Wednesday, April 23, 2008

DAP desak PAS gugur negara Islam

- Bukankah telah saya katakan sebelum ini bahawa PR masih bermimpi lagi. PAS tidak akan menggugurkan agenda negara Islam nya. Ini adalah keunikan PAS. Mana mungkin PAS akan berkompromi sehingga menyentuh prinsip parti. Kalau itu berlaku maka PR juga juga akan mengalami nasib sama dengan slogan pemimpin PAS/PR talam dua muka, tiada prinsip, dan seumpamnya tentunya akan digunakan oleh BN untuk menumbangkan PR.


- Dalam hal ini, kenapa tidak ditanya pula kepada Karpal Singh kenyataan yang sebaliknya. "PAS desak DAP terima negara Islam?" Bolehkah DAP menerima negara Islam? Kalau tidak boleh, kenapa DAP boleh mempercayai PAS dapat menerima desakan daripada DAP? Ianya sama saja, kalau kita tidak suka sesuatu dilakukan ke atas kita oleh pihak lain, maka janganlah kita melakukan hal sama ke atas pihak lain pula.

- Katalah PKR menerima agenda PAS kerana majoriti muslimnya, beranikah DAP mengubah pendiriannya dan menerima agenda negara Islam PAS? Rasanya tidak kot.. Ini kerana kebanyakan rakyat yang belajar sejarah kenal amat dengan DAP ni...Siapa mereka sebenarnya. Justeru, PAS dan DAP tentu tidak akan dapat bersatu di bawah satu nama 'PR' sehebat yang diuar-uarkan itu. Dan, rakyat Sabah dan Sarawak tidak harus terpedaya dengan konflik yang berlaku di Semananjung ini. Sama ada BN atau PR, BN tetap relevan di Sabah dan Sarawak. Bagaimana membentuk satu pembangkang yang kuat di Sabah dan Sarawak? Setakat ini, PKR sendiri sahajalah yang paling layak, bukan 'PR' itu.

- Apa pun kita tengok laporan ini dahulu; - Aki Ijjal

Malaysiakini

Apr 22, 08 8:57pm




Pengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh hari ini mendesak PAS supaya menggugurkan agenda parti itu untuk menubuhkan negara Islam.Ahli parlimen Bukit Gelugor itu berkata, janggal bagi PAS untuk meneruskan agenda negara Islamnya dan pada masa yang bekerjasama dengan dua parti lain dalam Pakatan Rakyat - PKR dan DAP.

"Walaupun PAS memberi tumpuan kepada agenda Pakatan Rakyat untuk mewujudkan sebuah negara kebajikan dan memulihkan demokrasi dan urus tadbir yang baik, tetapi ia tetap dengan agendanya untuk menubuhkan sebuah negara Islam."Kenyataan yang dibuat oleh ahli parlimen PAS bagi Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Ahmad, pastinya tidak membantu menjayakan perjuangan Pakatan rakyat," kata Karpal dalam satu kenyataan hari ini.Beliau mengulas laporan akhbar yang memetik Dr Dzulkifly sebagai berkata parti itu tetap dengan agendanya untuk menubuhkan kerajaan Islam di Malaysia.

Menurut Dr Dzulkifly lagi, partinya tidak membangkitkan isu negara Islam kerana ia bukan sebahagian daripada agenda Pakatan Rakyat.
Beliau berkata, pihaknya akan memberi lebih banyak masa kepada pengundi untuk memahami parti tersebut. Minta nasihat Tun SallehMenurut Karpal lagi, kenyataan yang dibuat oleh para pemimpin PAS tidak membantu menjayakan kepentingan Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, PAS tidak boleh melakukan dua perkara dalam satu masa."Saya ingin menasihatkan PAS bahawa parti itu mungkin perlu mendapatkan pandangan Tun Salleh Abas yang penah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS dan exco kerajaan nengeri Terengganu, mengenai isu negara Islam," tambahnya.Menurut Karpal lagi, pada 1988, Tun Salleh bersama panel lima orang hakim Mahkamah Agung, dalam satu penghakiman, telah mengisytiharkan bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam, tetapi negara sekular yang mengamalkan undang-undang sekular.

"Juga tidak boleh dilupakan kenyataan Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Hussein Onn bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular," kata Karpal, sambil menambah bahawa Perlembagaan Persekutuan sendiri mengandungi negara sekular sebagai salah satu struktur asasnya.

'Henti buat kenyataan'

Sehubungan itu, katanya, PAS perlu memberi jaminan bahawa pemimpinnya, termasuk menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (foto) dan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan menguar-uarkan lagi hasratnya untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam.

Menurut peguam terkenal itu lagi, tidak memberi sebarang makna bagi PAS secara terbuka mengisytiharkan bahawa ia menjadi tulang belakang Pakatan Rakyat dengan matlamat menubuhkan negara Islam."PAS sendiri tidak mampu memperolehi majoriti dua pertiga untuk meminta Perlembagaan Persekutuan untuk menubuhkan sebuah negara Islam.

"PAS mesti bersikap praktikal dan berkerjasama ke arah memastikan Pakatan Rakyat menang lebih besar dalam pilihanraya umum akan datang," kata Karpal, sambil menambah parti Islam itu tidak seharusnya melakukan sesuatu yang prejudis kepada gabungan pembangkang serta boleh menjejaskan usaha memperkukuhkan Pakatan.

Untuk itu, katanya, cara terbaik ialah pemimpin PAS berhenti membuat kenyataan terbuka tentang perkara tersebut.

Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, barisan pembangkang - PAS, PKR dan DAP - berjaya menawan empat negeri - Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.
Kerajaan campuran di Kedah terdiri daripada PAS dan PKR. Di Pulau Pinang pula antara PKR dan DAP.

Manakala ketiga-tiga parti tersebut menubuhkan kerajaan campuran di Perak dan Selangor.
Berikutan itu, pada 1 April, pucuk pimpinan ketiga-tiga parti berkenaan sepakat untuk merujuk keempat-empat negeri tersebut sebagai kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

No comments: