Saturday, April 19, 2008

Anwar Saman Ka Siong RM10j

KUALA LUMPUR 18 April - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman untuk menuntut ganti rugi RM10 juta terhadap Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Wee Ka Siong yang didakwa memfitnah beliau semasa berkempen pada pilihan raya kecil Machap pada tahun lalu.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga mengambil tindakan saman tersebut kerana mendakwa ucapan Ka Siong dalam ceramah pada 11 April tahun lalu telah menyebabkan ia diterbitkan dalam beberapa laman sesawang di Internet.

Saman tersebut difailkan melalui firma guaman, Tetuan S. N. Nair di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Writ saman yang telah dimeterai akan diserahkan kepada Ka Siong selaku defendan selepas diperoleh dari mahkamah tersebut.

Dalam pernyataan tuntutannya, Anwar mendakwa, Ka Siong telah mengucapkan kata-kata fitnah dalam ceramah di Machap, Melaka pada 11 April tahun lalu sehingga menyebabkan penerbitan artikel di laman sesawang Malaysiakini.com bertajuk Parties at their last leg of campaigning.

Anwar selaku plaintif mendakwa, artikel mengandungi kata-kata menyinggung itu merupakan fitnah terhadapnya yang membawa maksud negatif sama ada secara semulajadi atau kiasan (inuendo) terhadapnya.

''Tindakan defendan tersebut dibuat dengan niat jahat sama ada secara nyata atau tersirat," katanya.

Fitnah tersebut, dakwa beliau, telah menyebabkan reputasinya terjejas teruk sama ada di dalam mahupun luar negara dan telah menjadi skandal umum, kebencian ramai serta penghinaan mengakibatkannya mengalami kemurungan, kebimbangan dan malu.

Beliau mendakwa telah menuntut defendan menarik balik, meminta maaf dan ganti rugi tetapi Ka Siong enggan melakukannya.

Plaintif antara lain menuntut ganti rugi pampasan sebanyak RM10 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan injunksi bagi menghalang defendan, ejen, pekerja atau sesiapa pun melafaz, bercakap atau menerbitkan fitnah berkenaan.

- Saya hendak mengajak pembaca sekalian mendekati DSAI. DSAI memang terkenal dengan saman menyaman ni. Bukan sedikit tau, boleh terus jadi kaya. Terbaru kes di atas, cecah 10 juta tu!

- Apa yang saya nak timbulkan ialah paparan yang diberi oleh Biro Tatanegara berkenaan siapa DSAI dan kaitannya dengan Zionis. Paparan yang diberi oleh BTN dalam edaran berebentuk CD dan sesi ceramah mereka di seluruh negara tidak salah malah itulah tugas murni untuk menyelamatkan negara ini. Kalau BTN salah dan telah melakukan fitnah, tentulah DSAI telah menyaman BTN. Tapi itu tidak berlaku sehingga ke hari ini. Kenapa?

- Apa yang dilakukan DSAI hanyalah memberi jawapan skeptik dan link sebagai penyedap mulut. Mengapa tidak menyaman BTN? Mungkin DSAI sedang menunggu hasil siasatan pegawai dan penyokongnya lalu bertindak sewajarnya kemudian. Ya, mungkin juga, tetapi itu sudah memakan masa hampir 7 tahun! Bukti yang dikemukakan oleh BTN akan mendapat perhatian pengundi seluruh Malaysia.

- Saya yakin PRU13 nanti, BN akan menang besar dengan bangkitnya UMNO/BN. PRU12 baru-baru ini bukan sebab PKR atau PR yang kuat tetapi rakyat yang hendak mendidik semula para pemimpin UMNO dan BN dengan menjadikan pembangkang sebagai kambing hitam. Ini pendapat saya lah.

- Tun Mahathir sendiri telah menegaskan bahawa negara ini akan 'dijajah' oleh Zionis sekiranya DSAi menjadi PM. Kenapa DSAI tidak menyaman Tun M juga? Pelik bagi seorang yang cukup terkenal dengan saman menyaman ni tidak pula bertindak setegas yang dijangka. Kenapa?

No comments: