Saturday, May 31, 2008

POLITIK MALAYSIA

Politik Malaysia berada dalam klasifikasi sistem Demokrasi Berparlimen di bawah sistem pentadbiran Raja Berperlembagaan. Malaysia diketuai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Peruan Agong yang dipilih daripada sembilan sultan negeri Melayu untuk berkhidmat selama lima tahun sebagai Ketua Negara dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera.

Sistem ini berasaskan sistem pentadbiran Westminster kerana Malaysia adalah bekas tanah jajahan British. Kuasa Eksekutif ditentukan oleh kabinet yang dipimpin oleh Perdana Menteri. Berpaksikan Perlembagaan Malaysia, Perdana Menteri mestilah alhli anggota Dewan Rakyat, yang pada pandangan Yang di-Pertuan Agong, memimpin pihak majoriti dalam parlimen. Manakala kabinet pula adalah seorang ahli parlimen yang dipilih daripada Dewan Rakyat atau Dewan Negara.

Politik Malaysia merupakan sistem parlimen dwidewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Dewan Negara terdiri daripada 70 ahli terpilih selama 3 tahun. Pemilihan anggotanya boleh dikategorikan kepada dua: 26 anggota dipilih oleh Dewan Undangan Negeri untuk mewakili 13 negeri. Manakala, 44 anggota lagi dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas cadangan Perdana Menteri, termasuk dua anggota daripada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu keahlian masing-masing daripada Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya.

Dewan Rakyat pula terdiri daripada 222 keanggotaan dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya. Ahli dipilih berdasarkan sokongan ramai menerusi pilihan raya. Setiap anggota Dewan Rakyat memegang jawatan selama 5 tahun, dan setelah itu pilihan raya yang baru akan dilaksanakan.

Dalam sistem Politik Malaysia, kuasa perundangan melibatkan dua kuasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Kuasa ini ditentukan oleh parlimen. Undang-undang tertinggi ialah Perlembagaan Malaysia dan majoriti dua pertiga di parlimen diperlukan untuk sebarang perubahan. Walau bagaimanapun, peratusan anggota pihak pemerintah sentiasa melebihi nisbah ini. Undang-undang kedua ialah undang-undang Syariah khusus kepada orang Islam di Malaysia. Sultan adalah Ketua Agama Islam dan kuasa ini tertakluk kepada kerajaan negeri. Perlu diketahui bahwa undang-undang Syariah ini agak berbeza mengikut negeri.

Sistem Legaliti Malaysia adalah berasaskan kepada undang-undang British. Walau bagaimanapun, umumnya undang-undang dan konstitusi telah diambil daripada undang-undang India. Mahkamah Persekutuan meneliti semula keputusan yang rujuk daripada Mahkamah Rayuan; ia mempunyai kuasa asal dalam hal ehwal konstitusi dan dalam perselisihan antara negeri-negeri atau antara kerajaan persekutuan dan sesebuah negeri. Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak setiap satunya memiliki Mahkamah Tinggi. Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa terhadap hal ehwal:

1. Luar Negara
2. Pertahanan
3. Keselamatan Dalam Negeri
4. keadilan (kecuali kes-kes undang-undang sivil di kalangan orang Melayu dan orang-orang Muslims yang lain dan juga orang-orang asli, yang diletakkan di bawah undang-undang Islam dan tra tradisi)
5. warganegara persekutuan
6. kewangan
7. perdagangan
8. industri
9. komunikasi
10. penngangkutan.

Keadaan Politik Malaysia

Parti politik terbesar Malaysia iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah berkuasa bersama parti komponen yang lain sejak Kemerdekaan Malaya pada 1957. Pada 1973, perikatan parti yang berteraskan kaum telah digantikan dengan perikatan yang lebih besar – Barisan Nasional (BN), yang terdiri daripada 14 parti. Hari ini BN mempunyai tiga parti komponen utama iaitu UMNO, MCA (Pertubuhan Cina Malaysia) and MIC (Kongres India Malaysia). Perdana Menteri Malaysia adalah ahli daripada parti Melayu (UMNO) di dalam BN.

Politik Malaysia menjelang September 1998 gawat apabila Perdana Menteri, Mahathir Bin Mohamad telah menyingkir Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, atas tuduhan melakukan perbuatan tidak bermoral dan juga korupsi. Anwar menyatakan bahawa pemecatannya berpunca daripada perbezaan politik antaranya dan Mahathir. Beliau telah menggerakkan beberapa siri demonstrasi untuk mendesak dilaksanakan reformasi terhadap sistem Politik Malaysia. Akibatnya Anwar telah ditangkap, dipukul semasa ditahan dalam penjara (termasuk ditumbuk oleh Ketua Polis Negara ketika itu). Seterusnya, didakwa atas kesalahan rasuah, dalam konteks undang-undang dan moral termasuklah menghalang proses pengadilan dan liwat.

April 1999, beliau didapati bersalah terhadap empat pendakwaan rasuah dan dihukum penjara 6 tahun. Pada Ogos 2000, Anwar telah sekali lagi didapati bersalah atas pendakwaan liwat dan dijatuhi hukuman 9 tahun berturut-turut setelah hukuman pertama dilaksanakn (6 tahun penjara). Semua perbicaraan telah dinilai oleh pemerhati politik Malaysia tempatan dan antarabangsa sebagai zalim. Sabit kesalahan Anwar berkenaan kes liwat kemudiannya telah diubah, dan beliau telah dibebas setelah menyempurnakan 6 tahun penjara bagi kes rasuah. Dalam Pilihan Raya Umum November 1999, BN telah kembali berkuasa dengan tiga perempat daripada keseluruhan kerusi parlimen, tetapi kerusi UMNO menurun daripada 94 ke 72. Pakatan pembangkang Barisan Alternatif (BA), yang diketuai oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS), telah memperoleh peningkatan jumlah kerusi kepada 42. Di saming itu, PAS kembali menguasai kerajaan negeri Kelantan dan berjaya merampas negeri Terengganu.

Perdana Menteri kini ialah Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi (mesra dengan panggilan 'Pak Lah'). Beliau mengambil alih pentadbiran Kerajaan Malaysia ekoran persaraan Dr. Mahathir (Tun Dr. Mahathir) pada 31 Oktober 2003. Pak Lah dalam politik Malaysia dinilai sebagai tokoh yang lebih toleransi dan lembut pendekatannya berbanding Tun Dr. Mahathir yang lebih berterus terang dan bersifat konfrontasi. Beliau berjanji akan meneruskan dasar-dasar agenda pembangunan Tun Dr. Mahathir tetapi kurang membuat kenyataan pengisytiharan berkaitan dasar luar berbanding Tun Dr. Mahathir yang sering menyelar negara barat terutamanya Amerika Syarikat dan Australia.

Menyoroti politik Malaysia dalam Pilihan Raya Umum Mac 2004, Pak Lah yang mengetuai BN telah berjaya meraih keputusan undi paling besar dengan BN menguasai semula negeri Terengganu. Dan, dalam tahun 2005 Tun Dr. Mahathir mengulas kemenangan besar ini dengan berkata bahawa negara ini harus mempunyai kerajaan yang kuat tetapi tidak terlalu kuat. Suatu majoriti dua pertiga sudah mencukupi tetapi suatu kemenangan dengan majoriti melebihi 90% adalah terlalu kuat. Suara parti pembangkang tetap diperlukan untuk memperingat parti pemerintah daripada membuat kesilapan. Ini kerana sekiranya tiada tentangan daripada pihak pembangkanag maka setiap tindakan parti pemerintah dirasai sebagai sentiasa betul.

Pilihan Raya Umum 2008 menyaksikan parti-parti pembangkang berhasil menafikan penguasaan majoriti dua pertiga BN di parlimen buat pertama kalinya dalam politik malaysia sejak tahun 1969 (hanya 82 daripada 222 kerusi) di Dewan Rakyat. Tiga parti pembangkang penting, iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan PAS seterusnya cuba membentuk satu perikatan baru bergelar Pakatan Rakyat (PR).

Thursday, May 29, 2008

Pakatan Sulit

Perhatikan tarikh-tarikh ini:

1. 19 Mei 2008 - TMM keluar UMNO. Pak Lah lega (UMNO)
2. 26 Mei 20008 - Husam Musa (PAS) memangku jawatan Menteri Besar kelantan
3. 29 Mei 2008 - Mohamad Ezam (PKR) menyertai UMNO semula

Selepas ini...kita tunggu dan lihat lagi. - PejabatPolitik

Ezam sertai semula Umno

- TMM keluar UMNO, Ezam masuk UMNO ...Pelik tapi Benar!

- Atau sebagaimana yang PejabatPolitik katakan sebelum ini, Pak lah dah rancang semuanya sebelum ini. Selepas ini, siapa pula yang akan menyertai UMNO, PKR dan PAS?

- Pak Lah, DSAI, Hadi dan Nik Azis mungkin menyerlah sebagai pencatur politik dominan alam Melayu zaman pasca TMM.

- Kita tunggu dan lihat perkembangannya - PejabatPolitik


Muda Mohd Noor May 28, 08 11:54am

Bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ezam Mohd Nor menyerahkan borang keahlian untuk menyertai semula Umno hari ini.

Beliau yang juga bekas setiausaha politik mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, menyerahkan borang keahlian tersebut selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di bangunan Parlimen.

Ezam menyerahkan borang itu ketika Abdullah mengadakan sidang media untuk mengumumkan kemasukan semula Ezam ke dalam Umno. Ezam menemui presiden Umno itu selama kira-kira 30 minit, mulai jam 3.30 petang tadi.Ezam hadir sama dalam sidang akhbar tersebut tetapi tidak membuat sebarang kenyataan. Beliau akan mengadakan sidang akhbar pagi esok.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah bekas setiausaha AMK, SD Johari Md Yassin; bekas exco AMK, Abdul Ghani Haron dan bekas setiausaha AMK Selangor, Nazmi Salleh.

Tanpa syaratMenurut Abdullah, Ezam menyertai semula Umno tanpa sebarang syarat atau keistimewaan.

Sebelum ini, Ezam dilaporkan akan dilantik sebagai senator dan menerajui sebuah syarikat berkaitan kerajaan selepas menyertai semula Umno.Abdullah berkata, Ezam mahu kembali semula kepada Umno dan parti itu mengalu-alukannya."Bila nak masuk saya terimalah. Boleh terima dah, tak ada syarat apa-apa."Dulu dia di luar dan kritikal terhadap parti. Kini sudah ubah fikiran, mungkin kerana merasa Umno adalah landasan lebih baik untuknya."Mungkin dia insaf, Umno lebih baik untuk dia," tambah perdana menteri.

Presiden Umno itu berkata, borang penyertaan keahlian Ezam akan diserahkan di cawangan yang beliau mahu sertai.Perdana menteri berkata, tiada sebarang jawatan yang akan ditawarkan kepada Ezam "dan Ezam sendiri pun tidak meminta jawatan".

Rebut jawatan"Umno adalah sebuah parti politik, bukan sebuah syarikat," kata Abdullah tanpa mengulas lanjut.Presiden Umno juga berkata, Pemuda Umno tidak menentang kemasukan Ezam ke dalam Umno.

Ketika ditanya mengenai kemasukan ahli-ahli Parti Keadilan (PKR) lain ke dalam Umno, Abdullah berkata,"kita tengoklah."Abdullah juga ditanya sama ada Ezam boleh bertanding merebut jawatan dalam pemilihan Umno Disember ini.

"(Untuk) Ezam bertanding, kena tengok perlembagaan parti (Umno) dahulu," katanya.Dalam perkembangan lain, perdana menteri menjelaskan kerajaan belum membuat apa-apa keputusan berhubung tuntutan royalti minyak Terengganu.

Isu royalti Petronas

Menteri besar Terengganu, Datuk Ahmad Said dilaporkan menuntut kerajaan pusat mengembalikan semula wang royalti Petronas untuk diuruskan oleh kerajaan negeri itu.

Kerajaan membatalkan wang royalti dan menukarkan kepada wang ehsan apabila negeri itu jatuh ke tangan PAS dalam pilihanraya umum 1999.Abdullah juga ditanya mengenai kenyataan ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman meminta perdana menteri menilai semula pelantikan Datuk Zaid Ibrahim sebagai seorang menteri.

Tajuddin mendakwa Zaid telah menyerang secara terbuka ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di luar Dewan Rakyat, yang dianggapnya penentang kerajaan.

Mengulas perkara itu, Abdullah berkata: "Kita ahli dan wakil rakyat Umno, kadang-kadang buat teguran terhadap parti kerana inilah amalan kita dan bukan salahpun membuat teguran.

"Tetapi kalau salah, kita peringat dia. Kalau setakat dia kata dasar kurang kemas, tidak perlu ambil tindakanlah."

Wednesday, May 28, 2008

PEMIMPIN PEMUSNAH

- Kenyataan TMM ini lagi pedas, dan menjelaskan kenyataan PejabatPolitik sebelum ini berkaitan kemungkinan UMNO sendiri yang jahil (bodoh) dengan tidak tegas mengguna kelebihan yang dimiliki.

- Kita lihat kenyataan TMM. - PejabatPolitik

Dr. Mahathir Mohamad : Tuesday, May 27, 2008

Apabila musuh menyokong ketua pasukan lawannya, kita boleh ramal ada sesuatu yang tidak kena berkenaan dengan ketua tersebut. Inilah yang kita sedang lihat berkenaan dengan Presiden UMNO sekarang. Secara langsung dan tidak langsung kita lihat ketua-ketua parti lawan menyokong pengekalan Dato Seri Abdullah Badawi sebagai ketua atau Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Demikian Karpal Singh, musuh ketat UMNO menasihatkan saya supaya bersara dan tidak campurtangan dalam urusan kepimpinan Dato Seri Abdullah Badawi. Dato Seri Anwar Ibrahim pula menyata secara terbuka kepada The Straits Times (Singapura), jika Abdullah teruskan (kepimpinannya) “it is also good for us because he is weak” (Jika Abdullah terus (memimpin) ia adalah baik bagi kita (parti lawan) kerana dia lemah).

Pemimpin-pemimpin PAS secara peribadi membuat kenyataan yang sama. Mungkin ini adalah strategi parti lawan untuk menjatuhkan Dato Seri Abdullah. Tetapi mereka tidak pernah berkata demikian berkenaan Presiden-Presiden UMNO yang terdahulu atau berkenaan pemimpin Perikatan, Barisan Nasional dan parti-parti komponen yang lain.

Mereka juga tidak pernah berkata demikian terhadap Dato Seri Abdullah sebelum dia memimpin Barisan Nasional dan UMNO dalam kekalahan yang teruk pada 2008. Walau pun demikian pemimpin-pemimpin parti-parti lawan ini tidak pernah betul-betul serang Dato Seri Abdullah sejak dia mengambil alih teraju Barisan Nasional dan UMNO pada 2003 hingga 2008 sepertimana mereka mengecam dan mencerca pemimpin-pemimpin Perikatan, Barisan Nasional dan UMNO sepanjang masa dahulu.

Kenapa? Kemungkinan besar mereka sedar bagaimana ahli dan penyokong setia Barisan Nasional telah hilang kepercayaan dan benci kepada Dato Seri Abdullah. Mungkin mereka berharap kebencian ini akan berterusan dan mengurangkan sokongan mereka kepada Barisan Nasional. Ini sahaja boleh memberi kemenangan kepada parti lawan di kawasan-kawasan tertentu dalam Pilihanraya Umum ke 13.

Mungkin juga terlintas di hati mereka bahawa penyokong Barisan Nasional dan ahli-ahli parti Barisan Nasional akan kekal dengan pendirian mereka dan mengundi parti lawan. Keputusan Pilihanraya 2008 menunjuk dengan jelas yang penyokong Barisan Nasional dan ahli parti Barisan Nasional telah sabotaj (mengikut pendapat Dato Seri Abdullah sendiri) Barisan Nasional, telah undi parti lawan, telah menyebabkan calon-calon Barisan Nasional kalah di kawasan-kawasan tradisional mereka.

Sesiapa sahaja yang dicalonkan oleh parti lawan, -- posmen, penjaja, penyanyi karaoke – menang melawan Barisan Nasional. Walau apapun alasan yang diberi oleh Dato Seri Abdullah dan konco-konconya, parti-parti lawan sedar bahawa kemenangan mereka yang besar di sebabkan oleh Dato Seri Abdullah, cara pentadbirannya dan tindaklakunya.

Barisan Nasional telah kalah di lima negeri dan satu wilayah dan tidak dapat 2/3 daripada kerusi Dewan Rakyat. Jika kepimpinan Dato Seri Abdullah diteruskan, sokongan kepada Barisan Nasional tetap akan terus merosot lagi sehingga kalah diperingkat pusat. Kemungkinan ini menjadi lebih besar jika parti-parti pembangkang dapat dirikan pemerintahan yang baik di negeri-negeri di mana mereka berkuasa.

Penyokong Barisan Nasional yang berpaling tadah mungkin akan kekal dengan pendirian mereka kerana ini. Dengan itu tak mungkin lagi Barisan Nasional menawan semula negeri-negeri yang telah ditawan oleh parti lawan. Dan yang buruk sekali ialah kemungkinan Barisan Nasional kalah diperingkat Pusat.

Apabila hilang kuasa diperingkat pusat, kehilangan kuasa ke atas kewangan negara, ke atas dasar-dasar negara, pentadbiran negara dan lain-lain kekuatan yang datang bersama dengan pemerintahan peringkat pusat, Barisan Nasional dan UMNO tidak mungkin lagi memperolehi kuasa di negara tercinta ini. Inilah musibah yang dijanjikan oleh pengekalan kepimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi. Segala keistimewaan Bumiputra dan Melayu akan terancam dan mungkin hilang terus, walau apa pun janji oleh pihak lain.

Mereka yang hari ini mempertahankan pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi harus fikir dengan mendalam. Mungkin mereka akan perolehi nikmat untuk diri sendiri untuk menjadi Menteri, Timbalan Menteri; untuk dapat kontrak atau jawatan tertentu dalam parti di waktu ini. Tetapi apabila kuasa sudah tidak ada pada Barisan Nasional nikmat tidak akan diperolehi lagi.

Lebih dari itu anak cucu pun tidak akan mendapat nikmat lagi. Ingatlah keuntungan hari ini boleh membawa kecelakaan pada hari kemudian. Pemimpin yang disokong oleh parti lawan bukan pemimpin sebenarnya. Pemimpin yang disokong oleh parti lawan akan memusnahkan kita. Oleh itu bertindaklah sekarang sebelum terlalu lewat. Kita tidak punyai masa. Jika Dato Seri Abdullah tidak letak jawatan sekarang masa untuk memulih semula UMNO dan Barisan Nasional akan jadi terlalu singkat sebelum Pilihanraya ke 13.

Dr. M: Ahli UMNO sudah tidak berjuang demi parti

- Kenyataan ini sedikit sebanyak menjelas lebih lanjut secara tidak langsung kenyataan PejabatPolitik berkaitan liberalisme demokrasi semalam.

- Kita lihat beberapa laporan daripada media elektronik tanah air. - PejabatPolitik


UTUSAN MALAYSIA

SUBANG 27 Mei - Ahli-ahli UMNO kini sudah tidak lagi berjuang demi kepentingan parti sebaliknya hanya mengutamakan kesetiaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, ahli-ahli UMNO juga tidak lagi berjuang membela orang Melayu malah semakin melupakan matlamat asal parti ditubuhkan.
"Semua sudah tidak lagi utamakan perjuangan UMNO. Mereka hanya berjuang untuk mengekalkan Abdullah.

"Saya sedih. Mereka tunjuk taat setia kepada Abdullah tetapi tidak lagi taat setia kepada parti," katanya semasa berucap selepas pulang dari menghadiri Persidangan Antarabangsa Nikkei Ke-14 di Jepun di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Menurut Dr. Mahathir, mereka bertindak demikian bukan kerana tekanan tetapi akibat situasi parti kini yang tidak lagi mempertahankan ahli di bawahnya.

Dr. Mahathir mengumumkan keluar daripada UMNO pada 19 Mei lalu dan tidak akan menyertai parti itu semula selagi Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memimpin parti itu.

MALAYSIAKINI

'Belum mati, sudah tidak dikenang'

Muda Mohd Noor May 27, 08 6:24pm

Kira-kira 300 penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut kepulangan beliau dari Jepun di lapangan terbang Subang petang tadi.Kumpulan penyokong itu termasuklah 125 orang ketua dan setiausaha cawangan Umno dari parlimen Jerlun yang kini diwakili oleh anaknya, Datuk Mukhriz. Turut serta, ahli parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali.

Mereka datang menaiki tiga buah bas sekolah dan bertolak kira-kira jam 9.30 pagi tadi dari pekan Jerlun.Mereka turut membawa kain rentang yang berbunyi "Tun Mahathir kita tetap bersamamu", "Selamat pulang pejuang bangsaku" dan "Berani berjuang untuk negara, agama dan bangsa".

Beliau pulang dari Tokyo selepas menghadiri persidangan ekonomi Nikkei.Dr Mahathir berucap selama lima minit kepada para penyokongnya dari dalam kereta yang dinaikinya.

Dalam ucapannya, selepas menimbulkan kegemparan apabila meninggalkan Umno pada 19 Mei lalu, mendakwa perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi "takut kepada Singapura".

Mantan perdana menteri dipercayai merujuk keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang memutuskan Pulau Batu Puteh milik kerajaan Singapura.

Katanya, Abdullah lebih takut kepada republik tersebut daripada ahli-ahli Umno sendiri."Apalah nak jadi dengan pemimpin macam ni," katanya, disambut dengan laungan "hidup Tun".

Dr Mahathir juga mendakwa Abdullah seorang yang tidak mengenang budi dan tidak mengikut pepatah Melayu "hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati".

"(Saya) ini tak mati lagi, sudah tidak dikenang."

"Sepatutnya saya tidak beri Abdullah masuk Umno (baru) tetapi saya bagi dia masuk balik," katanya, merujuk penyertaan kembali ahli parlimen Kepala Batas selepas Umno diharamkan pada 1988.

Dr Mahathir berkata, Umno sekarang berjuang bukan untuk ahli, sebaliknya untuk mengekalkan Abdullah.

"Kononnya ahli yang tidak setia kepada Abdullah, tidak setia kepada parti. Dia lupa semasa saya menjadi perdana menteri, dia tidak setia kepada saya."

"(Tetapi) saya membuat (Abdullah) supaya dia tidak kelihatan tidak setia. Dia bertanding naib presiden, timbalan presiden dan seterusnya presiden," kata mantan presiden Umno lagi.

Bagaimanapun, tambah Dr Mahathir, beliau tidak marah kepada bekas timbalannya dan tindakannya meninggalkan Umno bukanlah kerana tekanan.

Sebaliknya, Abdullah tidak lagi mempertahankan Umno, Melayu dan negara.

Mengulas sambutan terhadapnya hari ini, Dr Mahathir berkata, tiada perbezaannya semasa beliau dalam Umno dengan sekarang.

"Kalau saya tidak silap, dulu semasa saya dalam Umno sambutan macam ini juga. "Sebab itu tidak ada beza saya jadi ahli Umno atau tidak ahli Umno," katanya lagi.

DAP dicabar buktikan ketuanan Melayu langgar Perlembagaan

- PejabatPolitik lebih berminat melihat aliran pemikiran yang diamal oleh kedua-dua pihak; parti pemerintah (BN) dan parti pembangkang. Adakah mereka sedar bahawa sangat jelas aliran pemikiran liberalisme sedang menular dan meresapi jiwa masing-masng sama ada disedari atau tidak disedari.

- PejabatPolitik menyeru hal ini segera dipandang serius oleh kedua pihak. Mereka perlu mencapai kata sepakat terlebih dahulu aliran pemikiran yang diamalkan mesti diisytihar. Mana mungkin demokrasi boleh mengalir bersama sosialisme atau komunisme!

- Persoalannya seterusnya, semua perkarakah yang perlu diliberalkan?

- Siapa yang wajar dan layak menentukan atau memutuskan perihal senarai perkara yang diliberalkan? Parlimen? Agong? DAP? UMNO?

