Sunday, April 27, 2008

Selamat Bersidang YB

Utusan Malaysia
Ahad, 27 April 2008

RENCANA

Oleh Hassan Mohd. Noor

ESOK, 28 April 2008 bermulalah mesyuarat pertama, penggal pertama Parlimen kedua belas. Mesyuarat ini diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 berlangsung pada 8 Mac lalu. Mesyuarat pertama ini akan berlangsung sehingga 27 Mei atau melibatkan 16 hari. Mesyuarat kedua pula dijadualkan pada 23 Jun hingga 15 Julai selama 14 hari dan ketiga mulai 18 Ogos hingga 11 Disember melibatkan 41 hari. Setiap minggu mesyuarat akan berlangsung mulai hari Isnin hingga Khamis iaitu bermula pukul 10 pagi hingga 1 petang dan disambung semula mulai pukul 2.30 hingga 5.30 petang.

Apakah istimewanya mesyuarat bagi Parlimen ke-12 ini?
Sebaik saja keputusan pilihan raya umum diketahui pada 8 Mac lalu, ramai yang sudah menjangkakan persidangan pada kali ini lebih panas berbanding sebelumnya. Bukan sekadar komposisi penyokong dan pembangkang tetapi mereka yang mempunyai latar belakang yang pelbagai yang selama ini hanya lantang bersuara atau 'berkokok' di luar kini akan berada di dalam Dewan.

Antara mereka termasuklah aktivis sosial dan masyarakat yang sebelum ini sering turun di jalan-jalan raya mengadakan demonstrasi terutama di Kuala Lumpur. Ada di antara mereka ini juga pernah 'menyerbu' Parlimen untuk membuat bantahan. Lebih mencabar lagi kali ini ialah kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal memperoleh majoriti dua pertiga.
Keadaan ini tidak pernah berlaku dalam tempoh 50 tahun lalu. Begitu juga dengan kehadiran 99 muka baru daripada keseluruhan 222 wakil rakyat. Dan jumlah anggota pembangkang pula meningkat empat kali ganda iaitu seramai 82 orang berbanding pada penggal yang lalu hanya 20 orang.

Kali ini pembangkang membariskan hampir keseluruhan pemimpin utamanya - Presiden/pengerusi parti, timbalan presiden/timbalan pengerusi, naib-naib presiden/pengerusi serta setiausaha agung masing-masing. Begitu juga dengan barisan ketua-ketua pemuda dan wanita/muslimat parti pembangkang turut sama berada di dalam Parlimen.
Sementara BN pula kehilangan suara beberapa pemimpin utama parti komponennya seperti S.Samy Vellu (MIC), M. Kayveas (PPP) dan Dr. Koh Tsu Koon (Gerakan). Mereka semua tewas pada pilihan raya umum lalu.

Namun di pihak BN terdapat beberapa nama - muka baru - yang bakal menjadi tumpuan. Mereka termasuklah anak bekas Perdana Menteri, Mukhriz Mahathir, Khairy Jamaludin, Dr. Mohd Puad Zarkashi, Razali Ibrahim dan Chua Tee Yong.

Sementara di pihak pembangkang pula, selain nama-nama baru seperti Tian Chua, Azmin Ali, Nurul Izzah Anwar, beberapa muka lama akan turut memanaskan persidangan kali ini. Lebih-lebih lagi mereka yang pernah berada di dalam Dewan tetapi terkeluar pada penggal yang lalu dan kali ini kembali semula. Mereka sudah pasti akan menggunakan pengalaman yang ada untuk mengambil bahagian lebih aktif. Antara mereka termasuklah Presiden Pas, Abdul Hadi Awang, Timbalannya Nasharuddin Mat Isa, Ketua Penerangan Mahfuz Omar, dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Taib Azamuddin Mohd Taib. Kali ini buat kali pertama juga tiga muslimat Pas akan turut serta. Begitu juga dengan kehadiran semula bekas Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas,Ibrahim Ali, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Wee Choo Keong.
Jelaslah gandingan muka lama dan baru pada kali ini akan mencetuskan suasana yang lebih meriah di dalam Dewan Rakyat.

''Dengan muka baru dan jumlah anggota mereka yang ramai, sudah tentu pembangkang mempunyai semangat baru dalam sidang kali ini,'' kata Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz.

Beliau yang sudah tiga penggal menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ini penggal ketiga sebagai Ahli Parlimen mengakui persidangan kali ini lebih mencabar dan menuntut perhatian yang lebih dari segi kehadiran serta perbahasan yang lebih bermutu.
Mohamad Aziz yang pada penggal lalu berjaya mencuri perhatian ramai bersama rakan-rakannya seperti Datuk Bung Mokhtar Radin (Kinabatangan) dan Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (kini ADUN di Perak) bagaimanapun yakin anggota BN juga mempunyai semangat yang sama.

Percaya''BN juga mempunyai orang muda yang bersemangat tinggi dan saya percaya mereka ini mampu mengambil bahagian yang lebih aktif dalam persidangan Dewan Rakyat kali ini,'' katanya.

Menariknya kali ini, Bung Mokhtar menjadi Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong BN yang diketuai oleh Tiong King Sing. Dan jika tidak ada perubahan tempat duduk, Mohamad Aziz diapit oleh King Sing dan Bung Mokhtar. Pastinya mereka ada strategi untuk 'mematahkan' serangan pihak pembangkang.

Dengan suasana yang dianggap tidak pernah berlaku dalam sejarah Dewan Rakyat sebelum ini, cabaran besar juga terletak di bahu Yang Dipertua Dewan Rakyat atau Speaker yang baru dilantik, Pandikar Amin Mulia.

Walaupun orang baru tetapi, ahli politik veteran ini pernah berada di dalam Dewan Rakyat sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1999 hingga 2002). Beliau juga seorang yang lantang dan lucu dan berpengalaman sebagai Speaker DUN Sabah. Pandikar Amin juga pernah menyandang beberapa jawatan dalam Kabinet Sabah.

Pandikar Amin, 53, bagaimanapun meminta kerjasama semua anggota Parlimen supaya mematuhi peraturan ketika mengambil bahagian dalam perbahasan.

''Saya mahu bersikap adil kepada semua orang tetapi semua wakil rakyat sepatutnya tahu apa yang perlu mereka lakukan. Jika mereka mematuhi peraturan, semua orang akan gembira,'' katanya semasa mengulas pelantikannya baru-baru ini.

Turut menarik perhatian kali ini ialah ketua pembangkang yang baru iaitu Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang pada penggal yang lalu 'keseorangan'. Pada pilihan raya umum 2004, beliau adalah satu-satunya wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR). Dan kali ini bersamanya adalah anak perempuannya serta 'panglima-panglima' PKR.

Inilah kali pertama wanita diberi tanggungjawab sebagai ketua pembangkang. Mungkin ini secara kebetulan kerana beliau adalah Presiden PKR, parti yang menang lebih banyak kerusi berbanding parti-parti lain.

Sebelum ini parti politik yang memenangi lebih banyak kerusi dilantik sebagai ketua pembangkang seperti yang dapat dilihat pada penggal lalu apabila Lim Kit Siang yang juga Setiausaha Agung DAP ketika itu mengetuai barisan pembangkang. Pas juga pernah mengetuai barisan pembangkang melalui Presiden Pas ketika itu, Fadzil Noor (1999) apabila parti itu menang lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum.

Dewan Rakyat kali ini juga menyaksikan jumlah Menteri Kabinet yang berkurangan menyebabkan kehadiran setiap orang Ahli Parlimen terutama di kalangan penyokong kerajaan BN amat penting. Menyedari kepentingan itu juga, mesyuarat Kabinet yang biasanya berlangsung pada hari Rabu ditukarkan pada hari Jumaat sepanjang persidangan Dewan Rakyat berlangsung.

Menyentuh tentang anggota Kabinet, Mohamad Aziz juga berharap, Menteri dan Timbalan Menteri dapat memberi jawapan yang meyakinkan terhadap setiap persoalan yang dibangkitkan.

Beliau percaya dengan jawapan-jawapan yang tepat dan meyakinkan, suasana perbahasan akan lebih menarik.

Mesyuarat hari pertama esok akan bermula dengan upacara mengangkat sumpah jawatan Speaker serta ahli-ahli yang berhormat (YB) yang memenangi kerusi pada pilihan raya umum lalu.

Apakah akan ada kejutan seperti yang pernah berlaku pada majlis angkat sumpah pada tahun 1999?

Ketika itu, semua 43 ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar Dewan selepas berlaku kekecohan kerana mempertikaikan kesahihan mesyuarat.

Bagaimana pula dengan kejutan-kejutan lain yang sebelum ini menjadi bualan ramai selepas BN gagal memperoleh majoriti dua pertiga? Sama-samalah kita ikuti persidangan itu nanti yang buat kali pertama juga akan disiarkan secara langsung selama setengah jam oleh RTM bagi sesi soal jawab.

Kita akan melihat sejauh mana tingkah laku dan keupayaan wakil-wakil rakyat yang kita pilih pada 8 Mac lalu bertindak. Begitu juga dengan Menteri Kabinet dan timbalan mereka mengambil bahagian setelah mereka tidak lagi dibantu oleh setiausaha Parlimen.

Seperti kata Menteri Penerangan, Ahmad Shabery Chik, apabila sidang Dewan Rakyat disiarkan secara langsung walaupun sekadar setengah jam, tetapi ia ibarat seperti membuka pintu air.
''Ia seperti membuka pintu air, sudah tentu ada sampah yang keluar bersama-sama. Namun pada akhirnya penonton yang menapis baik buruknya,'' kata beliau yang dilantik sebagai menteri penuh kali ini.

Apa yang diharapkan, persidangan kali ini lebih fokus kepada isu tanpa ahli-ahli YB terbawa-bawa dengan isu-isu yang boleh menjejaskan imej institusi Parlimen. Pada masa yang sama, elakkan daripada mengeluarkan perkataan-perkataan yang kurang enak didengar, insiden memulaukan sidang, serta berucap dalam keadaan yang marah. Ikutlah peraturan dan hormatilah Speaker.

Seperti yang pernah dikatakan oleh Allahyarham Zahir Ismail: ''Kalau berucap hendaklah dengan nada tenang, jangan marah-marah. Ini kerana kalau marah, nanti tertinggal, lupa atau hilanglah fakta atau hujah bernas yang telah dihimpunkan sebelumnya.''

Satu lagi pesanan Allahyarham kepada Ahli-ahli Dewan ialah: ''Kita datang hendak bermesyuarat bukan bergaduh. Ini tugas negara. Kalau kita bergaduh, kita tidak menjalankan tugas.''

Justeru, ambillah bahagian sebaik mungkin. Buatlah penyelidikan sebelum bercakap supaya hujah yang hendak disampaikan tidak meleret-leret atau tidak berfaedah. Akhirnya banyak masa terbuang. Memang masa mesyuarat boleh ditambah tetapi setiap orang ada tugas masing-masing. Menteri-menteri mempunyai tugas mereka di kementerian yang perlu dibereskan dan tidak boleh bersidang untuk tempoh lama sehingga mengambil masa berbulan-bulan lamanya. Ahli-ahli YB, hargailah masa persidangan!

Thursday, April 24, 2008

Azizah : Saya sedia jadi PM

Muda Mohd Noor Apr 24, 08 4:52pm

Dr Wan Azizah Ismail berkata beliau bersedia menjadi perdana menteri Malaysia jika Pakatan Rakyat berjaya mendapat majoriti dua pertiga susulan peralihan sokongan wakil-wakil Barisan Nasional.

"Saya bersedia, insya Allah. Ini kejutan baru kepada saya. "Saya menyertai gelanggang politik (pun) secara mengejut, saya menjadi ketua pembangkang (pun) secara mengejut," kata presiden PKR kepada wartawan di Petaling Jaya, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah beliau bersedia menjadi perdana menteri apabila Pakatan berjaya mempengaruhi lebih 30 wakil BN untuk beralih kepada gabungan pembangkang. Dr Wan Azizah, kini ketua pembangkang di Dewan Rakyat berkata, kerajaan Malaysia boleh "bertukar pada bila-bila masa".

Ketika ditanya mengapa tumpuan menarik ahli parlimen BN kepada Pakatan Rakyat ditumpukan di Sabah dan Sarawak, beliau berkata "itu urusan suami saya."

"Saya juga tidak pasti bila mereka akan menyertai Pakatan Rakyat tetapi kita tidak paksa mereka."Sesiapa yang nak masuk Pakatan hendaklah atas niat meninggalkan parti perkauman dan menegakkan keadilan," tambahnya.

Ahli parlimen Permatang Pauh berkata, bagaimanapun, Pakatan memberikan lebih keutamaan kepada usaha mengukuhkan barisan pembangkang dahulu.Semalam ketua umum PKR Datuk Seri Anwar berkata, beberapa ahli parlimen BN di Sabah telah membuat keputusan untuk menyertai Pakatan Rakyat dan sedang menunggu masa sesuai, selewat-lewatnya pertengahan September.

"Apa yang menahan mereka ialah pengaturan masa. Ahli-ahli parlimen ini belum pun mengangkat sumpah di parlimen (lagi). Kami bukanlah tergesa-gesa," katanya kepada pemberita di Kota Kinabalu dalam lawatan ke negeri itu, semalam.

Menurutnya, mereka dijangka menyertai bila-bila masa sama ada, termasuk bulan depan, hari kemerdekaan (31 Ogos) atau hari ulang tahun pembentukan Malaysia (16 September)."Tetapi saya fikir kami tidak akan melewati tempoh itu," katanya.

Azizah mula diuar-uarkan sebagai calon perdana menteri sejak pertengahan bulan ini apabila suaminya, yang dianggap pemimpin de facto pembangkang, tidak menjelaskan bila akan bertanding dan menang kerusi parlimen dalam satu pilihanraya kecil.

Semalam, bagaimanapun, Anwar meramalkan beliau akan menjadi perdana menteri "dalam tempoh tiga tahun ini".Katanya, tiada jangka masa jelas tentang tarikh beliau akan memegang jawatan itu tetapi meramalkan tempohnya "tidak sampai tiga tahun lagi"."(Tetapi) saya bukannya tergesa-gesa," katanya.

Abdullah akan jadi Ketua Pembangkang bila-bila masa dari sekarang-Anwar

- Abdullah akan jadi Ketua Pembangkang bila-bila masa dari sekarang-Harakah. Malaysiakini pula memberi headline 'Wakil BN lompat sebelum 16 September'

- Kita ikuti perkembangan ini dengan teliti mulai hari ini. Sesuatu yang cukup menarik dalam arus perubahan politik tanah air akan berlaku tidak lama lagi, menurut kecenderungan mereka yang seronok dan gembira melihat malapetaka ini.

Nabila Abdullah melaporkan...

Thu Apr 24, 08 2:20:44 pm MYT

PENAMPANG, 24 April (Hrkh) - "Apabila ahli Parlimen Sabah menarik diri dari Barisan Nasional (BN) pada malam ini, esok juga BN akan tumbang dan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi akan jadi Ketua Pembangkang!", kata Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam ceramahnya di sini semalam.

Ujar Anwar, BN tidak lagi kuat, malah turut kalah di Semenanjung dan mereka hanya dapat bertahan buat sementara waktu kerana sokongan dari ahli Parlimen Sabah dan Sarawak.

"Kita sudah kira jumlah itu (ahli Parlimen) dan jumlahnya cukup untuk kita memerintah Malaysia. Biar orang Sabah menentukan siapa pemimpin yang mereka pilih berdasarkan kuasa yang mereka ada," ujarnya.

Tambah Anwar, kawan-kawan saya di ahli Parlimen Sabah telah menyatakan persetujuan untuk memasuki Pakatan Rakyat (PR) dan meninggalkan BN.

"Bila mereka (ahli Parlimen Sabah) umumkan, itu sedang kita bincangkan mengikut strategi yang terbaik dan mereka harus berfikir secara bijaksana demi kepentingan masyarakat Sabah kita tidah harus terburu-buru", katanya.

"Mereka harus fikir secara bijaksana demi kepentingan rakyat Sabah", katanya.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga menafikan bahawa beliau kononya membeli ahli Parlimen Sabah malah menegaskan penyertaan mereka dalam Pakatan Rakyat bukan kerana wang.

Sebaliknya hanya untuk menjaga kedaulatan rakyat Sabah dengan menjaga kebajikan rakyat secara menyeluruh, katanya.

Tambahnya, barisan Pakatan Rakyat tidak akan mengikut budaya barisan nasional yang sering membazirkan wang rakyat untuk mendapatkan sokongan parti.

Penasihat KeADILan itu juga berkata, Sabah adalah negeri yang kaya dengan hasil bumi dan cukup untuk diagih kepada rakyat negeri itu.

Namun disebabkan oleh pemimpinnya tamak haloba, nafsu serakah mereka bolot kekayaan itu dan rakyat Sabah menjadi mangsa, ujarnya.

"Sudah tiba masanya rakyat Sabah menerima perubahan dengan menyokong Pakatan Rakyat," katanya


Wakil BN lompat sebelum 16 Sept - Malaysiakini

Apr 23, 08 10:37pm

kemaskini 11:35pm :Beberapa ahli parlimen Barisan Nasional di Sabah telah membuat keputusan untuk menyertai Pakatan Rakyat dan sedang menunggu masa sesuai, selewat-lewatnya pertengahan September, kata penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Apa yang menahan mereka ialah pengaturan masa. Ahli-ahli parlimen ini belum pun mengangkat sumpah di parlimen (lagi). Kami bukanlah tergesa-gesa," katanya kepada pemberita di Kota Kinabalu dalam lawatan ke negeri itu, hari ini.

Anwar menambah, lapor Bernama, jika mereka tidak menyertai bulan depan, mungkin dalam bulan berikutnya, Julai atau malah pada Hari Merdeka (31 Ogos)."Tetapi saya fikir kami tidak akan melewati tempoh itu," katanya.Bagaimanapun laman web The Star Online pula, juga memetik kenyataan Anwar di tempat yang sama, memberikan tarikh yang berbeza, 16 September atau hari ulang tahun pembentukan Malaysia.

Beliau juga mendakwa BN sedang memantau dengan dekat pergerakannya sekarang dan ada kemungkinan akan bertindak keras atau mengugut wakil-wakil parti itu yang ingin berpindah kepada Pakatan. Bekas menteri kewangan itu mendakwa, beliau boleh mengadakan rundingan dengan wakil rakyat BN sama ada di Singapura, Abu Dhabi atau Hong Kong walaupun "bunyinya seperti bahan lawak.

" Selain itu, laporan sama dipetik, Anwar juga memerlukan masa untuk mengadakan rundingan dengan parti-parti lain dalam gabungan pembangkang itu sebelum bertindak.Sementara agensi AFP melaporkan, Anwar meramalkan beliau akan menjadi perdana menteri "dalam tempoh tiga tahun ini".

Katanya, tiada jangka masa jelas tentang tarikh beliau akan menjadi perdana menteri tetapi meramalkan tempohnya "tidak sampai tiga tahun lagi"."(Tetapi) saya bukannya tergesa-gesa," katanya kepada agensi berita antarabangsa itu.Parti Rakyat Malaysia (PRM) hari ini membantah usaha menggerakkan kempen lompat parti wakil-wakil BN seperti yang dijalankan Anwar .

Sambil menyifatkan usaha sedemikian "tidak sah dan tidak beretika", presiden PRM Hassan Abdul Karim menggesa keputusan pilihanraya umum lalu harus dihormati semua pihak."PRM berpendapat kerajaan BN perlu diberi peluang untuk mentadbir kerajaan pusat bagi lima tahun lagi dengan aman dan tanpadiganggu-gugat secara yang tidak demokratik," katanya.

Akhbar Utusan Malaysia melaporkan parti-parti komponen BN di negeri itu menafikan mereka akan melompat parti dan menyertai Pakatan. Timbalan presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Eric Majimbun (gambar) dilaporkan berkata, desas-desus terdapat wakil parti itu berhasrat melompat parti berkemungkinan besar timbul susulan kelantangan SAPP menyuarakan pandangan kepada pimpinan BN.

Lawatan Anwar di negeri itu dan Sarawak memanaskan lagi cakap-cakap tentang isu lompat parti yang dimulakan daripada kenyataan bekas timbalan perdana menteri itu sejak kemenangan besar PKR dan dua rakannya DAP dan PAS pada 8 Mac. Tawaran terbuka pengerusi jawatankuasa pemandu PKR Sabah dan Sarawak, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan kepada wakil rakyat BN agar menyertai pakatan pembangkang baru-baru ini menghangatkan lagi keadaan.

Pelik yang dicabul pula yang meminta maaf

Posted by roslan sms at 2:41:00 PM 4 comments

Thursday, April 24, 2008

Akhirnya semua selesai. Sipelapor telah menarik balik laporan polisnya, manakala tertuduh barangkali tersenyum lega.Asalnya kita difahamkan seorang ahli Parlimen yang digugurkan sebagai Menteri kabinet baru-baru ini dalam keadaan mabuk telah mencabul kehormatan seorang pelayan di sebuah "lounge" hotel lima bintang berhampiran Jalan Tun Sambanthan. Beliau dikatakan telah meraba tubuh wanita berkenaan tanpa kerelaan wanita itu.

Walaubagaimanapun semalam wanita berkenaan "tanpa dipaksa atau disogok" telah menarik balik laporan polis itu. Apa alasannya:"She was sensitive and moody at the time of the incident" menurut The Star. Beliau menambah telah kenal bekas menteri dari Pahang itu lebih 5 tahun dan kononnya bekas menteri itu sering bergurau senda dengannya tanpa apa-apa niat jahat.Kata beliau lagi:When he jokes, he sometimes likes to touch my shoulder or arms but it is something that I accepted as normal among friends especially those we have known for a long time.

Apabila beliau berjenaka, beliau sering akan memegang bahu dan lengan saya, tetapi saya rela kerana ia sesuatu yang biasa terutama bagi kawan lama.Apakah semua menteri dan bekas menteri Umno berperangai sebegini? Tidakkah ini mengambil kesempatan atas mereka yang tidak berupaya, tidakkah ini suatu bentuk "sexual harrasment"? Saya harap NGO Wanita tidak akan membisu dan menyepi diri dalam hal ini!Wanita itu turut menambah lagi:She was used to the VIP's jokes and "rough ways" and had never objected to his actions nor felt offended by it previously.

Beliau telah biasa dengan jenaka VIP berkenaan dan "cara-cara kasarnya" namun tidak pernah sebelum ini menolaknya atau berasa tersinggung.Akhirnya menurut laporan The Star, wanita itu menyatakan kekesalannya kerana membuat laporan polis terhadap bekas menteri berkenaan.

Tidakkah menteri ini tahu akan batas pergaulan antara seorang Muslim dengan Muslim yang lain yang bukan mahram? Atau memang itu sudah menjadi amalan biasanya? Yang saya hairan menteri "kurang ajar" itu tidak pun memohon maaf tetapi wanita yang dipegang, disentuh dan diraba olehnya itu pula yang meminta maaf!Saya harap kes ini tidak berakhir dengan begitu sahaja.

Pihak polis perlu menyiasat adakah wanita ini diugut atau disogok untuk menarik balik laporan ini, jika laporan ini palsu, demi menjernihkan imej dan nama baik bekas menteri itu, wanita inilah yang sepatutnya didakwa!

- 4 Komen

YongPerak said...

saya dah agak dah masa berita ini disiarkan, dalam hati dah berdetik, pasti cerita ni berakhir di mana laporan polis yang dibuat akan ditarik semula. kat malaysia ni,kalau berita macam ni LAZIMNYA, tak kemana... Tapi nampak sangat pemimpin UMNO ni teruk betul budayanya...budaya meraba2 perempuan & budaya meneguk arak..Patutla takut kalau dijalankan hukum hudud...

Thu Apr 24, 03:33:00 PM MYT

Anonymous said...

Tak hairan la bro...Boss dia pun selamba je raba bahu michelle yeoh....Bapak kencing berdiri...anak kencing berlari.... jakchemor

Thu Apr 24, 04:29:00 PM MYT

Anonymous said...

siapa mamat tu hah, MP rompin kot

Thu Apr 24, 05:08:00 PM MYT

Anonymous said...

la... UMNO... BIASE le kalau meraba, minum arak,sex ngan prempuan, RASUAH... tapi BABI jgan... bagi UMNO BABI JE HARAM.... yang lain bole hentam je... hadari la katakan!!

Thu Apr 24, 05:12:00 PM MYT

Stealth said...

Kahwin aje terus kalau dah suka. Bukan setakat raba aje, lambung terus pun boleh...

Thu Apr 24, 05:16:00 PM MYT

Wednesday, April 23, 2008

DAP desak PAS gugur negara Islam

- Bukankah telah saya katakan sebelum ini bahawa PR masih bermimpi lagi. PAS tidak akan menggugurkan agenda negara Islam nya. Ini adalah keunikan PAS. Mana mungkin PAS akan berkompromi sehingga menyentuh prinsip parti. Kalau itu berlaku maka PR juga juga akan mengalami nasib sama dengan slogan pemimpin PAS/PR talam dua muka, tiada prinsip, dan seumpamnya tentunya akan digunakan oleh BN untuk menumbangkan PR.


- Dalam hal ini, kenapa tidak ditanya pula kepada Karpal Singh kenyataan yang sebaliknya. "PAS desak DAP terima negara Islam?" Bolehkah DAP menerima negara Islam? Kalau tidak boleh, kenapa DAP boleh mempercayai PAS dapat menerima desakan daripada DAP? Ianya sama saja, kalau kita tidak suka sesuatu dilakukan ke atas kita oleh pihak lain, maka janganlah kita melakukan hal sama ke atas pihak lain pula.

- Katalah PKR menerima agenda PAS kerana majoriti muslimnya, beranikah DAP mengubah pendiriannya dan menerima agenda negara Islam PAS? Rasanya tidak kot.. Ini kerana kebanyakan rakyat yang belajar sejarah kenal amat dengan DAP ni...Siapa mereka sebenarnya. Justeru, PAS dan DAP tentu tidak akan dapat bersatu di bawah satu nama 'PR' sehebat yang diuar-uarkan itu. Dan, rakyat Sabah dan Sarawak tidak harus terpedaya dengan konflik yang berlaku di Semananjung ini. Sama ada BN atau PR, BN tetap relevan di Sabah dan Sarawak. Bagaimana membentuk satu pembangkang yang kuat di Sabah dan Sarawak? Setakat ini, PKR sendiri sahajalah yang paling layak, bukan 'PR' itu.

- Apa pun kita tengok laporan ini dahulu; - Aki Ijjal

Malaysiakini

Apr 22, 08 8:57pm




Pengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh hari ini mendesak PAS supaya menggugurkan agenda parti itu untuk menubuhkan negara Islam.Ahli parlimen Bukit Gelugor itu berkata, janggal bagi PAS untuk meneruskan agenda negara Islamnya dan pada masa yang bekerjasama dengan dua parti lain dalam Pakatan Rakyat - PKR dan DAP.

"Walaupun PAS memberi tumpuan kepada agenda Pakatan Rakyat untuk mewujudkan sebuah negara kebajikan dan memulihkan demokrasi dan urus tadbir yang baik, tetapi ia tetap dengan agendanya untuk menubuhkan sebuah negara Islam."Kenyataan yang dibuat oleh ahli parlimen PAS bagi Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Ahmad, pastinya tidak membantu menjayakan perjuangan Pakatan rakyat," kata Karpal dalam satu kenyataan hari ini.Beliau mengulas laporan akhbar yang memetik Dr Dzulkifly sebagai berkata parti itu tetap dengan agendanya untuk menubuhkan kerajaan Islam di Malaysia.

Menurut Dr Dzulkifly lagi, partinya tidak membangkitkan isu negara Islam kerana ia bukan sebahagian daripada agenda Pakatan Rakyat.
Beliau berkata, pihaknya akan memberi lebih banyak masa kepada pengundi untuk memahami parti tersebut. Minta nasihat Tun SallehMenurut Karpal lagi, kenyataan yang dibuat oleh para pemimpin PAS tidak membantu menjayakan kepentingan Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, PAS tidak boleh melakukan dua perkara dalam satu masa."Saya ingin menasihatkan PAS bahawa parti itu mungkin perlu mendapatkan pandangan Tun Salleh Abas yang penah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS dan exco kerajaan nengeri Terengganu, mengenai isu negara Islam," tambahnya.Menurut Karpal lagi, pada 1988, Tun Salleh bersama panel lima orang hakim Mahkamah Agung, dalam satu penghakiman, telah mengisytiharkan bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam, tetapi negara sekular yang mengamalkan undang-undang sekular.

"Juga tidak boleh dilupakan kenyataan Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Hussein Onn bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular," kata Karpal, sambil menambah bahawa Perlembagaan Persekutuan sendiri mengandungi negara sekular sebagai salah satu struktur asasnya.

'Henti buat kenyataan'

Sehubungan itu, katanya, PAS perlu memberi jaminan bahawa pemimpinnya, termasuk menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (foto) dan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan menguar-uarkan lagi hasratnya untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam.

Menurut peguam terkenal itu lagi, tidak memberi sebarang makna bagi PAS secara terbuka mengisytiharkan bahawa ia menjadi tulang belakang Pakatan Rakyat dengan matlamat menubuhkan negara Islam."PAS sendiri tidak mampu memperolehi majoriti dua pertiga untuk meminta Perlembagaan Persekutuan untuk menubuhkan sebuah negara Islam.

"PAS mesti bersikap praktikal dan berkerjasama ke arah memastikan Pakatan Rakyat menang lebih besar dalam pilihanraya umum akan datang," kata Karpal, sambil menambah parti Islam itu tidak seharusnya melakukan sesuatu yang prejudis kepada gabungan pembangkang serta boleh menjejaskan usaha memperkukuhkan Pakatan.

Untuk itu, katanya, cara terbaik ialah pemimpin PAS berhenti membuat kenyataan terbuka tentang perkara tersebut.

Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, barisan pembangkang - PAS, PKR dan DAP - berjaya menawan empat negeri - Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.
Kerajaan campuran di Kedah terdiri daripada PAS dan PKR. Di Pulau Pinang pula antara PKR dan DAP.

Manakala ketiga-tiga parti tersebut menubuhkan kerajaan campuran di Perak dan Selangor.
Berikutan itu, pada 1 April, pucuk pimpinan ketiga-tiga parti berkenaan sepakat untuk merujuk keempat-empat negeri tersebut sebagai kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Rakyat Sabah perlu contohi perubahan politik Semananjung

- Saya bersetuju keadaan pembangkitan kesedaran rakyat Sabah berkenaan politik dan keadilan sosial termasuklah yang berkaitan rasuah, diperhebatkan lagi. Biar ada satu saja pembangkang di Sabah. Dan, inilah juga antara masalah yang dihadapi PR sekarang. Jangan kita pandai berbicara saja. Pada dasarnya PR juga seperti BN sekarang ini masih berada dalam masalah penyatuan dan penerimaan. PAS, PKR dan DAP bukannya telah bersatu di bawah satu nama. Ianya masih lagi di peringkat perbincangan, dan perbincangan itu mungkin sampai tahun 2013 nanti, mungkin tidak akan menjadi kenyataan pun. Justeru, tidak ada juga beza yang jelas antara PR dan BN, pada dasarnya.

- Apakah maklumat atau kebenaran yang patut diwar-warkan dengan bersungguh-sungguh oleh pihak yang jujur merasa bertanggungjawab dalam hal membenteras kejahilan ini? Ianya adalah berkenaan Sabah dan Sarawak berkongsi satu pola sejarah yang sama tetapi unik berbanding Semananjung. Sabah dan Sarawak adalah satu kuasa politik terbesar di Malaysia! Inilah dua hal yang patut disampaikan dalam mana-mana program ceramah sama ada anjuran BN atau PR. Inilah perbuatan yang bertanggungjawab dan matang. Rakyat perlu dididik agar dapat membeza antara fakta dan propaganda.

- Saya amat bersetuju dengan resolusi seminar ini. Dan usaha penyedaran yang dimaksudkan perlu bertunjangkan dasar pembenterasan kemiskinan material dan kejahilan. Kalau susah sangat, biarlah kita tumpukan dahulu membenteras buta maklumat di Sabah dan Sarawak. Di Semananjung sudah pernah melalui keadaan ini, oleh itu, banyaklah yang boleh kita kongsi bersama terutama berkaitan modus operandi secara mikro dan makro.

- Apa pun kita lihat dulu laporan Nabila; - Aki Ijjal


Nabila Abdullah

Tue Apr 22, 08 3:21:43 pm MYT

KOTA KINABALU, 22 April (Hrkh) - Kini sudah tiba masanya rakyat Sabah dan Sarawak menerima perubahan politik yang bersih daripada rasuah, penyelewengan, pembaziran harta rakyat oleh Barisan Nasional (BN), kata Pengarah Centre For Electoral Reforms Initiatives (CERI), Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif.

Menurutnya, BN bertahan sebagai kuasa pusat disebabkan sokongan kuat dari Sabah dan Sarawak, oleh itu masyarakat kedua-dua negeri ini perlu mencari perubahan baru dalam politik.
"Pakatan Rakyat tertubuh berteraskan keadilan sosial rakyat dan bukannya atas dasar perkauman yang mendorong ke arah kezaliman seperti parti Barisan Nasional," katanya dalam Seminar Analisis Pilihan Raya Umum Ke-12 anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) semalam di salah sebuah hotel di sini.

Beliau yang juga bekas pensyarah sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, politik perkauman yang dibawa oleh BN tidak lagi relevan kerana agenda utama masa kini ialah keadilan sosial untuk semua lapisan rakyat tanpa mengira kaum.

"Pilihan raya umum baru-baru ini menunjukkan titik perubahan dalam politik Malaysia, rakyat berkuasa memilih parti memerintah jikalau dulu pembangkang sukar mendapat sokongan tapi kini rakyat berpihak kepada pembangkang," katanya.

Menurutnya, BN tidak pandai membaca perubahan sikap pengundi menyebabkan pemimpin mereka menjadi angkuh macam Firaun akhirnya rakyat bangkit menentang kerajaan BN pimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Dalam majlis yang sama, Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Ansari Abdullah berkata, banyak penyelewengan berlaku di Sabah sepanjang pilihan raya seperti masalah pengundi hantu, politik wang, termasuk pengendalian pilihan raya secara tidak telus oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Justeru, Ansari menyeru semua penyokong Pakatan Rakyat di Sabah berkerja kuat dari sekarang untuk mendapat kejayaan dalam pilihan raya ke-13 akan datang seperti yang dilakukan penyokong Pakatan Rakyat di Semenanjung.

"Kita harus bertindak memberi tekanan kepada BN dari sekarang, banyakkan ceramah dan program penerangan serta aktif mendekati rakyat agar masyarakat Sabah dapat maklumat yang telus," katanya.

Turut hadir dalam majlis itu, Ketua Pemuda PAS Sabah, Anuar Ali, Setiausaha Pemuda PAS Negeri, Lahirul Lagitu, pensyarah Ilmu Polirik dan Antarabangsa Universiti Malaysia Sabah (UMS), Zaini Othman dan beberapa pimpinan KeADILan dan PAS Sabah.

Bekas menteri didakwa mencabul, hasil siasatan polis dinanti ramai

- Berita terbaru dan penuh sensasi ini memang akan meningkatkan jualan akhbar tempatan di negara ini. Apa yang menarik perhatian saya ialah perkara seumpama ini tidak akan sepantas itu pendedahannya dan wanita terbabit tidak akan seberani ini seandainya hal sama berlaku 20 tahun yang lalu. Budaya dedah mendedah ini baru sahaja di neagara kita pada hemat saya. Semuanya berlaku dengan agak pantas dengan adanya kesimbangan kuasa dalam tampuk pemerintahan. Inilah ehwal yang menarik perhatian saya.

- Sekiranya, kuasa berimbang dapat difahami rakyat secara keseluruhan maka 'equilibrium' kuasa politik-sosial-ekonomi merupakan hasil yang akan memberi faedah luar biasa kepada segenap lapisan masyarakat di negara ini. Hal ini sedang berkembang tanpa batasan. Sama ada kita mahu atau menentangnya tidaklah relevan lagi. Kita terpaksa akur dengan kewujudannya.

- Kesimpulannya, kita perlukan pembangkang yang kuat. Sabah perlukan pembangkang yang kuat juga agar banyak keadilan yang boleh ditegakkan kelak. Keadaan ini boleh berlaku sekiranya hanya ada dua parti sahaja yang bertanding. Sekiranya terdapat 3 parti atau lebih maka keadaan berantakan pula yang akan berlaku, sebagaimana keadaan kita pada hari ini.
Demokrasi akan dicabul dengan pihak minoritilah sebenarnya yang berkuasa! Oleh itu, kita mesti mendukung usaha ke arah dua parti sahaja dalam negara ini. Perundangan tidak perlu dipinda kerana inisiatif itu akan menggugah demokrasi pula melainkan ianya satu konsensus. Apa yang lebih penting ialah kesedaran setiap individu yang berhak mengundi dalam negara ini. Biarlah kita yang memilih agar hanya dua parti sahaja. Ianya lebih 'natural' kerana ia jelas menampakkan kuasa sebenara ada dalam tangan kita, rakyat.

- Dengan itu, maka jangan katakan menteri malah individu tanpa nama dalam negara ini pun pasti tidak akan mendapat kekebalan daripada siasatan, dakwaan dan hukuman setimpal perbuatannya. Ini kerana sekiranya parti pemerintah tidak mengambil endah sebarang laporan atau cuba/bersubahat menyembunyi sebarang kebenaran sebagai kerajaan bertanggungjawab pada ketika itu, tentunya populariti parti terbabit menurun dan mungkin kalah dalam pemilihan akan datang hanya kerana isu berkenaan. Parti pembangkang pastinya menggunakan hal ini sebagai peluang keemasan untuk menjatuhkan kredibiliti parti lawannya.

- Apa pun, kita baca dulu laporan ini; - Aki Ijjal

Azamin Amin Wed

Apr 23, 08 6:51:20 am MYT

KUALA LUMPUR, 23 April (Hrkh) - Kejadian itu dikatakan berlaku pada 14 April di salah sebuah hotel yang bertaraf lima bintang berdekatan Stesen Sentral Kuala Lumpur dan pada malam yang sama 'Black 14' juga sedang diraikan oleh 20,000 penyokong dan pencinta keadilan yang mana Dato' Seri Anwar Ibrahim sudah lepas edahnya untuk bertanding dalam pilhan raya yang bakal diadakan.

Bezanya ialah keesokan pagi, pihak polis dengan segera menghantar notis kepada Presiden KeADILan Datin Seri Wan Azizah bersama tiga lagi untuk hadir ke balai bagi menjadi saksi atas satu laporan polis yang dibuat berhubung penganjuran perhimpunan Black 14 yang dikatakan melanggar undang-undang.

Ramai pihak berharap agar 'kepantasan' yang sama dapat ditunjukkan oleh pihak polis dalam menjalankan siasatan terhadap bekas menteri tersebut dan hasil siasatan itu didedahkan kepada awam serta tidak ditutup begitu sahaja memandangkan ianya melibatkan pemimpin politik Barisan Nasional (BN).

Menurut Mohd Sayuti Omar (MSO) melalui Blog Merah Tintanya dilaporkan seorang bekas Menteri itu telah didakwa melakukan gangguan seksual ke atas seorang wanita di di Kelab Havana Hotel Meridien di KL Sentral.

Dalam pilihan raya lalu beliau menang di kerusi Parlimen tetapi tidak dilantik semula menjadi menteri malah beliau dikatakan sahabat baik kepada Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Razak, kata Sayuti dalam blognya itu.

"Dan oleh kerana saya juga menghormati kod etika penulisan/kewartawan saya juga tidak boleh menyebut nama bekas menteri berkenaan," kata Sayuti.

Menurut laporan Bernama polis kini sedang menyiasat satu laporan melibatkan seorang bekas menteri yang didakwa melakukan jenayah seksual dan perkara itu telah disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC II Ku Chin Wah.

Katanya laporan itu dibuat oleh seorang wanita yang berumur 30-an di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields pada Jumaat lepas.

Dalam kejadian pada 14 April lepas, mangsa yang merupakan pekerja di hotel tersebut dikatakan bertemu dengan bekas menteri tersebut sebelum mendakwa dicabul.
Ku yang enggan mengulas lanjut mengenai kes itu berkata bekas menteri itu kini berada di luar negara dan pihaknya akan menyiasat dakwaan tersebut.

Beliau turut menegaskan pihak polis akan menjalankan siasatan tersebut secara adil tanpa mengira status pihak yang didakwa, dan pihaknya akan memanggil bekas menteri yang terlibat untuk siasatan sebaik beliau kembali ke tanah air.

Ku berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mencabul kehormatan.

Jika sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana daripada dua hukuman itu.

Tuesday, April 22, 2008

Beberapa komen berkenaan pelantikan Datuk Seri Tiong dan Datuk Bung Mokkhtar mengetuai BBC

- Komentar ini diambil dari blog kudakepang, Ruhanie Ahmad. Menarik. Sangat jelas. Kenapa BN Sabah dan Sarawak tidak memberi perhatian serius dalam hal ini?

- Saya percaya banyak lagi komen yang boleh diperolehi daripada orang rami berkenaan perkembangan ini...

- Saya sedang menunggu dan mencari komen daripada mereka yang memuji...setakat ini belum ada lagi lah...

lamandau said...

Seronok le YB Bong Mokhtar, dah lah dapat habuan semasa PM mengadakan pertemuan dgn AP Sabah kemarin, kini dilantik sebagai Timb Pengurusi BNBBC pula!! Bertuah jadi orang yang suka sergah orang atasan secara melulu ni,Datuk! Rasa nak sesuatu dari Musa Aman , dia gertak Musa Aman. Nak seuatu dari PM gertak PM. Saya ingat budak tgkt 4 tahu hal ini.Tiada demokrasi ke dalam BNBBC? pakai 'point' sistem aje!!!
8:23 AM

ken said...

tiada mp lain dr sabah selain bung mukhtar?adakah tandus sgt bn dgn mp yg berkaliber?
2:39 PM

cina said...

Datuk,I know both Datuk Seri Tiong and Datuk Bung Mokhtar Raden. Both of them are of two extreme ends. Tiong can't speak fluent Malay, Bung can't speak good English. Tiong seldoms participate in the Dewan Rakyat debate and Bung always talks through his nose. Both are not articulate enough to lead the BNBBC. Worst still, Tiong is also believed to have been involved in the PKFZ scandal. I feel sorry for both of them and also sorry for the government. Both of these guys will only become the laughing stock of the opposition. Good luck Pak Lah.
1:40 AM

nakhoda said...

Datuk,Saya mintak kepastian. Bukankah Bung Mukhtar ni YB yang kecoh-kecoh pasal soal "bocor" waktu bahas dalam Dewan Rakyat tahun sudah? YB macam ni yang Pak Lah lantik orang No. 2 BNBBC? Hancur BN!!!! Credibaliti zero!!!!
1:45 AM

cina said...

Sir, correction to my earlier comment about Datuk Seri Tiong and Datuk Bung Mokhtar.To my mind, both Tiong and Bung will only become a laughing stock to the oposition. How can the opposition respect them if Tiong only knows how to ask soalan asal and Bung only knows how to mencelah?
2:17 AM

cina said...

About the proposed post-mortem to be conducted by Tan Sri Muhyiddin, may I suggest that it is also being done at the BN level. I mean, BN should order its component members to conduct post-mortem at their respective party level first and then each of them present their findings and recommendations at the BN level. If this can't be done, I think a bit difficult to restore the people's confidence in BN in the 13GE.
2:24 AM

politica said...

Orang BBC dulu-dulu hebat. Ada Shahidan, ada Ron, ada JJ ada Shahril. Orang-orang ni semua pembangkang respect. Baru-baru ni Raja Bola dari Perak pimpin BBC. Opposition tak respect dia. Kali ni Tiong dengan Bung "bocor" pulak jaga BBC waktu jumlah pembangkang besar. Saya bimbang, dua-dua YB ni terkencing kena balun pembangkang. Tak payah Kit Siang bantai dia orang, Norizzah atau Mahfuz pun cukup. Tentu gelabah habis dua-dua ayam sabung si Dollah ni.Kalau pergi konfrens international lagi teruk. Dua-dua orang kuat BBC ni tau cuma makan angin aje. Orang pergi konfrens untuk naikkan imej MP Malaysia dan nama negara, dia orang ni pergi konfrens cuma makan tidur je....Apalah si Dollah jadi macam ni? Banyak lagi MP BN yang ada kredibiliti. Nur Jazlan boleh, Razali boleh, Dr. Puad boleh, KJ boleh, Radzi boleh, Azmi pun boleh, tapi si Dollah pilih Tiong dengan Bung. Pasal nak jaga hati orang Sabah dan Sarawak kononnya. Tapi maruah BN dan nama baik negara diketepikan. Mana prioriti anda wahai si Dollah? Kalau dah hilang fokus kan baik ikut cakap rakyat, BERSARA!!!!!
2:56 AM

Monday, April 21, 2008

UMNO Sabah not laden with imports

- This is another record that i personally should take into consideration. My friend Simon Tombug wrote the latter to Malaysiakini. It sounds really humble but informative, and basically i agree with him and therefore we should continue to study the Sabah/Sarawak/Borneo histories and give a real damn critics untill we satisfy with all the facts about our enchastors. It will be a solid prove of whatever we are saying later on.

- I hope Simon will read this response and contact me personally to have a further discussion to get to know each other very well...

- Here is the letter;

Simon Tombug

Apr 2, 04 4:17pm

I refer to the letters on Umno in Sarawak and Sabah by John Ting and Tanak Wagu. I am in agreement with Tanak Wagu that Umno should not have come to Borneo. But my reasons are different.

Umno means Muslim dominance and that is not fair to the natives of Sarawak or even Sabah.
Sarawak natives are mostly Christians. Only the Melanaus and Sarawak Malays (Bruneians) are Muslims. Even then the Melanaus have a Christian minority led by Leo Michael Toyad.

True, my state, Sabah, has a Muslim native majority. The Bajau-Sulu group is Muslim (and that includes the small Irranun tribe which is under the Sulu group, and the Bugis who are a kindred group from Sulawesi and Maluku).

Likewise with the Brunei-Kedayan group which is akin to the Sarawakian Malays. Together, the Bajau-Sulus and Brunei-Kedayans form a larger portion of the population compared to the Kadazan-Dusun-Muruts, the largest tribal group.

But the Kadazan-Dusun-Muruts are predominantly Christian, with a Muslim minority. Thus, the largest tribal group in Sabah is a Christian one, and Christian natives deserve the Chief Ministership as much as Muslim ones.

Sabah’s first Chief Minister Tun Muhammad Fuad Stephens was a Christian, we should not forget. It was only later that he became a Muslim. There was nothing and there is nothing in the Sabah state constitution that says that only a Muslim native can be the chief minister. And I believe the same it is with the Sarawak state constitution.

To be fair to John Ting, I do not believe he is 100 percent for Umno coming to Sarawak, even though I guess he does not know much about Sabah’s political situation right now. He was merely saying that if the Sarawakian native parties agreed to disband and then become Umno Sarawak, there would be no stopping Umno coming to Sarawak.

Tanak says that most of the Kadazan-Dusun-Muruts in Sabah Umno are converts to Islam. What he fails to realise is that Kadazan-Dusun-Muruts did not become Muslims suddenly when Umno Sabah was formed.

Many Kadazan-Dusun-Muruts have been Muslims since the time of the Brunei empire and its Bajau-Sulu sub-empire, the Sulu sultanate. In fact, the first Muslims of Sabah were the Kadazan-Dusun-Muruts of the Idahan tribe.

The Bajau-Sulus and Brunei-Kedayans were originally Hindu-Buddhists. The kingfisher coat of arms which Sabah used between 1982-1988 is based on the Hindu deva bird Garuda which is the steed of Vishnu, the deva of water and wind, and the wings of this bird are part of Brunei's insignia until today.

Tanak says that many immigrants from the Philippines and Indonesia gather under the Umno flag and even hold top posts in the party. I believe there are people born outside Malaysia’s shores who have become Umno members, because of connections to powerful local politicians of Bajau-Sulu stock.

But I do not believe that people whose families arrived in the state from the Sulu Islands (now part of the Philippines) and Sulawesi (now part of Indonesia) before the formation of the Philippine and Indonesian republics (1946 and 1945 respectively) and before Sabah’s independence day (Sept 16, 1963) should be considered immigrants.

The Philippines, Sulu Islands and Sabah were all together part of the Sulu empire which was once centred in Sandakan in Sabah and Jolo in the Sulu Islands. They were one Bajau-Sulu nation with Kadazan-Dusun-Murut people in the interior.

Sabah, Sulu and the Philippines had a common history before the coming of colonialism, whether Spanish (which formed the Philippines), American (which took the Philippines and independent Sulu) or British (which took Sabah).

Sulus and Bajaus moved freely between Sabah, Sulu and the Philippines. To them, these regions were the same country, ruled by the Sulu sultan who was their paramount chief.

As for the Bugis, they have long settled in the Brunei empire and Sulu empire. The Bugis peoples are close kin of the Bajau-Sulus. The people of Sulawesi and Maluku migrated out of Borneo, likewise with the Bajau-Sulu living in the Philippines.

Patawari Patawe and Ampung Puyong were born and bred in Sabah and are not Indonesian and Filipino. They would only be Indonesian and Filipino if they were born in independent Indonesia and the Philippines. Likewise with Pandikar Amin Mulia.

Fikir-fikirkan : Abdullah Perancang Pengharaman UMNO 1988




-Tulisan ini merupakan kesinambungan tulisan berkaitan kepemimpinan UMNO. Mari kita tinjau bersama-sama...

- Ini sebagai rekod saja..Tuesday, April 08, 2008 Judge

Semua kritikan dan persoalan dalam perayaan Mahathir Bashing II telah dijawab pada Majlis Fikir-Fikirkan di Hotel De Palma pada hari Ahad, April 6hb 2008 baru-baru ini. Liputan kepada Majlis ini boleh diperolehi di media perdana dan alternatif.Namun, jawapan Dr Mahathir terhadap tuduhan Dato Ahmad Shaberry Cheek sengaja dilepas pandang oleh media.Tuduhan Shabery Dalam kenyataan di suatu Majlis, Shaberry, Menteri Penerangan baru menuduh Dr Mahathir sebagai penyebab UMNO diharamkan di mahkamah pada tahun 1988.

Semasa Majlis Fikir-Fikirkan, Dr Mahathir mengatakan serangan Mahathir Bashing II terbaru begitu tersusun dan bagaikan ada arahan. Selepas “Shah Berry”, merujuk kepada Ahmad Shabery, menyampaikan syarahannya di Majlis Kementerian Penerangan, serangan terhadap Tun bagaikan ada pakat-pakat. Katanya, perkara yang berpakat-pakat selalunya “ada yang tidak kena.”Shabery telah menuduh Dr Mahathir 'dicekik dan dilemaskan' UMNO hingga menyebabkan pengharamanannya pada tahun 1988.Kata beliau yang dipetik oleh Media Perdana, “Ketika kepemimpinan Dr Tun Dr. Mahathir, UMNO mati, musnah, dibatalkan pendaftarannya dan terus mati lagi dalam bentuk yang lain ... kita tidak mahu UMNO yang menjadi parti keramat orang Melayu ini sekali lagi mati hanya kerana Dr Tun Dr.

Mahathir."UMNO pernah diharamkan pada zaman beliau dan kita tak mahu perkara ini berlaku lagi. Semua perkara ini saya percaya orang Melayu tak lupa, tetapi mungkin Tun Dr. Mahathir sendiri lupa mengenai apa yang pernah dilakukannya ketika memimpin UMNO.”UMNO Baru MenyatukanDalam jawapan Dr Mahathir, beliau menyatakan Shabery sendiri terlibat dalam usaha memecahbelahkan UMNO. Dia terlibat menubuhkan Parti Semangat 46 dan menarik diri dari “UMNO”.Mengikut Dr Mahathir, UMNO yang asal telah diharamkan oleh pihak mahkamah dalam saman yang telah dilakukan oleh 11 orang dari kelompok yang Shabery terlibat.Dr Mahathir bertanya, “Bila haram, siapa pulihkan?”

UMNO Baru dapat dihidupkan kembali tetapi kelompok ini enggan menyertai UMNO. Mereka menubuhkan S46 dan bersekongkol dengan parti pembangkang yang lain untuk menentang UMNO. Ini menjadikan UMNO berpecah seketika.Namun, UMNO Baru mendapat sokongan dan dapat menyatupadukan ahli-ahli UMNO semula. Akhirnya mereka-mereka seperti Shabery kembali semula kepada UMNO setelah menyedari pengaruh mereka menurun dan perjuangan mereka itu sia-sia.Penglibatan Abdullah BadawiSebenarnya diketahui ramai dikalangan mereka yang terbabit dalam Parti S46 bahawa usaha menyaman UMNO adalah dirancang oleh Dato Seri Abdullah Badawi sendiri.

Mesyuarat pertama untuk membincang usaha ini dilakukan di rumahnya di Jalan Medan Kapas, Bangsar, Kuala Lumpur. Antara yang hadhir adalah Marina Yusof, Dato Radzi Shiekh Ahmad, Zawawi Zin, dan lain-lain.Di dalam mesyaurat itu yang dihadhiri oleh mereka-mereka yang boleh digelar sebagai orang-orang Musa (Hitam) dan orang-orang Dolah, Abdullah sendiri yang membuat keputusan untuk menyaman UMNO di mahkamah dan dipersetujui oleh mereka yang hadhir.

Berikutan mesyuarat pertama, mesyuarat kedua diadakan di rumah Puan Marina Yusof di Ampang Hilir.Penggerak utama rancangan ini adalah mantan terbaru Setiausaha Agong UMNO, Radzi Sheikh Ahmad sendiri. Sepanjang penyediaan kes dan setiap hari perbicaraan. Kesebelasan mereka yang menyaman UMNO berkumpul dan berbincang di rumah Radzi.Mengikut sumber-sumber terdekat Tengku Razaleigh, Ku Li tidak dilibatkan langsung dan sedang berada di luar negara selama dua bulan semasa perancangan tersebut.

Untuk kepastian, cuba ditanyakan pengikut-pengikut setia Ku Li yang terlibat dalam peristiwa itu seperti Dato Manan Osman, Aspan Alias, Dr Hasan Ali, dan lain-lain. Mungkin boleh ditanya Dato Radzi sendiri yang sudah teramat kecewa dengan pentadbiran Abdullah badawi hingga meletakkan jawatan.Walaupun kekalahan kelompok Musa, Abdullah Badawi masih menang jawatan Naib Presiden pada tahun 1987. Abdullah tidak masuk Parti S46 tetapi kekal dalam UMNO. Malah Abdullah ditawarkan sebagai Naib Presiden Protem UMNO Baru.

Disebabkan penglibatan dalam pengharaman UMNO, Abdullah dianggap sebagai musuh dalam selimut dan terpaksa dipecat dari jawatan Menteri Pertahanan. Walaupun dipecat, mengikut Dr Mahathir dalam Majlis itu, Abdullah telah ditawarkan jawatan dalam Petronas. Sumber-sumber Hicom pun memberitahu, dia telah di tawarkan jawatan sebagai Pengerusi Hicom.Akhirnya atas gesaan arwah isterinya Datin Seri Hendon, Abdullah akhirnya berjumpa Dr Mahathir untuk mengaku tidak ada kebolehan dalam dunia perniagaan dan korporat dan memohon kembali ke dalam jemaah Menteri.Akhirnya dia diberikan jawatan Menteri Pertahanan pada tahun 1991. Malah dia masih dikekalkan di dalam jemaah Kabinet, walaupun kalah Naib Presiden pada tahun 1993.Siapa yang baik dan siapa yang jahat?

Cerita Lapuk Yang Ketinggalan Zaman Peristiwa pengharaman UMNO pun mempunyai kaitan dengan penyingkiran Tun Salleh Abbas sebagai Presiden Mahkamah Persekutuan. Peristiwa ini menjadi asas tuduhan bahawa Dr Mahathir bertanggungjawab dalam ketirisan Institusi Kehakiman yang dibuat oleh Abdullah pada hari Ahad lepas dalam Majlis Amanat Presiden kepada Ketua-ketua Penerangan UMNO.

Menjawab perkara ini, Dr Mahathir menyatakan penyingkiran Tun Salleh pada rasminya dilakukan oleh Tribunal dan anggota Tribunal bukan diatur olehnya. Mungkin perkara ini perlu dihuraikan di posting yang lain.

Perkara pokok yang perlu dihayati sini adalah mereka yang kembali kepada UMNO telah kembali kepada UMNO tanpa syarat. Setelah diterima kembali dalam UMNO dan diberi peranan semula, mereka-mereka yang menyerah kalah sepatutnya tidak menimbulkan perkara lapuk yang tidak releven dan desperado menyalahkan sana sini untuk memberi justifikasi kelemahan kepada pentadbiran Abdullah.

Bagi pengundi-pengundi dan ahli-ahli UMNO yang sekarang berumor dalam 30 tahun, semasa peristiwa ini berlaku umor mereka adalah 10 tahun. Peristiwa-peristiwa yang melibatkan pergeseran lama pada tahun-tahun awal pentadbiran Dr Mahathir sudah tidak releven kepada senario politik, dan pembangunan ekonomi dan sosial sekarang.Masaalahnya sekarang yang menjadi kegusaran rakyat adalah kepimpinan Abdullah Badawi yang lemah.

Dari kenyataan-kenyataan, penafian-penafian dan alasan-alasan yang diberi oleh Abdullah Badawi pada Majlis Hari Ahad, ia hanya membuka lagi pekong dadanya kepada rakyat Malaysia dan ahli UMNO semuanya.

Abdullah hanya menyalahkan orang lain dan tidak mahu menerima kenyataan bahawa dirinya dan menantunya, Khairy adalah penyebab dan pencetus utama kekalahan BN. Kesemua anak-anak muda Tingkat 4 masih dikekalkan lagi. Itu untuk huraian di lain masa.

Menyentuh mengenai kenyataan Dato Zahid Hamidi, Menteri bertanggungjawab dalam hal ehwal agama, yang berkata jangan membuang batu di dalam rumah kaca, mungkin nasihat itu perlu di sampaikan kepada Abdullah sendiri dan rakan-rakan Chorus Girl Zahid. Memang perlu kita semua bermuhasabah, terutama Zahid sendiri.

Masa dan sejarah akan mengadili, tunggu dan lihatlah … tak lama.

Posted by A Voice
4/08/2008 12:24:00 PM

3 comments:
Anonymous said...

setuju dgn pendapat yang disiarkan dlm blog raja petra.."forget mahathir..he is history..dollah is present
1:14 PM

tbsbidayuh said...

you should get my wallpapper on this matter. very nice one. you should not miss it. take it here.

Eddy said...

Si Dollah ini rupanya pandai gak tapi pandai pusing sampai putar alam sekali. Maka benarlah kata-kata orang selama ini yang Si Dolah yang seorang dari konspirator yang mensabotaj UMNO dengan membawa UMNO ke mahkamah dan akibatnya UMNO di haramkan.Keparat sungguh si Shabery ini, masuk cabinet jadi Menteri Penerangan cakap berkobar-kobar macam membawa angin baru rupanya Minister of Disinformation sama taraf dengan Joseph Goebbel lah hang ni Shabery. Dollah angkat hang jadi Menteri sama dengan Zahid tu agaknya kalau Dolah letak punggung dia depan kau berdua dan kentut kat muka hang pun hang kata wonderful boss Can you do it again please.Walaubagaimanapun memang besar jiwa orang bernama Mahathir ini, saya tabik spring kat Tun sebab ambil balik Dolah ni selepas UMNO baru ditubuhkan. Kalau orang berjiwa kerdil macam saya ni saya dah lama balun siDollah ni biar dia balik ke Kepala Batas jual tiket bas sahja daripada mengangkat orang yang langsung tak gerti malu dan tiada ber budi bahasa menghormati orang yang mengangkat dia dari longkang dan naikkan dia sampai jadi PM Malaysia ke=5.Selepas PRU11 2004, bukan main gah si Dollah ni. Beli Kapalterbang baru, buat PM office dia macam office Presiden Amerika siap dengan penasihat2 pandai dari Oxford di tingkat 4, pergi holiday bagai nak rak sampai masa banjir besar di Johor singgah sekejap je sebab nak buka kedai nasi kandar di Australia,menyalah gunakan wang ehsan terengganu sampai DYMM Sultan Murka.Bila Dr Mahathir kritik bukan main marah dengan Dr Mahathir. Bila pengundi kata NO DOLLAH we have had enough of your inept and weak leadership tak boleh terima, kata pulak salah saboteur UMNO, Dr Mahathir dan Ku Li yang berjasa tak terhingga kepada UMNO pun salah tapi dia tidak salah.Dollah kami tak kan cakap lagi kalau hang sayang UMNO hang akan undur sebab sejarah menunjukkan yang hang cuma sayangkan diri hang dan keluarga dan anak menantu hang. Maka orang macam hang ni terpaksa lah di paksa undur oleh akar umbi UMNO yang sememangnya sayangkan UMNO nak harapkan Majlis Tertinggi malam lah, mereka ni pun sama 2 kali lima dengan Dollah lebih sayang kat diri mereka dari UMNO kita.

11:23 PM

Krisis UMNO, Abdullah dijangka tewas, Khairy tidak diperlukan lagi

- Kita baca dulu laporan atau pendapat ini. Komen saya menyusul dibawahnya.

Mohd Rashidi Hassan Mon
Apr 21, 08 9:51:05 am MYT

Walaupun Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Umno dalam pemilihan parti itu Disember depan, beliau dijangka akan menghadapi laluan yang amat sukar.

Suara-suara yang bangkit menentang kepimpinannya sudah menjalar dalam Umno hingga ke seluruh negara dari Perlis ke Johor hingga ke Sabah.

'Mood' ahli-ahli Umno terhadap kepimpinannya sudah tiada. Mereka menyampaikan mesej secara terbuka bahawa mereka tidak mahu Abdullah menerajui parti.

Begitu juga untuk jawatan Ketua Pergerakan Pemuda, walaupun sebelum ini Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyatakan hasratnya bertanding bergantung kepada kehendak akar umbi.

Maka akar umbi dalam Umno hari ini secara jelas bukan sahaja menolak Abdullah, malah meletakkan 'kesalahan besar' yang mempengaruhi kepimpinannya kepada Khairy.

Walaupun Abdullah beberapa kali menafikan apa yang disifatkan 'gangguan' Khairy terhadap keputusannya, dalam parti dan kerajaan, akar umbi Umno tetap tidak menerima mereka berdua.

Maka barangkali sudah sampai masanya kepada Khairy untuk tidak perlu lagi memikirkan masa depan politik beliau. Fikirlah soal perniagaan atau menyambung pelajaran atau sebagainya.

Masa depan politiknya sudah gelap.

Mesej yang disampaikan cukup jelas kedua-dua mertua dan menantu ini, tidak lagi diperlukan dalam Umno.

Usaha Mahathir menyingkirkan Abdullah

Perjuangan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik dan mengecam kepimpinan Abdullah bermula April 2006 dalam satu majlis di Kelab Century Paradise, Taman Melawati, selepas dua tahun, kini baru difahami orang-orang Umno.

Ketika itu segala pandangan Mahathir tidak laku. Isu jambatan, isu proton, isu penjualan MV Agusta, isu AP, isu ECM Libra, isu jual pasir dan isu menggadaikan negara kepada Singapura, yang dikaitkan dengan kegagalan kepimpinan Abdullah, dipandang sepi oleh orang-orang Umno.
Mahathir dalam suatu ucapan di Kota Bharu selepas itu, menyerang Abdullah, dengan mengkritik secara terbuka 'PM circle' yang terdiri daripada Khairy, Kamaludin Abdullah, Kamal Khalid, Kalimullah Masheerul Hassan, Brendan Pereira (bekas Pengarang NST).

Mahathir secara terbuka ketika itu, meminta Abdullah berundur dan menyerahkan kepimpinan negara dan parti kepada Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.

Kerana bagi Mahathir, apa yang dibuat Abdullah dan orang-orangnya di Tingkat 4 JPM dan di NST, bukan sahaja 'menjual' negara kepada Singapura, bukan sahaja merosakkan perjalanan kerajaan, malah melingkupkan Umno.

Sebaliknya Mahathir digelar pengacau, media massa digunakan untuk membelasahnya. Khairy menggelarkannya sebagai 'beruk-beruk yang menggoyangkan pokok (Umno)'.
Kemuncak tekanan dikenakan ke atas Mahathir ialah, apabila beliau disekat daripada memenangi pemilihan perwakilan kumpulan G7 dari Bahagian Kubang Pasu, termasuk dengan membeli undi.

Kes ini timbul dengan pengakuan para perwakilan cawangan Umno yang disogok RM200 seorang. Kes ini dikatakan disiasat oleh Lembaga Disiplin Umno, tetapi sehingga kini tiada tindakan susulan.

Mahathir keseorangan, seluruh kepimpinan Umno dan kerajaan termasuk Najib, teguh di belakang Abdullah.

Mahathir ketika itu sudah dianggap 'history'. Banyak gesaan dari pemimpin Umno yang menyuruhnya bersara diam-diam tanpa perlu mengacau Abdullah dan Umno.

Malah tidak kurang yang melabelkan bekas PM yang berusia 82 tahun itu sebagai sudah nyanyuk.

Tetapi kini orang-orang Umno baru hendak memahami teguran Mahathir. Malangnya mereka hanya faham betapa seriusnya teguran Mahathir, apabila rakyat menjatuhkan hukuman terhadap Umno dan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke 12, 8 Mac lepas.

Mahathirlah orang yang pertama membuat gesaan supaya Abdullah menerima tanggungjawab meletakkan jawatan pada 9 Mac lepas, selepas BN kehilangan lima negeri.
Gesaan Mahathir disusuli dengan surat anaknya Dato' Mukhriz Mahathir, Ahli Parlimen Jerlun kepada Abdullah, menggesa beliau berundur.

Protes dalaman Umno disusuli dengan surat Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang yang mengesa Umno mengadakan mesyuarat agung khas, bagi membincang masa depan parti itu yang berada di ambang kemusnahan.

Abdullah tetap enggan berundur

Kini, suara Mahathir, Mukhriz, Razaleigh dan lain-lain individu diulangi secara tegas dan terbuka oleh orang-orang Umno di seluruh negara.

Pertemuan yang diadakan di Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Perak, jelas menunjukkan akar umbi Umno mahukan Abdullah meletakkan jawatan.

Cuma pertemuan pemimpin Umno dengan Umno Selangor dikatakan tidak sehangat negeri-negeri lain kerana Pengerusi Perhubungannya, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib sudah memberikan 'briefing' terlebih awal, melarang wakil-wakil bahagian menghentam Abdullah atau menggesa beliau berundur.

Walaupun usaha menyekat perwakilan mengkritik Abdullah dilakukan, ia tidak mampu menghalang 'tsunami' politik berlaku dalam Umno.

Bagi orang-orang Umno, jika Abdullah tidak mahu didesak meletakkan jawatan, Abdullah mesti mengemukakan pelan pengunduran atau transisi kuasa kepada Timbalannya, sebagaimana yang dilakukan Mahathir kepada beliau.

Mereka mahu Abdullah menyatakan tarikh pengundurannya. Abdullah tidak memberikan sebarang respon terhadap desakan mereka.

Abdullah berkata beliau tidak pekak dan mendengar semua kritikan itu. Namun bagi Abdullah, beliau berhak mempertahankan jawatannya Disember depan, kerana beliau mahu memperbaiki Umno sebelum menyerahkannya kepada orang lain.

Tetapi bagi anggota Umno di akar umbi, lagi lambat Abdullah menyerahkan kuasa, usia Umno untuk musnah semakin hampir.

