di mana pada peringkat tersebut seseorang ada kuasa dan pengaruh. Hanya pengaruh dan kuasa sahaja yang boleh 'menjual' segala apa yang diinginkan untuk membangunkan rakyat dan negara.

Apabila kita kaitkan sikap ambitious ini dengan gelora politik semasa, nampaknya parti-parti politik di negara kita sedang menghidapi sindrom ini.

Jika kita melihat kepada perkembangan terbaru Pakatan Rakyat, parti Pas seakan terperangkap atau tersepit dengan cita-citanya ingin mengurangkan sokongan orang Melayu kepada UMNO. Ini terbukti apabila setelah lebih kurang empat bulan berbulan madu dengan kejayaan semasa pilihan raya lalu, Pas kini merasakan dirinya 'diperbodohkan' oleh parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula yang terlalu ghairah dengan cita-cita menubuhkan kerajaan kini tertekan dengan pelbagai dakwaan perundangan selain berdepan dengan kehilangan sokongan rakyat akibat janji manifesto yang belum tertunai serta bakal menghadapi keretakan sekiranya Pas benar-benar 'merajuk'.

Sama ada Pas, PKR atau DAP, parti-parti mungkin tidak terlalu kisah dengan keadaan yang berlaku kerana sepanjang lima tahun ini, mereka sudah bergelar pemerintah. Ramai ahli mereka sudah bergelar Yang Berhormat. Pilihan raya akan datang mereka akan bergabung semula.
Di dalam UMNO, bulan Julai sehingga Disember ini merupakan tempoh masa kepada ahli-ahli untuk melakukan perubahan parti. Maka sudah tentu, sikap ambitious di kalangan mereka yang ingin bertanding akan sentiasa membara. Ini biasa berlaku.

Namun, UMNO harus matang dengan mengambil kira pengalaman lampau. Politik wang, ampu-mengampu dan melobi merupakan kesan daripada sikap 'ambitious' yang tidak mampu dikawal ahli. UMNO tidak mempunyai masalah dengan Pas dan PKR kerana rakyat sudah maklum dengan gelagat parti ini yang terlalu mengejar kuasa bukan untuk kepentingan negara.

Apa yang dibimbangkan apabila sikap ambitious di kalangan ahli-ahli akan merosakkan parti UMNO itu sendiri. Disebabkan sikap gelojoh terhadap kedudukan dalam parti jugalah bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir semasa menjadi Presiden UMNO sentiasa mengingatkan ahli bahawa UMNO tidak akan lemah disebabkan kekuatan parti lain tetapi UMNO akan hancur hanya disebabkan oleh sikap ahlinya sendiri.

Oleh itu, menjelang pemilihan Disember ini ahli UMNO perlu tenang dan bijak menentukan masa depan parti dengan melakukan pemilihan tanpa mengikut petunjuk-petunjuk atau apa juga mesej yang diberikan sebelum tempoh pemilihan berlaku. Orang yang ambitious akan memberikan mesej dalam pelbagai bentuk sekiranya ingin melobi undi daripada ahli-ahli. Yang penting juga semua ahli UMNO perlu benar-benar ikhlas dalam diri untuk melakukan perubahan dalaman parti.

Sijil Kelahiran Kesultanan Sulu??? PTI Cina bagaimana pula???

- Pejabatpolitik mengaku pernah berceramah soal PTI di Sabah. Namun, ianya tidak tertakluk kepada pendatang terbesar dan mempunyai rekod rasmi. Perkara PTI yang dibangkit oleh DAP dengan nada tegas (kononnya), harus dipandang secara adil. Adil? Adil maksud Pejabatpolitik ialah merujuk wakil DAP berkenaan supaya mencontohi PejabatPolitik yang saksama dalam membicara soal PTI. PTI di Sabah bukan sahaja daripada kalangan warga Filipina dan Indonesia, terdapat begitu ramai PTI lain yang masuk ke Sabah melalui sindiket haram yang dirancang cukup sempurna. Warga-warga China, Thailand dan Pakistan umpamanya, masuk ke Sabah sedia dengan kad pengenalan Malaysia lagi...Kenapa wakil DAP tidak membangkit hal yang berkaitan dengan PTI China? Sekurang-kurangnya...Kalau benarlah wakil DAP ini ikhlas dengan keperihatinannya... - PejabatPolitik

Malaysiakini
Jul 14, 08 2:50pm

DAP menggesa polis menjalankan siasatan terperinci terhadap dakwaan wujud sijil kelahiran yang dikeluarkan oleh Kesultanan Sulu kepada warga Filipina yang lahir di Sabah atau yang memasuki negeri itu secara haram. Ahli parlimen DAP bagi Kota Kinabalu, Dr Hiew King Cheu membuat laporan di polis Karamunsing bersama satu salinan sijil berkenaan. Satu salinan sijil kelahiran itu turut diserahkan kepada ketua polis Kota Kinabalu, kata satu kenyataan DAP Sabah hari ini.

Turut hadir bersamanya di balai polis Sabtu lalu, dua pemimpin DAP negeri Edward Mujie dan Steven Jimbangan.

Dr Hiew berkata, walaupun kesahihan salin sijil kelahiran itu masih belum dapat dibuktikan, namun polis tidak boleh meringan-ringankan kerana ia melibatkan kedaulatan dan keselamatan Sabah dan negara ini.

"Pengeluaran sijil kelahiran Kesultanan Sulu tidak harus diizinkan di Sabah kerana Sabah sebahagian Malaysia. "Kerajaan persekutuan mesti bertindak pantas untuk menghapuskan sebarang anasir yang boleh menggugat kedaulatan negara ini," katanya.

"Mereka yang memiliki sijil kelahiran (dari kesultanan) Sulu harus dihantar pulang bersama pendatang-pendatang tanpa izin yang berada di negara ini.

"Selepas dimaklumkan olehnya, tokoh utama DAP dan juga ahli parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang membangkitkan persoalan itu kepada menteri dalam negeri di Dewan Rakyat, Selasa lepas.

Datuk Seri Syed Hamid Albar menjawab beliau tidak tahu-menahu tentang perkara tersebut dan berjanji akan menjawabnya dalam sesi persidangan minggu ini.

Gunakan mesyuarat UMNO cawangan mantapkan parti

Utusan
Oleh HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 14 Julai – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menasihatkan ahli-ahli UMNO supaya menggunakan peluang mesyuarat UMNO peringkat cawangan yang akan berlangsung mulai Khamis ini bagi memantapkan parti untuk berhadapan pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, oleh itu kesempatan yang ada itu perlu dimanfaatkan untuk membahaskan masa depan dan perjuangan parti selain memikirkan tentang mesej daripada keputusan pilihan raya umum lalu.

Katanya, mesyuarat itu juga kelak patut memikirkan apa bentuk perubahan dan transformasi kepada bukan sahaja UMNO tetapi Barisan Nasional (BN).

‘‘Kita perlu sedar bahawa ujian kita selepas ini bukannya soal pemilihan, tetapi adalah selepasnya iaitu bagi memantapkan parti bagi berdepan pilihan raya umum ke-13,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Hishammuddin ditanya mengenai nasihat beliau kepada ahli-ahli UMNO di seluruh negara menjelang mesyuarat UMNO peringkat cawangan yang akan berlangsung 17 Julai ini.
Berhubung pemilihan parti, beliau menasihatkan Pemuda UMNO khususnya supaya menggunakan kesempatan itu untuk membentuk satu barisan yang lebih mantap.

Katanya, ini supaya perjuangan UMNO akan dapat memenuhi cita rasa orang ramai khususnya generasi muda.

‘‘Sesiapa yang hendak menawarkan diri sebagai pemimpin di dalam UMNO perlu juga mengambil kira hubungan dan perjuangan mereka dengan rakan-rakan dalam BN,” katanya.
Sementara itu, Hishammuddin yang ditanya mengenai debat Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia satu lagi proses yang menandakan keterbukaan era pentadbiran Perdana Menteri sekarang.

Katanya, walaupun demikian, Anwar dijangka menggunakan kesempatan itu untuk mengkritik sepenuhnya kepimpinan kerajaan seperti mana yang selalu dilakukannya.

‘‘Ini seterusnya mungkin menjadikan perdebatan itu lari daripada matlamat iaitu forum untuk mendidik rakyat mengenai kebenaran,” ujarnya.

Mahasiswa Timur Tengah sokong pertemuan UMNO-Pas

KUALA LUMPUR 14 Julai - Persatuan Bekas Mahasiswa Timur Tengah menyokong cadangan pertemuan di antara pemimpin UMNO dan Pas demi kepentingan masyarakat Islam dan orang Melayu negara ini.

Yang Dipertuanya, Ismail Abdul Halim berkata, jika perbincangan yang akan diadakan itu tidak terhad dengan isu-isu politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam juga harus diberi peluang untuk mengambil bahagian.

''NGO Islam tidak harus diketepikan dalam soal ini kerana ada orang Melayu yang tidak menganggotai Pas, UMNO ataupun Parti Keadilan Rakyat (PKR).

''Biarpun tidak melibatkan diri dalam politik, NGO Islam yang ada tetap mengambil berat isu kepentingan orang Melayu dan agama Islam di negara ini,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ismail yang juga bekas Pengarah Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) berkata demikian ketika mengulas kenyataan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tentang kesediaan UMNO untuk berunding dengan Pas demi kepentingan Islam dan orang Melayu.

Perdana Menteri menjelaskan, baginya langkah tersebut amat penting kerana ia boleh menyelesaikan banyak isu khususnya yang melibatkan kepentingan Islam dan Melayu.
Abdullah menegaskan, kedua-dua parti seharusnya mengelakkan sebarang perbalahan jika timbul isu dan masalah yang melibatkan kepentingan bersama.

Malaysiakini: Umno setuju dialog dengan PAS

Jul 14, 08 6:30pm

Umno menyambut baik cadangan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk berbincang dengan parti itu mengenai isu-isu berkaitan orang Melayu dan Islam.

Presiden Umno berkata parti itu sedia berbincang dengan PAS untuk mewujudkan persefahaman supaya perbalahan yang berkait dengan Melayu dan Islam dapat dikurangkan, lapor Bernama.

"Jika ada persefahaman, maka kuranglah satu masalah yang melibatkan orang Melayu," kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, mengulas kenyataan Abdul Hadi, Jumaat lalu.

Perdana menteri berkata demikian selepas merasmikan persidangan mengenai golongan miskin dan berpendapatan rendah di bandar, di Petaling Jaya hari ini.Namun, kata Abdullah, apa sahaja yang perlu dilakukan untuk kebaikan orang Melayu juga perlu mengambil kira kebaikan rakyat keturunan lain.

Dalam wawancara eksklusif dengannya yang dimuatkan di laman Harakahdaily.net, Abdul Hadi tidak menafikan wujudnya rundingan antara PAS dengan Umno seperti diura-urakan dengan meluas, termasuk di media, baru-baru ini. Malah, beliau menganggap menjadi hak parti itu untuk mengadakan rundingan dengan sebarang pihak, termasuk Umno.

"Kalau tidak jumpa dengan Umno macam mana nak sampaikan mesej kita?" kata Abdul Hadi. "Pertemuan antara individu PAS dengan individu Umno dalam menyampaikan mesej Islam kepada mereka," jelasnya lagi apabila disoal sejauh mana benar dakwaan wujudnya pertemuan tersebut. Ditanya hasil pertemuan dan rumusan PAS, Abdul Hadi berkata: "Kita beri penekanan kepada kepentingan Islam supaya Umno berubah. Iaitu merujuk kembali kepada kesilapan yang mereka lakukan yang merugikan umat dan agama Islam itu sendiri.

"Abdullah berkata pasukan keselamatan hanya menjalankan tugas, terutamanya untuk mengurangkan gangguan kepada lalu lintas akibat tunjuk perasaan.

"Kumpulan yang mahu mengadakan tunjuk perasaan ini menyebabkan kesesakan lalulintas yang teruk. Polis cuba menyekat kekacauan," katanya, mengulas sekatan jalan raya besar-besaran semalam dan hari ini bagi menghalang perhimpunan yang dikatakan akan diadakan dekat bangunan Parlimen.

Parti-parti Pakatan Rakyat menafikan menganjurkan sebarang perhimpunan hari ini.

Penyatauan UMNO dan PAS sudah bermula?

- Sebagaimana yang PejabatPolitik katakan sebelum ini, Pak lah dan Nik Azis sudah memulakan satu gerakan ke arah penyatuan. Memang ramai yang menyatakan, malah dengan nada tegas bahawa PAS dan UMNO tidak akan berunding tentang apa-apa yangberkaitan dengan kepentingan Melayu dan Islam. UMNO kononnya pengkhianat bangsa...Justeru, PAS tidak sesekali kepingin 'merujuk' semula hubungan mereka...

- Kelihatan hipotesis PejabatPolitik semakin mejadi kenyataan. - PejabatPolitik

Utusan

PETALING JAYA 14 Julai - UMNO sedia bermuzakarah dengan Pas bagi mencari titik persefahaman antara kedua-dua parti itu demi kepentingan Islam dan orang Melayu di negara ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, baginya langkah itu amat penting kerana ia boleh menyelesaikan banyak isu khususnya yang melibatkan kepentingan Islam dan Melayu.

Beliau menegaskan, kedua-dua parti seharusnya mengelakkan sebarang perbalahan jika timbul isu dan masalah membabitkan kepentingan bersama.

"Saya terima baik hasrat Pas untuk berunding atau berbincang mengenai apa jua yang saya fikir perlu diwujudkan persefahaman antara kedua-dua parti ini.

"Langkah ini penting dan baik. Ada banyak isu tidak perlu kita berbalah terutama yang berhubung kait dengan Melayu dan Islam," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Kebangsaan Kemiskinan Bandar dan Kumpulan Berpendapatan Rendah di sini hari ini.

Abdullah sebelum itu ditanya mengenai kesediaan Pas untuk berunding dengan UMNO mengenai kepentingan Islam dan Melayu di negara ini.

Perkara itu sebelum ini telah dinyatakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu wawancara dengan lidah rasmi parti itu, Harakah minggu lalu.

Dalam wawancara itu, Abdul Hadi dengan nada tegas menyatakan, dalam menyampaikan mesej Islam, Pas berhak mengadakan rundingan dengan UMNO tanpa perlu merujuk dengan mana-mana parti dalam pakatan pembangkang.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam kenyataannya bulan lalu turut menyatakan kesediaan bermuzakarah dengan pemimpin utama Melayu terutamanya UMNO bagi membincangkan kepentingan masa depan umat Islam.

Abdullah dalam perkembangan sama menjelaskan, jika UMNO dan Pas berjaya membentuk persefahaman, beliau yakin ia akan memberi banyak manfaat kepada Islam dan Melayu.

"Namun begitu, saya percaya setiap daripada kita memahami apa jua yang perlu kita lakukan untuk kebaikan dan perpaduan Melayu. Juga kita juga harus ambil kira wujudnya rakyat bukan Melayu di negara kita," katanya.

Ditanya sama ada telah wujud gerakan untuk mempertemukan kedua-dua parti itu, beliau berkata, semua pihak perlu bersabar dan berdoa supaya hasrat tersebut tercapai.

Mingguan Malaysia semalam melaporkan bahawa Pas dijangka mengkaji semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat.

Difahamkan, langkah Pas itu berikutan beberapa perkembangan politik yang berlaku terutama tindak-tanduk Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP sering membelakangi Pas dalam membuat keputusan

Monday, July 14, 2008

Ulasan Kontrak Sosial - PejabatPolitik

Sorotan sejarah kontrak sosial yang diterangkan oleh tmm PejabatPolitik rekodkan sebagai kegunaan peribadi dan tatapan pengunjung ke laman ini. Tidak perlu dikomen lagi kerana penerangan tmm sangat jelas dan tuan-tuan boleh membaca langsung ke tulisan berkaitan. TMM berjaya mengolah kontrak sosial mengguna pendekatan tersendiri dan unik. Itulah perbezaan unik dan nyata berbanding penjelasan daripada pihak lain hatta para intelektual tanah air sekali pun.

KONTRAK SOSIAL MALAYSIA

Tun Dr. Mahathir Mohamad

1. Sebelum adanya Malaya dan Malaysia, semenanjung ini dikenali sebagai Tanah Melayu.

2. Hanya berkata ini akan sebabkan kita dituduh bersifat perkauman.

3. Untuk terangkan berkenaan asal-usul kontrak sosial Malaysia saya terpaksa imbas semula sejarah.

4. Melalui perjanjian-perjanjian yang ditandatangani Raja-Raja Melayu Semenanjung, British telah mendapat hak untuk menakluk Negeri-negeri Melayu. Perjanjian-perjanjian ini mengakui dan mengesahkan Negeri-negeri ini sebagai Negeri-negeri Melayu. Tidak ada sesiapa pun yang membantah. Orang Asli juga menerima keadaan ini dengan penerimaan oleh mereka pemerintahan Raja-Raja Melayu.

5. Pada mulanya penduduk yang tinggal di Negeri-negeri ini dibahagi kepada orang Melayu dan Orang Asli yang merupakan rakyat Raja-raja Melayu dan tetamu asing yang tidak dianggap sebagai rakyat kepada Raja-raja Melayu. Tidak ada kewarganegaraan mahupun dokumen berkenaan taraf kerakyatan sepertimana di kebanyakan negara-negara lain.

6. Tetamu asing ini hidup mewah di Negeri-negeri Melayu di bawah pentadbiran British dan di jajahan British di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Orang Melayu yang menjadi rakyat kepada Raja-raja Melayu dan Raja-raja Melayu sendiri tidak sikitpun merasa tergugat dengan bilangan besar orang bukan Melayu dan perbezaan jurang kekayaan dan kemajuan di antara tetamu asing ini dan rakyat Raja-Raja Melayu. Mereka tidak terfikir yang orang asing yang menetap di negara ini akan menuntut hak kewarganegaraan.

7. Apabila Jepun menakluk Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat, orang Cina merasa tidak selamat kerana Jepun merupakan musuh tradisi mereka.

8. Ramai orang Cina telah menubuhkan dan menganggotai angkatan gerila dan lari ke dalam hutan. Apabila Jepun serah diri, gerila-gerila Cina ini keluar dan merampas balai-balai polis di kawasan pedalaman dan isytihar yang mereka adalah pemerintah negara ini. Mereka menangkap ramai orang, Cina dan Melayu dan beberapa daripada mereka ini dibunuh.

9. Orang Melayu di kampung-kampung membalas dengan membunuh orang Cina di kawasan luar bandar. Ketegangan timbul dan pertempuran antara Cina dan Melayu dielak hanya dengan kedatangan angkatan tentera British. Tetapi perasaan marah dan benci antara kedua-dua kaum ini tetap tinggi.

10. Di dalam keadaan tegang ini British mencadang penubuhan Malayan Union yang akan memberi "tetamu-tetamu" ini hak kerakyatan yang tidak membezakan mereka daripada orang Melayu.

11. Orang Melayu menolak Malayan Union dan cadangan hak kerakyatan ini. Mereka paksa British untuk kembali keapda keadaan asal atau status quo ante di dalam Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya) yang baru.

12. Hanya orang Cina yang menjadi rakyat Negeri-negeri Selat layak untuk mendapat kerakyatan di dalam Persekutuan yang baru ini. Sudah tentu warganegara keturunan Melayu jauh lebih ramai daripada rakyat Malaya yang berketurunan Cina.

13. Pemimpin-pemimpin Cina merayu kepada British, yang kemudiannya menekan Presiden UMNO, Dato Onn Jaafar supaya mencadangkan agar UMNO dibuka kepada semua kaum. Cadangan ini ditolak lain-lain pemimpin UMNO dan Dato Onn terpaksa melepaskan jawatan.

14. British terus beri tekanan kepada orang Melayu untuk bersikap lebih terbuka berkenaan soal kerakyatan bagi orang bukan Melayu.

15. Presiden UMNO Tunku Abdul Rahman memutuskan untuk menubuhkan pakatan dengan MCA (Malaysian Chinese Association) dan MIC (Malaysian Indian Congress). Dalam pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan (Federal Legislative Assembly) 1955, oleh kerana kurangnya kawasan majoriti penduduk Cina dan India, MCA dan MIC terpaksa letak calon mereka di kawasan yang mempunyai majoriti Melayu selepas UMNO bersetuju untuk tidak bertanding di kawasan-kawasan ini dan sebaliknya menyokong calon Cina MCA dan calon India MIC.

16. Begitu sokongan orang Melayu terhadap calon Perikatan MCA dan MIC hinggakan mereka menang walaupun menentang calon Melayu daripada PAS. Calon MCA dan MIC kesemuanya menang. Hanya UMNO kalah satu kerusi kepada PAS.

17. Tunku sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu kemudian memutus untuk menuntut kemerdekaan. British terus berkeras menuntut hak kerakyatan bagi orang Cina dan India sebagai syarat memberi kemerdekaan.

18. Untuk mengatasi halangan British terhadap kemerdekaan dan untuk memenangi sokongan orang Cina dan India Tunku memutuskan untuk beri satu juta kerakyatan kepada kedua-dua komuniti ini berdasarkan hanya kepada permastautin. Salah seorang rakyat baru yang menonjol ialah (Tun) Leong Yew Koh, bekas general di dalam angkatan tentera nasional China yang kemudiannya dilantik Gabenor Melaka.

19. Di peringkat ini pemimpin-pemimpin ketiga-tiga parti yang berdasarkan kepada kaum yang telah mendirikan Kerajaan pemerintahan sendiri di dalam Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya) British telah berbincang dan mencapai persetujuan berkenaan syarat perhubungan antara ketiga-tiga kaum di dalam Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.

20. Ianya merupakan agihan yang sama rata. Sebagai balasan untuk satu juta kerakyatan bukan Melayu, orang bukan Melayu mesti mengakui kedudukan istimewa orang Melayu sebagai Bumiputera. Beberapa peruntukan undang-undang seperti kedudukan Islam sebagai agama rasmi, pengekalan tanah rizab Melayu, kedudukan Raja-raja Melayu dan adat istiadat Melayu dan pengagihan jawatan dalam Kerajaan juga termasuk di dalam persefahaman ini.

21. Dalam soal Bahasa Kebangsaan, Bahasa Melayu telah dipersetujui sebagai Bahasa Kebangsaan. Bahasa Inggeris pula sebagai bahasa ke-dua. Kaum Cina dan India boleh terus gunakan bahasa mereka tetapi bukanlah sebagai bahasa rasmi untuk berkomunikasi.

22. Sekolah rendah Cina dan Tamil juga boleh menggunakan bahasa masing-masing sebagai bahasa pengajar. Bahasa-bahasa ini juga boleh digunakan di sekolah menengah, tetapi hanya di sekolah menengah swasta.

23. Di pihak mereka pemimpin-pemimpin Cina dan India yang mewakili parti mereka menuntut agar kerakyatan dijadikan hak mereka yang tidak boleh ditarik balik, mereka dibenar kekalkan bahasa, agama dan budaya mereka dan sebagai rakyat mereka diberikan hak politik sepertimana yang diberikan kepada semua rakyat.

24. Kebanyakan persetujuan dan persefahaman ini terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merdeka. Bagi setiap yang diperuntukkan kepada orang Melayu, akan sentiasa terdapat peruntukan bagi yang bukan Melayu. Tidak ramai yang sebut akan hakikat ini. Yang menarik perhatian ramai dan yang menjadi tajuk perbalahan ialah apa yang diperuntukkan kepada orang Melayu dan lain-lain kaum Bumiputera sahaja.

25. Demikian walaupun Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan, bahasa Cina dan Tamil tetap bebas digunakan di sekolah Cina dan Tamil. Peruntukan ini tidak terdapat di mana-mana negara lain. Bahkan di negara-negara yang liberal sekalipun tidak terdapat jaminan seperti ini yang termaktub di dalam Perlembagaan.

26. Bahasa Kebangsaan ini haruslah dipelajari semua orang agar setiap warganegara Malaya dapat berkomunikasi antara satu sama lain di mana-mana sahaja.

27. Difahamkan bahasa Cina yang di maksudkan di dalam persefahaman tersebut adalah dialek-dialek Cina yang ditutur di Malaysia dan bukannya bahasa kebangsaan negeri China. Demikian bagi kaum India Malaya bahasa Tamil digunakan dan bukannya Hindi atau Urdu atau apa-apa bahasa pun yang menjadi bahasa Kebangsaan di India. Tetapi para pendidik aliran Cina kemudiannya mengguna Bahasa Cina yang menjadi bahasa Kebangsaan negara China iaitu Mandarin.

28. Islam adalah agama rasmi tetapi agama-agama lain boleh dipraktik penganut masing-masing tanpa apa-apa halangan. Sebagai agama rasmi Islam mendapat bantuan Kerajaan. Tiada tersebut tentang bantuan bagi mana-mana agama lain. Bukan Melayu tidak menekankan tentang ini dan Perlembagaan Persekutuan tidak pun sebut tentang bantuan Kerajaan terhadap agama lain. Namun sokongan dan bantuan tetap diberikan.

29. Kuota ditetapkan bagi kakitangan Kerajaan (Malayan Civil Service) dimana orang Melayu akan mendapat empat tempat bagi setiap satu yang diberikan kepada orang Cina dan India. Walaubagaimanapun, jawatan profesional diiktiraf terbuka bagi semua kaum kerana dianggap tidak mungkin terdapat cukup bilangan orang Melayu untuk mengisi jawatan-jawatan tersebut.