Tidak ada jalan lain bagi mereka, jika Abdullah enggan berundur, maka Abdullah harus dijatuhkan.

Siapa bakal Presiden Umno?

Bagi orang-orang Umno, Najib memang merupakan calon yang terbaik bagi mereka untuk menggantikan Abdullah. Tetapi jika Abdullah menang besar dalam pemilihan Presiden, belum tentu kuasa itu akan diserahkan kepada Najib.

Najib sememangnya diketahui tidak akan menentang Abdullah. Walaupun orang-orangnya bangkit di seluruh negara, menggesa beliau menentang Abdullah, Najib tidak memberikan sebarang respon.

Maka jika Najib tidak berani untuk bertanding menentang Abdullah, siapa lagi di kalangan pemimpin tertinggi Umno yang berani?

Seorang lagi, Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin sejak akhir-akhir ini semakin vokal mengkritik Abdullah.

Bagi Muhyiddin, jika Abdullah tidak menentukan bila transisi kuasa akan dibuat, menjelang Jun ini (mesyuarat cawangan dan bahagian bermula), ada 'sesuatu' yang akan berlaku. 'Sesuatu' yang disebut beliau tidak dijelaskan secara terperinci.

Bagi penganalisis politik, walaupun ada kalangan Umno negeri yang menamakan beliau sebagai Timbalan kepada Najib, dalam politik, semuanya belum tentu. Tambahan pula, beliau tidak dilihat sebagai mewakili kumpulan Najib.

Muhyiddin mungkin sedar, jika Najib dipilih sebagai Presiden, orang nombor dua yang akan dipilih beliau, kemungkinan besar sepupunya sendiri, Dato' Seri Hishammuddin Hussein.
Hishammuddin kepada Najib, bagaikan Tun Hussein Onn kepada Tun Razak.

Maka, jika Abdullah sudah tidak relevan kepada Umno, Najib tidak boleh dipercayai, apakah Muhyiddin berani bertanding jawatan Presiden?

Penganalisis politik percaya, congak politik itu wujud pada pemikiran Muhyiddin, namun sejauhmana sokongan yang boleh diperolehi, beliau belum dapat memastikannya.
Maka calon terbaik untuk menggantikan Abdullah, terbaik dalam konteks ini, iaitu yang berani mencalonkan diri secara terbuka, ialah Tengku Razaleigh.

Mampukah Umno berubah?

Jika orang-orang Umno mahu mengubah partinya, sesiapa sahaja yang menentang Abdullah harus diberikan undi. Setakat ini hanya Razaleigh yang berani, khabarnya akar umbi Umno di seluruh negara sudah berani mencanangkan nama Razaleigh untuk dicalonkan.

Umno tidak akan berubah jika perwakilan hanya menjatuhkan Abdullah dan Khairy sahaja.
Keseluruhan pemimpin tertingginya termasuk Najib, Muhyiddin, Dato' Seri Mohd Ali Rustam dan sebagainya, turut harus bertanggungjawab.

Masalah besar yang dihadapi Umno sebenarnya tidak harus dilihat semata-mata daripada aspek menukar kepimpinan. Bukan juga soal kembali berkuasa penuh dalam negara.

Masalah sebenarnya yang dihadapi Umno ialah kuasa politik yang dibina kukuh selama lebih 50 tahun semakin pupus.

Justeru Umno hanya akan diterima rakyat jika, ianya kembali kepada landasan sebenar. Kembali kepada perjuangan asalnya. Kembali memperkukuhkan institusi bangsa yang mereka sendiri menghakiskannya.

Buat masa ini, semua pemimpin Umno sudah hilang fokus mereka dalam mentadbir negara, mereka hanya mencongakkan mesyuarat agung parti yang bermula Jun hingga Disember.
Masa lapan bulan selepas pilihan raya sehingga Disember, akan dihabiskan dengan konflik dalaman mereka. Buat masa ini masih belum nampak penyatuan kepimpinan Umno wujud.

Apa pun, sama ada jika Abdullah berjaya kekalkan jawatan, atau Najib menggantikannya, atau mungkin Muhyiddin, atau mungkin Razaleigh menjadi Presiden, belum tentu Umno dapat dipulihkan.

Jika pemimpin Umno tersilap langkah, barangkali juga menjelang PRU ke-13, sama ada tahun 2012 atau 2013 nanti, nama dan sejarah Umno akan tersimpan di dalam muzium.

- Pada pendapat saya berkenaan bakal Presiden UMNO ini, secara terus terang saya katakan saya tidak bersetuju sekiranya Razaleigh dicalonkan. Apa kelebihan atau kelayakan beliau berdasarkan merit pencapaian atau kekuatan sentimen dikawasannya? Bahagian-bahagian di Kelantan semuanya dikuasai PAS! Beliau juga bekas S46.

- Kalau berdasarkan sentimen kawasan, maka pemimpin di Johor, Sabah atau Perak lah yang sepatutnya mula berani untuk membentuk satu kekuatan baru yang boleh dipertontonkan kepada generasi muda bahawa pemimpin UMNO boleh berubah seperti yang dikatakan oleh Rashidi itu tadi. Kita tidak seharusnya memutar belit fakta. Generasi sekarang bukan seperti generasi dahulu. Keunikan masing-masing adalah berbeza dan mempunyai kekuatan pengaruh yang berbeza pula. Rashidi sengaja hendak menghancurkan UMNO kah dengan dakyah atau pengaruh propaganda kepada semua ahli UMNO. Sudah tentu bahagian yang sedia ada sewajarnya menyokong ketua perhubungan masing-masing kerana inilah tindakan yang bijak. Kalau bahagian-bahagian di mana-mana kawasan perhubungan dapat dipecah belahkan oleh sesiapa dari kawasan lain maka keadaan itu sudah pasti memberi kelebihan kepada kawasan perhubungan yang kecil bilangan bahagiannya. Oleh itu, sewajarnya keikhlasan kita menyedarkan mereka yang mempunyai jumlah bahagian yang banyak supaya sedar akan kekuatan mereka. Ini tidak, apabila sampai dalam membicarakan soal apakah kriteria utama dalam pilihan yang harus kita ikuti, maka kita senyap kerana maklum mereka yang berada di kawasan yang sedikit jumlah bahagiannya tentunya tidak akan berpeluang lagi. Soal kriteria jumlah bahagian di kawasan perhubungan dan kualiti kepemimpinan dalam menentukan kepimpinan UMNO boleh didebatkan lagi, di waktu lain.

- "Beliau juga bekas S46"..di atas saya utarakan kerana ia berkaitan bukti kesetiaan kepada UMNO. Kalau piawai kesetiaan begitu yang dikira, maka pemimpin Johor lah yang pertama harus menjadi pilihan. Pilihan kedua ialah Sabah, kerana pemimpin USNO bukan 'serpihan' UMNO, mereka 'membubar' USNO dan 'menjadi' UMNO. Maknanya, USNO ialah UMNO. Kesetiaan pemimpin UMNO Sabah jauh lebih tinggi meritnya berbanding pemimpin yang disebut Rashidi.

- Saya sokong pendapat membina bahawa UMNO harus bersedia untuk berubah. Bermakna UMNO akan bangkit sesuai dengan keperluan zaman baru umat Melayu. Itu bukti sejarah yang tidak dapat disangkal oleh sesiapa. UMNO bermaksud ahli-ahlinya. Setiap ahli dalam kumpulan kecil atau besar yang membentuk UMNO. Bagaimana dan di mana perubahan itu harus bermula?

- Pada saya, ia telah pun lama berlaku. Sama ada kita sedar atau tidak sedar, sebenarnya UMNO telah lama berubah, sentiasa berubah, kerana pemimpin UMNO yang setia telah, sedang dan akan memastikan nama UMNO terus relevan bagi umat Melayu. Malah UMNO itu sendiri sebagai nama persatuan bukanlah UMNO zaman Dato' Onn, UMNO yang ada ketika ini ialah UMNO baru setelah pengharamnnya pada tahun 1988 dahulu. Bukankah ini juga bentuk perubahan yang tidak ada pada mana-mana parti di seantero alam Melayu ini?

- Memang ramailah yang akan melihat keadaan seumpama ini sebagai satu malapetaka. Sebaliknya saya melihat perubahan sebeginilah salah satu laluan fitrah bagi mana-mana kelangsungan sesuatu dalam menambah umur kekalnya. Bukankah perubahan USNO kepada UMNO jelas menunjukkan satu kekuatan baru yang tidak disangka oleh sesiapa? Hanya jauhari mengenal manikamnya. Inilah takdir UMNO setakat ini.

- Mengapa saya berkata demikian? Bukan jawapan yang akan saya berikan tetapi kesoronokan yang akan saya guna sebagai pengganti istilah jawapan tersebut. Seronok melihat UMNO Sabah yang terdiri daripada ahli yang bukan Islam pun. Ini boleh terjadi kerana UMNO baru itu tadi. Sesuai dengan dasar kepartian iaitu sebagai ramuan utama nasionalisme demokrasi ala Malaysia. Pada saya nama Islam tidak boleh dipartikan kerana istilah ISLAM itu sendiri telah pun menjadi seolah-olah satu 'persatuan' bagi semua umat manusia yang menganut dan mendukung prinsip Islam. Ini pun satu perdebatan yang seronok untuk percambahan minda, di lain ketika lah...

- Keseronokan ini jelas membuktikan bahawa kata-kata Dato' Onn sewaktu umur awal UMNO dahulu akan menjadi realiti. UMNO baru akan membuktikannya. UMNO baru akan terdiri daripada pelbagai bangsa/kaum/agama. Cina dan India? Yang ini saya sendiri tidak nampak bagaimana jalannya kecuali bagi Cina Islam dan India Muslim.

- UMNO mengandung kepelbagaian, keunikan dan perbezaan pendapat ala Melayu. Sama ada kita ekstrim akan berkata, "oh, kalau begitu kita biarkan je la UMNO berpecah!" atau tidak berkata begitu dan berkata pula selainnya, mana-mana kemungkinan pun, yang pasti UMNO tetap dijadikan begitu. Tidak timbul soal kemahuan kita. Ini kebenaran kelangsungan satu perjuangan yang belum selesai.

Ini hanyalah ramalan saya. Itu pun berdasarkan apa yang saya ketahui setakat ini berkaitan politik tanah air melalui maklumat yang saya tahu sahaja pula.

Unlocking the secrets

- This is for my record. Perhaps in the future it will be used in any event that needs evidance on how all of us, Malaysian, being lied by politicians or profesionals or anybody else. One thing to ensure is that we must uphold this statement everywhere and anywhere we meet and involve in such a situation;

only the agreement that based on the writtenly clearly proposed & revealed & showed & mentioned & no hidden information should be taken into consideration and trusted and accepted. In any case at any later time, the reverse statement is not acceptable and is automatically rejected.

- I think this report, in either way it is interpreted, is just one of the many example in our country that shows clearly a sign of the critical moment of transition period to be a develope country.

- The report;

by Terence Fernandez and Maria J. Dass

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim CAME TO PROMINENCE AFTER THE "dawn raid" of the London Stock Exchange IN 1981 which delivered the Guthrie Group into Malaysian hands. AT DAWN ON March 9, The former CEO of PNB was part of another coup which brought Selangor under PAKATAN RAKYAT. the mentri Besar talks to Terence Fernandez and Maria J. Dass about Umno, pig FARMING and the state’s DIRECTION under his leadership.

Tan Sri, the integrated pig farming issue is getting out of hand. Is it true you approved such a large area?

Well, the exco during (then mentri besar Datuk Seri Dr Mohamad) Khir Toyo’s time approved over 300 acres (120ha) of land. And he admitted that he in fact agreed in principle. There’s no issue here. Let me explain. When I came in (as mentri besar) I read all their reports, quite elaborate reports. I don’t think they made a decision without much thought. This indicated that they were serious. They went around town … they even went overseas, did environment reports, studied them and made their decision. And as a professional, I looked at the decision and said "hey, this is reasonable".

But of course I wanted to make sure of some issues such as integrity and equality where all pig farmers are involved and the sharing of the co-operative is fair. So I improved the implementation process and said "OK, we approve it".

After all, the other option is to just leave them as they are and there will be pig farms everywhere; or ban pig farming altogether which is too drastic. This is the best option. It is clean and sophisticated. So we had three options and we chose the best one.

Your administration seems to be going out of your way to bridge the cultural and religious divide – a legacy of your predecessor. Do you fear you may be alienating the Malay/Muslim community with these overtures, including preaching a more just economic policy for non-Muslim communities?

Not at all. Part of my exco team includes three people from PAS who are highly professional ... doctors, architects. Dr Hassan Ali is a motivator with a PhD in town and country planning. They look at things very rationally, so even if you have a so-called Islamic framework, you have to take care of all the people who are going to live with you.

Your detractors say you are compromising on Malay rights.

Oh ya, I’m quite sure they are. The people from Umno are using it to say how PAS and even I betrayed the Malays by allowing this sort of thing (the pig farming issue) to happen.

But politically, we are in a different environment. Fifty years have passed. We are already globalised and this is the way to go. In Ijok, the younger generation contributed the majority of my votes. They came from the 21-40-year age group. They wanted change. Those who are close to retirement don’t seem to want much change. People are getting more and more globalised and vocal. And only now the BN realises that newspapers are not the only communication platform. They don’t go into the internet or alternative media.

So is it safe to say there won’t be any more temple or church issues in Selangor, with the previous administration seemingly reluctant to approve new places of worship?

The exco has started a committee headed by Teresa Kok, which includes Dr A. Xavier Jayakumar and Ronnie Liu for non-Muslim affairs. First we must accept this: How many churches or temples do we have so we can secure them … are they in the right place, so we can rectify it if they are not. They should not be on TOL (temporary occupational licence) land or squatter areas. If need be, we must recognise the land for religious purposes, then we charge them rental of RM1 a year. We are moving towards this.

Previously, each time there was a request for a church, one was told it could not take the shape of a church, no crosses must be visible and the location is in some industrial area. Churches end up looking like factories! Even the Shah Alam church took 26 years to establish.

We must change this. Even like pig farming, they raise their songkok for this and that. It is not the way to go. We must change this mindset.

Cabins belonging to political parties have mushroomed on open spaces and playgrounds around Selangor. Will you be demolishing these illegal structures?

We have given instructions to all local councils to follow the law. Ronnie is in charge of this. We have to work in stages. All public amenities must be protected. But that issue we are not pushing yet as there are bigger issues we are tackling such as protecting forest reserves. We want to contain the reserve land from deforestation. There are about 4,000ha. With the playgrounds, it is a matter of one or two acres, but here we are talking of thousands of hectares.

Some of these forest reserves are alienated to state-linked companies.

Ya lah, to some state agency, but there is a slight twist. There is a joint venture. The state agency gets a small 30%. If the company fails, the state will suffer, if the company makes money, it gets 70%. So we are reviewing it. If we don’t, there is a bigger problem.

So these playgrounds, we leave it as it is until we sort out certain major issues. Of course we are coming back to them as we need to provide alternatives, and if the playground has been intruded into, we take action.

One reason open spaces continued to be developed under the previous admin-istration was the state government’s refusal to gazette them as requested by the prime minister.

We will gazette them now. But we must also understand the meaning of zoning. To these people, zoning means tomorrow you can de-zone. So we have to explain zoning and a lot of research has to go towards this, as we don’t want situations where you zone one area and then later discover that it is not suitable.

Of course the (state) staff have to face up to the new way of thinking. At every discussion we ask about social, financial and environmental implications. So they really need to get used to us. Because last time it was just "saya setuju" (I agree), you don’t need to consider any implication. Once you get a letter (from the top), everything else is irrelevant and you don’t need to think or write a report. But the culture is different now and is starting to take a bite at them!

Do you trust your officers? They were once working hand-in-glove with the former administration. How do you reconcile this fact with the reality that you need them to help you run the state?

I have to live with it because if I want to make changes and want the people to be with me, I cannot throw everyone out, no one will trust me as an agent of change. Of course, if they cannot cope with the new way of working and thinking, they can opt not to work with us. Of course I have taken a positive attitude that everyone is interested in change.

But it is difficult to discard the old ways, one reason being that one has built this relationship with his previous boss over the last eight years.

I can see things change. Now they realise, as there was a recent statement by Khir Toyo on the duplication of land titles which hurt a lot of staff. He said it was "in-house" work. It frightens everyone. It could be one or two persons involved, but if you say "in-house work", then I have to pacify everyone. Now I am winning their trust. At one stage they said "this chap will protect me". But now this chap is not protecting anyone! He is protecting whoever he is protecting (laughs).

Speaking of fraud in land offices, it is a problem that previous administrations have failed or refused to address. What makes you think yours will be successful in resolving it?

First, we need to have proper electronic recording such as E-Tanah which is in place; then you must make it available and be transparent, and the procedure must be well known and there is no such thing as official secrets any more. I am unlocking the secrets so that more people will gain access to their records and there will be fewer instances of duplication.

So you have uncovered more dirt apart from the dodgy land deals?

Yes, but I have to take the attitude that I am not here on a witch hunt. I am here to develop Selangor and at the same to make the requisite changes.

We see you have roped in the Anti Corruption Agency for this.

Oh ya, the ACA was here this (April 9) morning and they have said they will be doing forensic accounting. Of course the ACA also needs to learn to live with us and share information and make a case. But the long and short of it is that the ACA also has its own political masters in the federal system. So sometimes, even after their hard work, the decision to pursue the case is not in their hands but unfortunately in the hands of the AG (attorney-general). The AG on whatever wisdom he has or influence, may not pursue it. So we are learning to work with the local ACA and later on learn to fight the bigger group.

So, you aren’t confident of the eventual findings of the investigations?

Well, during our discussions with the ACA, Ronnie and Hassan Ali were there. They are experts in lodging ACA reports from their non-government days (laughs) … as many as 20 to 30 and none have been pursued. I am not very opti-mistic, but at least now, people are seeing that we are doing something about it and these people (Ronnie and Hassan) have the training to push for it.

You said you would run Selangor as a corporation. Having had a look at the books, are we strong fiscally?

Yes, fortunately. Selangor is in much better shape because of the urbanisation. The quit rent received by Selangor is much higher than other states in the peninsula. It is in a vibrant environment and I think the state has enough resources to sustain itself. The budget is always a balanced budget. But the state can always improve. For example, I look at the fund management; they could get 2-3% on their liquid funds, but I can stretch it a bit by 4-5%. And 2-3% over RM200 million – that pays the salaries of everyone for one or two years.

So the state has these resources, but how you refine it to move into a more competitive and value-added level takes a bit of time, but it is there.

It is not that you are taking over a losing company – then to move up you must cut cost. If you translate the state into a company, this company has resources and turnover, but you can make it better. That means if someone can make it grow 2-3%, you can make it grow 7-8% with a lot of work.

Can you do without federal funding, since the Rural Development Minister had announced that such funds will go directly to BN appointees in the state?

We are not worried about that. If they channel it to Selangor, the multiplier will still be in Selangor. But, I don’t want to waste my time going to the federal government asking for money because I have enough work on my hands managing the resources.

I am quite happy if the federal ministers do this because the people will now know that these are the people who should not be there. So over time, they will be cast aside. The more they continue to do this, the better we are politically. Let me say to you ... these people, they are in Umno ... one example is this pig farming issue. The report shows that MCA proposed this and then Umno worked with them, saying "let’s do it".

Nothing to do with racial reasons; it is socially good and economically viable to have a clean and modern pig farming industry.

Now here comes a chap who wants to champion Umno who ignores MCA and now says it cannot be done. Can you imagine? If MCA continues to lick Umno I don’t know what level of dignity they have! This is the partner that they have. Can you imagine this? And none of the MCA leaders are willing to speak up. And here Umno says forget about the pig farmers, forget about the Chinese, even though they are in a weak position. I am enjoying this. It is a good thing for us. Let the Chinese and the Indians open their eyes to what sorts of fellows they are dealing with. Hey, it’s true you know. If I were an MCA man who promoted this, and now I am being betrayed, what am I going to tell the other Chinese? This is what people tell me and I say promote it so society knows that this is what you have experienced the last 50 years.

Back to the earlier question, you have said Selangor can be self-sufficient.

Of course, but I still grumble as Selangor pays a lot more in taxes than other states. If they don’t want to go through the states due to political affiliations, I am not worried, but if they don’t want to invest in the people of these states, I think it is unconstitutional as it is ultra virus to their decision-making as the people in these states pay taxes.

I think they are doing it (investing in Selangor). If they aren’t or they try to do like in Terengganu when it was under PAS, subduing the state government there, they are killing themselves. They are shooting themselves in the foot! Lower growth in Selangor means lower growth in Malaysia.

How has investor confidence been over the last month?

I have more than enough investors coming to make deals with me. I got calls from international investors who have funds and say "I allocated US$500 million (RM1.6 billion) for you, you decide (where to invest)". So I call them back and say "I’m sorry, I am now mentri besar, not your fund manager!" (laughs)

Do they now feel it is easier and cheaper to do business in the state?

I trust it is easier and cheaper (laughs). We have received many proposals. I told them to give me a bit of time, so I can settle the administration. If I go out now and do investment marketing when the infrastructure and administration cannot cope with their needs, they will be frustrated, so I must get myself ready first.

Is it prudent for the Selangor govt to be involved in rescuing the Port Klang Free Zone (PKFZ)? What is in it for the state? Already RM4.6 billion of taxpayers’ money has gone towards bailing it out.

Provided that the value is right, if the government writes off the value, I can manage it and the government can have a share in it. The intentions of PKFZ are good, but how to implement it in a more efficient and effective way? The idea of making an industry within the free trade zone has been done in Malaysia for many years, but the question is where is your cost? Is it in real estate or is it in trade? Unfortunately this whole thing is a real estate ploy to make gains by being a contractor and all that. But of course, with PKFZ, if the cost is too prohibitive, people will not come if you charge them based on your high cost (of operations) and your trading margin is very small. That allows a lot of turnover. But I think I can manage it if you have a net worth of people who can do it. The government must be open minded, they must write off their losses. Then they can move on.

But what about the RM4.6 billion of our money?

The state will not be doing a bailout! Later on, if managed well, the value of PKFZ will be higher and we will own it.

There are high hopes of a rehabilitation of the PKFZ with Klang Port Authority GM Datin Paduka O.C. Phang’s contract not being renewed and the appointments of Datuk Ong Tee Keat and Datuk Lee Hwa Beng as Transport Minister and port authority chairman respectively.
We know that and I can sit down with them and speak to them on a business-to-business platform. Our idea is that you must be able to manage it, that’s all; not a political upmanship. It is in the state of Selangor. If it is prosperous, the state will prosper, so it is in my interest and I have also to provide infrastructure connecting to PKFZ. Initially people were talking about the politics of it, but that’s human nature. At the end of the day you have over RM4 billion invested, and how do you want to make it happen?

We know you are not giving up your parliamentary seat in Bandar Tun Razak for Datuk Seri Anwar Ibrahim. But don’t you think you are way over your head taking on all these responsibilities? Is it good for the people?

We have a mentri besar’s office in Ijok (his state seat). They (Khir Toyo’s administration which set it up during the Ijok by-election) didn’t use it. Now I use it. It is fully utilised! (laughs)
Bandar Tun Razak is a question of getting the Datuk Bandar to work efficiently with the 10 opposition members of parliament, that’s all.

Do you know that Selangor has vacancies for two advisory board members in DBKL? Now the Datuk Bandar knows who he is dealing with.

Give me a few months so I can stabilise the whole thing. I think I can cope. The question is you must have the support of and quality people who work with you. Like a CEO, once you get the best lieutenants around you, it is plain-sailing. It just takes a bit of time.

So you have capable people to delegate duties to?

Yes, many. This is the challenge of a lifetime. I had that experience when I was about 32 or 33 years old at PNB. I enjoyed it. Now if I can get three or four people of that nature, they move everywhere. And they must have the right spirit of doing things.

Fortunately Selangor is not a troubled state. It is like if you are going into a company that has problems, then you have a nightmare. Here you just need to refine and fine-tune it, and it will run well.

Updated: 09:43AM Sun, 20 Apr 2008

Sunday, April 20, 2008

Hishammudin mahu letak Kesusasteraan Melayu di mana?

- Saya amat tertarik dengan berita ini. Harakah. Berani amat H Fansuri mengarang dan Harakah menerbitnya pula. Ia berkaitan salah satu kurikulum pendidikan nasional tetapi disulami bait kes mahkamah yang belum lagi selesai perbicaraannya. Tidak takut kena fail saman 10 juta ke! PKR dan Malaysia dah kena dah. Kes plagarisme melawan Tan Sri Dr. Nordin dan UUM.

- Saya amat tertarik dengan berita ini. Gaya penyampaian yang tersusun jalan pemikirannya. Tenang sahaja aliran paparan idea dan desakan, nasihat dan teguran bertubi-tubi mengena sasaran dalam kelompok yang berbeza-beza. Tahniah H Fansuri.

- Saya amat tertark dengan berita ini. Sesuai amat menjadi pelengkap juadah sarapan pagi. Merujuk gaya bujang; bersama teman-teman di warung (restoran), mungkin seawal 6 pagi (waktu Sabah), kopi tongkat ali, nasi lemak, sambil memerhati pula gelagat manusia kiri dan kanan, entah apa yang disibuk sangat seawal pagi Ahad begini? Kekadang suara bicara rakan kedengaran sayup-sayup. Berbau politik lagaknya.

- Saya amat tertarik dengan berita ini. beritanya begini;

H Fansuri Sat Apr 19, 08 1:40:33 pm MYT

Kesusasteraan bahasa Inggeris dikaji semula dan dikatakan mahu dimulakan seawal pengajian di sekolah rendah. Demikian kata Menteri Pelajaran Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau mengulas pendirian sepupunya Najib Tun Razak, bahawa pelaksanaan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris akan tetap dilaksanakan.

Dalam 1996, ketika saya belajar di Kolej Mara Kulim (KMK), Jalan Tunjung, kami dperkenalkan dengan dua buah bacaan novel Inggeris, Rice Without Rain (Minfong Ho) dan The Village by the Sea (Anita Desai).

Novel Rice Without Rain disalin kisahnya dengan latar belakangkan negara Thai dan perjuangan pelajar Thammasart University, Bangkok yang berusaha keras dalam menolak penguasaan junta tentera ke atas negara Thai. Sementara itu, novel The Village By The Sea berlatar belakangkan kemiskinan nelayan India di sebuah desa mundur.

Persamaan antara kedua-dua novel ini ialah, klimaksnya menuju ke arah demonstrasi besar-besaran di Bangkok dan di bandar besar India. Pada saat itu, dua tahun sebelum bom jangka Reformasi meledak. Tidaklah diketahui tangan siapakah yang telah mengizinkan novel terbaik itu dijadikan bahan bacaan di matrikulasi USM.

Apabila melangkah ke Matrikulasi 2 (1997), setahun sebelum Reformasi, kami semua diminta membaca Little Lord Fauntleroy dan To Kill A Mockingbird (Harper Lee). Di belakang novel To Kill A Mockingbird milik saya, tertera petikan dialog berikut:-

"They don't do one thing but sing their hearts out for us. That's why it's a sin to kill a mockingbird."

Scout dan abangnya Jem adalah anak kepada Atticus, seorang peguam agamawan yang teguh pendiriannya terhadap nilai-nilai agama. Keluarga mereka itu setia kepada amanat dan wasiat gereja untuk mengelakkan diri daripada setiap perlakuan dosa (sin).

Dalam ayat dan perkataan lain, boleh juga kita berkata begini, "Di mana salahnya kesusasteraan Melayu sehinggakan novel-novel pop, karya popular Melayu dijadikan bahan bacaan sekolah? Apa 'dosa' sasterawan?"

Soalan seterusnya, "Jika Hishammudin mahu bancuh warna fikiran pelajar dengan kesusasteraan Inggeris, adakah ia melibatkan novel-novel karya picisan seperti Harry Porter, The Tunnel dan sebagainya?"

Little Lord Fauntleroy misalnya mengembangkan satu kisah pergelutan antara seorang cucu dan datuknya yang telah terpisah lama. Antara cucu dan datuknya ini, mereka berpaut kepada faham dan ideologi berbeza; Republican dan Democrat. Antara cucu dan datuk ini, mereka memilih laluan politik berbeza kerana seorang berada di Britain yang ketika itu sedang bergelut dengan Amerika yang mahu melepaskan diri daripada cengkaman Britain.

Lord Fauntleroy pada ketika kecilnya sudah petah berbicara mengenai serangan tentera Turki, siapakah Republican dan apakah pendirian Democrat. Adakah warna-warni novel-novel seperti ini yang Hishammudin mahu bancuhkan di dalam akal fikiran generasi muda sejak awal-awal persekolahan itu? Ini karya berat.

Jika benar baguslah. Cuma, janganlah dibancuh fikiran generasi muda dengan Harry Potter pula. Cukuplah sekadar mereka menontonnya di filem sebagai bahan santai. Hisham perlu tahu yang mana boleh diangkat sebagai pemikiran dan yang mana mahu diangkat sebagai bahan santai yang kalau tidak dibaca pun tidaklah merugikan anak bangsa.

Kembali kepada kisah Atticus (To Kill A Mockingbird). Beliau akhirnya disingkirkan daripada
penduduk setempat akibat sikap beliau membela seorang negro (Tom) yang dituduh merogol seorang gadis kulit putih (Mayella Ewell). Sebenarnya, gadis kulit putih itu yang bertindak menggodanya. Tapi, Tom menolak ajakan tersebut. Pun begitu, Tom tetap didakwa bersalah atas tuduhan merogol.

Sebenarnya, Tom boleh menang dan boleh dibebaskan kerana beliau lumpuh sebelah tangannya. Atticus bertanya di dalam mahkamah, "Bagaimana mungkin seorang yang lumpuh sebelah tangannya boleh merogol seorang anak gadis yang sempurna sifat?"

Saya tak ingat tangan Tom yang manakah telah lumpuh. Saya andaikan tangan kanan. Kalau demikian, mata Mayella yang sebelah kiri saya andaikan sebagai lebam. Maka, pertuduhan dibuat, iaitu ketika memperkosa Mayella, Tom mengasari gadis itu sehingga lebam mata kirinya. (Saya tidak ingat kisah sebenar, tapi ini cuma andaian sahaja.)

Masalahnya, soal Atticus, bagaimanakah seorang lelaki yang lumpuh tangan tangannya boleh melebamkan mata kiri gadis tersebut? Akhirnya, rahsia terbongkar, iaitu yang menumbuk sehingga lebam mata kiri Mayella adalah bapanya sendiri yang anti 'nigger'. (Nigger adalah gelaran menghina kaum kulit hitam). Beliau sengaja menyalakan api fitnah itu agar Tom didapati bersalah dan jatuh terhukum.

Kisah ini hampir sama dengan kisah mata Anwar yang lebam dipukul bekas Ketua Polis Negara Rahim Noor, tetapi dinafikan Mahathir kemudian kerana kononnya Anwar melebamkan matanya sendiri tatkala nyalaan api Reformasi sedang membahang dan kehangatanya tersimbah lalu membakar dada rakyat.

Bermodalkan hujah-hujah berbentuk pertanyaan tersebut, Tom dan Atticus sebenarnya menghampiri kemenangan. Tetapi, Tom akhirnya mengalah dan bertindak membunuh diri dalam penjara sebelum keputusan tercapai.

Menurut Tom, apabila beliau melihat hakim dan juri-jurinya berkulit putih, beliau mula berputus asa. Keputusan tidak berpihak kepadanya walaupun peguam Atticus setia membela atas nama kebenaran tanpa pedulikan warna kulit.

Idea daripada novel ini antaranya mengisahkan betapa zalim dan berdosanya membunuh orang yang tidak bersalah. Di mana dosa dan salah sasterawan kita sehingga mereka dipinggirkan selama ini? Iqbal bermadah, bangsa itu lahir di tangan para penyair, mereka akan terus hidup atau boleh terus mati di tangan para politikus!

Apa salah dan di mana salahnya dengan kesusasteraan Melayu tinggi? Tanpa Sulalatus Salatin dan lain-lain karya hebat, Melayu hari ini tenggelam punca untuk mencari susur-galur warisan keturunannya sendiri. Kalau mahu julang sastera Inggeris, jenis karya hebat seperti To Kill A Mockingbird, Rice Without Rain dan lain-lain itukah yang akan disandarkan sebagai rujukan? Atau, sekadar karya imaginasi bersulam fantasi?

(Jalan cerita To Kill A Mockingbird hampir luput dari ingatan saya. Harap ada pihak yang dapat memperbaikinya.)

Penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman usaha memulihkan imej Umno dan Pak Lah?
Apabila berbicara mengenai To Kill A Mockingbird yang membawakan tema kehakiman Barat yang korup kerana ditewaskan faham kebangsaan, maka kita teringat pula dengan kehakiman di negara kita. Hal itu belum masuk lagi dengan mahkamah universiti yang mengheret pelajar menggunakan Auku.

Akhir-akhir ini mungkin kerana termalu dengan peristiwa lalu maka kerajaan mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman. (Atau, mungkin kerana ingin memulihkan imej Umno)

Zaid Ibrahim sebelum itu telah mengeluarkan pandangan supaya kerajaan meminta maaf kepada Tun Salleh Abbas. Tetapi, jangan dilupakan bahawa Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan kurang cerdik telah menyatakan kerajaan tidak perlu meminta maaf kepada orang yang telah mereka pecat itu.

Kalau mahu lebih adil, majlis meminta maaf itu perlulah dihadiri oleh bekas Perdana Menteri juga, Tun Dr Mahathir bin Mohamed. Tetapi, oleh kerana Malaysia memilki seorang Perdana Menteri yang tidak peka, maka terselamatlah maruah musuh Abdullah itu secara tidak
langsung, iaitu Dr Mahathir.

Hal ini sekali gus menunjukkan Abdullah memang tidak pandai berpolitik!

Liputan media perdana mula memekapkan lipstik kosmetik ke wajah Abdullah dengan menyatakan sikap kerajaan itu adalah tepat sekali melalui penubuhan suruhanjaya ini. Tapi, mujur juga ada orang-orang bijaksana di dalam RTM kerana menemu bual pensyarah undang-undang yang mampu memberikan pandangan dari jalan fikiran lain.

Pada 18 April, melalui Warta Perdana, seorang pensyarah undang-undang Universiti Malaya, Dr Azmi Sharom telah diundang melontarkan pandangan.

Beliau menyifatkan penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman itu masih lagi belum menunjukkan berlakunya hal yang dinamakan sebagai pemisahan kuasa antara eksekutif, legislatif, dan mahkamah.

"Suruhanjaya itu sebenarnya masih lagi merupakan perubahan yang kecil dalam kehakiman. Sebenarnya, perlantikan para hakim itu masih lagi melalui tangan Perdana Menteri. Dan, Perdana Menteri adalah eksekutif," katanya.

Sekali imbas, Abdullah masih mahu berjenaka dengan rakyat. Pertama, beliau tidak meminta maaf kerana kesalahan memecat Tun Salleh Abbas. Kedua, masih lagi dikekalkan frasa, ayat, hukum, fikiran yang menyatakan hakim-hakim perlu melalui kelulusan eksekutif. Siapa lagi kepala eksekutif kalau bukan Perdana Menteri?!

Wahai PM, jangan jadikan suruhanjaya ini sebagai jambatan guna memulihkan imej. Berundur sebelum diundurkan sebagai sampah yang dibuang dalam tong sampah! Untuk pengetahuan, rakyat telah mula menyampah!

Puteri Umno berkempen agar kaum wanita tidak terpedaya dengan wang

Alkisahnya, Dato' Noraini Ahmad dan Puteri Umno sedang mencari jalan untuk giatkan kempen mengenai cara-cara untuk mengelakkan kaum wanita di negara ini, khasnya wanita muda agar tidak terpengaruh dengan wang.

"Sebagai individu rakyat Malaysia, jagalah nama kita. Duit bukan segala-galanya," kata beliau ringkas dalam sidang medianya baru-baru ini.

Ramai wanita yang terpengaruh dengan wang dan menjalani kehidupan kurang sihat telah menamatkan riwayat derita mereka dengan jalan berdarah. Noraini mungkin merujuk kepada kes-kes wanita muda yang ditawarkan bekerja di luar negeri dengan wang gaji lumayan.

Yang terbaru media menonjolkan kisah Sufiah yang hidup dalam glamor, penuh kemewahan sehinga mereka lupakan segala-galanya. Altantuya, seorang model jelita dari Monggolia. Mati dibunuh, raganya dihanguskan, rentung dengan ledakan bom C4.

Dapatkah Noraini nasihatkan Najib agar berhati-hati jika beliau mahu menurunkan tandatangan sebelum mengizinkan penggunaan senjata-senjata tentera?

Wanita-wanita zaman dahulu kerap diajar dengan sulaman, ilmu menjahit, ilmu memasak sebagai melengkapkan citra wanita sejati di samping sebagai imbuhan ilmu yang boleh mendatangkan wang sampingan untuk berbelanja seharian.

Dunia kini sedang berkembang dengan pesat. Antara teknologi yang mesti diberikan pengajaran ke atas wanita muda ini ialah bagaimana mahu menjual produk-produk kraftangan, kerepek, keropok ke peringkat dunia melalui internet.

Menurut laporan, sudah ada wanita yang kaya-raya, jadi jutawan dengan hanya menjual kerepek di internet dalam tempoh beberapa bulan sahaja. Wanita muda ini perlu diajar tentang bagaimana mahu mengembangkan hasil produk jualan mereka di internet. Tapi, Puteri Umno perlu beri pesanan kepada mereka.

Janganlah menjual, memperdagangkan dan memperagakan tubuh melalui internet mengguna webcam dan YouTube. Jika tidak, yang membezakan antara wanita muda ini dengan Sufiah hanyalah kerana kita di Malaysia dan wanita itu menjalankan kegiatannya di negara atas angin.
Wanita dahulu menubuhkan kelas-kelas masakan, menjahit dan sebagai langkah melengkapkan kewanitaan. Zaman berubah. Berniagalah melalui internet di rumah. Tak perlu bersusah payah ke pejabat dan kena mengorat oleh warga pejabat. Tidak berpeluh dalam LRT. Lebih selamat dan anak-anak di rumah dengan ibunya makin rapat.

Berniaga hasil produk di rumah menggunakan internet juga tidaklah bersalahan dengan falsafah glokal ciptaan Najib. Kata Najib, Melayu Glokal itu adalah mereka yang bekerja di peringkat lokal (tempatan) tetapi hasilnya menerjah ke peringkat global (sejagat). Lebih kurang begitulah kata Dato' Najib. Lalu, ia dicantumkan sebagai Glokal adanya.

Syahadan, wanita-wanita disarankan berniaga di tempat mereka dan biarkan produk mereka dibeli di peringkat luar negeri. Inilah baru citra glokal sejati. Najib juga perlu memahami tuntutan daripada pengertian glokal itu sendiri.

Glokal itu bukan bererti 'sembang deraih' dan 'sembang kemaih' (angkuh, berlagak ketika berucap) mengenai Islam Hadhari itu mengukuhkan pertahanan dalam negara (prinsip ke-10), tapi kapal selamnya dibeli daripada luar negeri di Perancis dengan bantuan warga Monggolia yang kematiannya masih hangat dibahaskan di warung kopi.

Jangan lupa bahawa kes ini masih berlangsung di mahkamah Malaysia di mana Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman akan bertindak melantik hakim-hakim melalui 'perkenan' eksekutif. Rakyat sudah hampir menjadi Tom dalam To Kill A Mockingbird yang patah hati, kecewa merana, bermuram durjana melihat kedurjanaan sandiwara dan drama ini.

Seperti Tom yang melihat hakim dan juri berkulit putih yang akan berat sebelah menjatuhkan hukuman, seperti itulah kita menjangkakan bahawa Najib akan terlepas daripada jaring hukuman. Betapa tidak? Bukankah Abdullah telah menepuk gendang dan mencanangkan Najib sebagai penggantinya, iaitu jawatan sebagai Perdana Menteri?

Tak kan Abdullah akan biarkan Najib dihumbankan ke dalam mahkamah? Rakyat hanya yakin kepada mahkamah akhirat saja nanti. Di akhirat, Abdullah dan Najib mana mereka nak lari?
Syahadan, sekurang-kurangnya, kalau wanita-wanita dilatih mencari wang secara halal melalui internet, maka tiada lagi 'escort girl' yang pada akhirnya dibunuh atau terbunuh sebagai Altantuya dan lain-lainnya yang bernasib malang.

Kepada Najib, Fansuri berwasiat, sepandai-pandai kapal selam menyelam, akhirnya timbul ke permukaan laut jua.

11:19 malam, 18 April 2008 Sekolah Pemikiran Kg Baru