30. Hasilnya pada awal kemerdekaan terdapat lebih ramai kaum bukan Melayu daripada Melayu yang mengisi jawatan dalam Divisyen Satu.

31. Yang Di-Pertuan Agong atau Raja-raja Melayu akan menentukan kuota biasiswa dan lesen bagi orang Melayu. Tetapi tiada sesiapa yang akan dirampas mana-mana permit atau lesen hanya untuk diberikan kepada kaum Bumiputera.

32. Kedudukan Raja-raja Melayu termaktub dan tidak boleh dipersoalkan. Seorang Yang Di-Pertuan Agong akan dipilih daripada sembilan Raja-raja Melayu dan akan berkhidmat selama lima tahun.

33. Raja-raja akan menjadi Raja berperlembagaan. Kuasa eksekutif akan dilaksanakan oleh Menteri Besar, Ketua Menteri dan Perdana Menteri yang dipilih dan dibantu ahli majlis atau Kabinet. Amalan British dijadikan contoh.

34. Persetujuan yang paling penting ialah pelaksanaan Demokrasi Berparlimen digabungkan dengan Raja Berperlembagaan, sekali lagi seperti yang diamalkan di United Kingdom. Harus diingat pihak British telah mengenakan Kerajaan Kolonial kuku besi ke atas Negeri-negeri Melayu dengan kuasa diletak pada Pejabat Kolonial di London.

35. Sebelum ini Negeri-negeri Melayu diperintah secara feudal di mana Raja-raja Melayu mempunyai kuasa mutlak. Hanya golongan bangsawan yang memain peranan dalam politik negeri. Rakyat Melayu tidak langsung ada apa-apa hak politik. Sudah tentu tetamu juga tidak mempunyai suara dalam hal-hal berkenaan politik. Warganegara British keturunan Cina dan India juga tidak mempunyai apa-apa suara walaupun mereka boleh dilantik sebagai Ahli Kehormat Majlis Kerajaan Tempatan atau Perundangan.

36. Keputusan untuk melaksana sistem Kerajaan berlandaskan demokrasi merupakan satu langkah radikal di dalam pentadbiran Kerajaan di Persekutuan Tanah Melayu dan Negeri-negeri Melayu. Ini dipersetujui pemimpin ketiga-tiga kaum terbesar yang diwakili parti-parti politik UMNO, MCA dan MIC. Tidak syak lagi yang parti-parti ini mewakili sebahagian besar daripada ketiga-tiga masyarakat di Malaya. Pihak Komunis dan yang berhaluan kiri lain tidak menyatakan persetujuan mereka terhadap persefahaman ini.

37. Suruhanjaya Reid diberi penerangan tentang perjanjian dan persefahaman ini agar ianya akan dimasukkan kedalam Perlembagaan yang akan digubal. Ketiga-tiga parti meluluskan Perlembagaan yang digubal setelah beberapa pindaan dilakukan. Kesannya Perlembagaan ini menjadi kontrak yang mengikat ketiga-tiga kaum di Persekutuan Tanah Melayu menjelang merdeka pada tahun 1957.

38. Apabila Sabah dan Sarawak menyertai Negeri-negeri Semenanjung untuk membentuk Malaysia kontrak sosial ini di panjangkan kepada kedua-dua negeri ini. Orang Bumiputera Sabah dan Sarawak di beri taraf yang sama dengan orang Melayu. Pada masa ini juga perkataan Bumiputera diperkenalkan untuk membezakan orang Melayu dan orang Bumiputera Sabah, Sarawak daripada yang berketurunan pendatang. Kerana Bahasa Melayu dugunakan secara meluas di negeri-negeri Borneo tidak ada kesulitan bagi penerimaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Walaupun kaum Bumiputera di kedua-dua negeri ini bukan semuanya orang Islam ini tidak memerlukan pindaan kepada Perlembagaan apabila perkataan Bumiputera diterima. Tetapi definisi rasmi bagi orang Melayu tetap tidak berubah.

39. Oleh itu pembentukan kontrak sosial dimaktubkan dalam pertama, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia. Untuk mengatakan yang ianya tidak wujud samalah dengan menidakkan kandungan Perlembagaan yang diasaskan kepada penerimaan oleh pemimpin-pemimpin ketiga-tiga kaum terhadap kontrak sosial yang asal.

40. Kesemua tindakan susulan oleh Kerajaan adalah hasil daripada kontrak sosial ini. Hakikatnya pencetus kontrak sosial ini dan pewaris-pewaris mereka yang diiktiraf rakyat di setiap Pilihanraya Umum menunjukkan kesediaan rakyat untuk menghormati kontrak sosial ini.

41. Menidakkan kewujudan kontrak sosial ini ialah seperti berkata yang Malaysia ini wujud di dalam suasana kekosongan, tidak ada Perlembagaan dan undang-undang yang berlandaskan kontrak ini.

42. Pelaksanaan kontrak sosial ini memerlukan pemahaman semangatnya yang mendalam. Kontrak sosial ini bertujuan mewujudkan satu negara berbilang kaum yang stabil dan harmoni. Apa jua faktor yang akan akibatkan ketidakstabilan dan menghasilkan ketegangan di antara kaum haruslah dianggap tidak sesuai dengan semangat kontrak sosial ini.

43. Selama 50 tahun tidak ada sesiapa yang menyoal kontrak sosial ini. Malahan hari ini pun majoriti kaum Cina dan India dan Bumiputera Melayu dan kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak menerima kontrak sosial ini. Tetapi kerana Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi pada asasnya kalah dalam pilihanraya 2008 dan sekarang mengetuai Kerajaan yang lemah, pihak ekstrimis dan penyanggah sekarang ini mempersoalkan kontrak sosial ini. Majlis Peguam kini telah menjadi sebuah parti politik yang percaya bahawa kepakarannya dalam undang-undang akan mengecualikan ianya daripada dipersoal tentang kelayakannya dan objektif politiknya.

44. UMNO Abdullah tidak berdaya menangkis apa-apa serangan terhadap kontrak sosial ini. Jika apa-apa terjadi Abdullah dan UMNO harus dipertanggungjawabkan

THE MALAYSIAN SOCIAL CONTRACT

by Dr. Mahathir Mohamad at July 12, 2008 11:27 AM

1. Before there was Malaya and Malaysia the peninsular was known as Tanah Melayu, or Malay Land.

2. Saying this alone would result in accusations of being racist.

3. But I need to go back in history if I am going to be able to explain about Malaysia's social contract.

4. Through treaties signed by the Rulers of the Malay States of the Peninsular the British acquired the right to rule the Malay States. These treaties obviously recognised and legitimised the States as Malay States. No one disputed this. Even the aborigines accepted this as shown by their submission to the rule of the Malay Sultans.

5. Initially the peoples living in the States were divided into indigenous Malays and aborigines who were subjects of the Malay rulers and foreign guests who were not subjects of the rulers. There were no citizenship or documents about citizenship status as in most countries.

6. The foreign guests prospered in the British ruled Malay States and in the British colonies of Penang, Malacca and Singapore. The Malay subjects of the Rulers and the Rulers themselves did not feel threatened by the numbers of these non-Malays and the disparities between the general wealth and progress of the foreign guests and the subjects of the Rulers. They did not think that the foreigners who had settled in the country would ever demand citizenship rights.

7. When Japan conquered the Malay States and the colonies of the Straits Settlements, the Chinese felt insecure as the Japanese were their historical enemies.

8. Many Chinese formed and joined guerilla forces and disappeared into the jungle. When Japan surrendered the Chinese guerillas came out and seized many police stations in the interior and declared that they were the rulers of the country. They seized many people, Chinese and Malays and executed a number of them.

9. Malay villagers retaliated by killing the Chinese in the rural areas. Tension rose and a Sino-Malay war was only averted because of the arrival of British forces. But the ill feeling and animosity between the two races remained high.

10. It was in this tensed situation that the British proposed the Malayan Union which would give the "guests" the right of citizenship as indistinguishable from that of the Malays.

11. The Malays rejected the Malayan Union and its citizenship proposal. They forced the British to return to the status quo ante in a new Federation of Malaya.

12. Only Chinese who were British subjects in the colonies of the Straits Settlements were eligible to become citizens in this new Federation. Naturally the Malay citizens far outnumbered the Chinese Malayan citizens.

13. Chinese leaders appealed to the British, who then persuaded the UMNO President, Dato Onn Jaafar to propose to open UMNO to all races. This proposal was rejected by the other UMNO leaders and Dato Onn had to resign.

14. The British kept up the pressure for the Malays to be more liberal with citizenship for non-Malays.

15. Tunku Abdul Rahman, the President of UMNO decided on a coalition with MCA (Malaysian Chinese Association) and the MIC (Malaysian Indian Congress). In the 1955 elections to the Federal Legislative Assembly, since there were very few constituencies with Chinese or Indian majorities, the MCA and MIC partners had to put up candidates in Malay majority constituencies after UMNO undertook not to contest in these constituencies but to support MCA Chinese and MIC Indian candidates instead.

16. Such was the support of the Malays for the MCA and MIC alliance candidates that they won even against Malay candidates from PAS. The MCA and MIC candidates all won. Only UMNO lost one constituency against PAS.

17. The Tunku as Chief Minister of a self-governing Federation of Malaya then decided to go for independence. The British continued to inisist on citizenship rights for the Chinese and Indians as a condition for giving independence.

18. To overcome British resistance to independence and to gain the support of the Chinese and Indians, the Tunku decided to give one million citizenship to the two communities based purely on residence. One notable new citizen was (Tun) Leong Yew Koh, a former general in the Chinese National Army who was later appointed Governor of Malacca.

19. It was at this stage that the leaders of the three communal parties who had formed the Government of self-governing British Federation of Malaya, discussed and reached agreement on the relationship between the three communities in an independent Federation of Malaya.

20. It was to be a quid pro quo arrangement. In exchange for the one million citizenships the non-Malays must recognise the special position of the Malays as the indigenous people. Certain laws such as the pre-eminence of Islam as the state religion, the preservation of Malay reserve land, the position of the Malay Rulers and Malay customs and the distribution of Government jobs were included in the understanding.

21. On the question of national language it was agreed that Malay would be the national language. English should be the second language. The Chinese and Indians could continue to use their own languages but not in official communication.

22. Chinese and Tamil primary schools can use their languages as teaching media. They can also be used in secondary schools but these have to be private schools.

23. For their part the Chinese and Indian leaders representing their parties and communities demanded that their citizenship should be a right which could not be annulled, that they should retain their language, religion and culture, that as citizens they should have political rights as accorded to all citizens.

24. Much of these agreements and understandings are reflected in the Federal Constitution of Independent Malaya. For everything that is accorded the Malays, there is always a provision for non-Malays. Few ever mention this fact. The only thing that attracts everyone's attention and made a subject of dispute is what is accorded the Malays and other indigenous people.

25. Thus although Malay is to be the National Language, Chinese and Tamil can be used freely and in the Chinese and Tamil schools. In no other country has there been a similar provision. Even the most liberal countries do not have this constitutional guarantee.

26. The national language is to be learnt by everyone so that Malayan citizens can communicate with each other everywhere.

27. It was understood also that the Chinese language referred in the understanding were the Chinese dialects spoken in Malaysia, not the national language of China. Similarly for Malayan Indians the language was Tamil, not Hindi or Urdu or whatever became the national language of India. However, the Chinese educationists later insisted that the Chinese language must be the national language of China i.e. Mandarin.

28. The official religion is Islam but other religions may be practised by their adherents without any restriction. As the official religion, Islam would receive Government support. Nothing was said about support for the other religions. The non-Malays did not press this point and the Federal Constitution does not mention Government support for the other religions. Nevertheless such support have been given.

29. A quota was fixed for the Malayan Civil Service wherein the Malays would get four posts for every one given to Chinese or Indians. However it was recognised that the professional post would be open to all races as it was never thought possible there would be enough Malays to take up these posts.

30. The result was that in the early years of independence there were more non-Malays in Division 1 than Malays.

31. The Agong or the Rulers of the States should determine quotas of scholarships and licences for Malays. But no one should be deprived of whatever permits or licences in order to give to Bumiputras.

32. The position of the Malay Rulers was entrenched and could not be challenged. There would be a Paramount Ruler chosen from among the nine Rulers who would serve for five years.

33. The rulers were to be constitutional rulers. Executive power was to be exercised by elected Menteris Besar, Ketua Menteri (Chief Minister) and Prime Minister, assisted by members of councils and cabinets. The British practice was to be the model.

34. The most important understanding was the adoption of Parliamentary Democracy with a Constitutional Monarch, again after the United Kingdom model. It should be remembered that the British imposed an authoritarian colonial Government on the Malay State, the power resting with the Colonial Office in London.

35. Before these the Malay States were feudal with the Malay Rulers enjoying near absolute power. Only the elites played a role in State politics. The Malay subjects had no political rights at all. Certainly the guests had no say in politics. Even the Chinese and Indian British citizens had no say though they may be appointed as Municipal or Legislative Councillors.

36. The decision to adopt a democratic system of Government was a radical step in the governance of the Federation of Malaya and of the Malay States. This was agreed to by the leaders of the three major communities as represented by their political parties i.e. UMNO, MCA and MIC. There can be no doubt that these parties represented the vast majority of the three communities in Malaya. The Communists and the other leftists did not signify their agreement to the understanding.

37. The Reid Commission was briefed on all these agreements and understanding so that they will be reflected in the Constitution to be drawn up. All the three parties approved this Constitution after several amendments were made. In effect the Constitution became a contract binding on all the three communities in the Federation of Malaya upon attaining independence in 1957.

38. When Sabah and Sarawak joined the Peninsular States to form Malaysia the social contract was extended to the two Borneo States. The natives of Sabah and Sarawak were given the same status as the Malays. At this time the word Bumiputra was introduced to distinguish the indigenous Malays and Sabah, Sarawak natives from those descendants of foreign immigrants. Because Malay was widely used in the Borneo States there was no difficulty in the acceptance of Malay as the national language. The fact that the natives of the two states are not all Muslims necessitated no change in the Constitution once the word Bumiputra was accepted. But the official definition of a Malay remained.

39. The embodiment of the social contract is therefore the Constitution of first, the Federation of Malaya and then Malaysia.

40. To say it does not exist is to deny the contents of the Constitution which was based upon the acceptance by the leaders of the three communities of the original social contract.

41. All subsequent actions by the Government were the results of this social contract. The fact that the initiators of this social contract and their successors were endorsed by the people in every election reflects the undertaking of the people to honour this social contract.

42. Saying that the social contract does not exist is like saying that Malaysia exists in a vacuum, without a Constitution and laws based on this Constitution.

43. Implementing the social contract requires understanding of its spirit as much as the letter. The social contract is aimed at creating a multi-racial nation that is stable and harmonious. Any factor which would cause instability and result in confrontation between the races must be regarded as incompatible with the spirit of the social contract.

44. For 50 years no one seriously questioned the social contract. Even today the majority of Chinese and Indians and the indigenous Malays and natives of Sabah and Sarawak accept the social contract. But because Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi basically lost the 2008 election and now heads a weak Government the extremists and erstwhile detractors have questioned the social contract. The Bar Council has now become a political party believing that its expertise in law will exempt it from being questioned as to its credentials and its political objectives.45. Abdullah's UMNO is incapable of countering any attack on the social contract. If anything untoward happens Abdullah and UMNO must bear responsibility.

*****