- Sudah pasti ketika ini, mereka tiada pilihan melain mesti mengisytihar aliran pemikiran mereka ialah demokrasi. Justeru, PejabatPolitik dapat menghidu pemikiran liberalisme demokrasi tidak diamalkan oleh kedua-duanya? Buktinya kedua-dua pihak kurang memahami maksud sebenar aliran pemikiran ini. Ini bermakna juga aliran pemikiran liberalisme demokrasi bukanlah wajah sebenar anutan pemikiran kedua pihak ini. Buktinya, pihak parti pembangkang sengaja menyentuh perkara yang menjadi hak majoriti (demokrasi ialah pro majoriti tanpa menganiya minoriti). Tindakan mereka jelas anti liberalisme demokrasi. Parti pemerintah juga bukan pengamal liberalisme demokrasi. Mereka tidak MENGGUNA demokrasi setegasnya untuk meliberalkan (membela) perkara yang sewajarnya dengan bijak, misalnya perkara yang dibangkitkan di bawah ini. Sekiranya dibangkitkan juga maka tindakan undang-undang sepatutnya diambil terhadap mereka yang tidak mendokong aliran pemikiran negara ini yang jelas pro demokrasi! Mereka tidak layak duduk di kerusi parlimen (demokrasi) kerana mereka tidak mengamal demokrasi (mungkin komunisme!).

- Sekali lagi, demokrasi bukan sahaja berkaitan kebebasan, lebih utama daripada itu (ciri pertama) ialah hak berkuasa majoriti jelas dibela, diberi dan dipertahan. Inilah keadilan liberalisme demokrasi. Mempersoalnya atau mempertikainya bermakna mencabul (pencabul), mengkhianat (pengkhianat) dan menipu (penipu) persetujuan awal tadi (amalan negara ini).

- Secara positif, pihak pemerintah (UMNO) yang faham dan memang jelas dengan hal ini dan tidak pula bertindak sebagaimana sepatutnya...Adakah lagi kumpulan yang sebaik ini dalam dunia ini??

- Secara negatif, pihak pemerintah (UMNO) yang faham dan memang jelas dengan hal ini dan sengaja tidak bertindak sebagaimana sepatutnya...Bukankah ini jelas satu kebodohan??

- Kita lihat laporan ini (dalam sekian banyak kes yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku...) - Pejabatpolitik


UTUSAN MALAYSIA

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR dan KHAIRUL AZWAN TAJUDDIN

KUALA LUMPUR 27 Mei - Pihak tertentu yang masih mempertikaikan hak istimewa dan ketuanan Melayu adalah golongan yang buta sejarah dan sengaja mewujudkan sentimen bagi kepentingan politik masing-masing.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar (gambar) berkata, ia tidak sepatutnya dipertikaikan lagi kerana kedua-dua perkara itu telah dipersetujui oleh semua kaum sejak zaman sebelum merdeka.

''Jadi, hak istimewa dan ketuanan orang Melayu seperti kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara dan agama Islam sebagai agama rasmi tidak harus dibangkitkan oleh mana-mana pihak.

''Kalau ada yang mempersoalkannya (ketuanan Melayu) terutama DAP, saya cabar mereka untuk buktikan bahawa konsep itu menyalahi Perlembagaan (Persekutuan) negara,'' katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2007 Majlis Amanah Rakyat (Mara) Peringkat Ibu Pejabat, Wilayah Persekutuan dan Selangor di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan dua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Dr. Tan Seng Giaw yang mengatakan konsep ketuanan dan kedaulatan Melayu kini tidak lagi relevan serta harus digantikan dengan konsep ketuanan Malaysia.

Pada persidangan Dewan Rakyat di Parlimen semalam, kedua-dua pemimpin DAP itu mendakwa rakyat negara ini sudah bosan dengan konsep ketuanan Melayu dan perkara itu diterjemahkan apabila pihak pembangkang menang di lima negeri pada pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang dan Pengerusi Alumni Kelab-Kelab UMNO Luar Negara menambah, orang Melayu yang merupakan penduduk asal negara ini telah banyak berkorban terhadap hak mereka.

Menurutnya, hak-hak warganegara Malaysia yang lain seperti kebebasan memilih kerajaan dan kebebasan beragama tidak pernah disekat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Justeru, beliau menasihatkan DAP agar tidak memainkan isu sensitif sebegitu yang hanya akan mengelirukan rakyat.

Tuesday, May 27, 2008

POLITIK

Politik ialah proses dan kaedah membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Lazimnya istilah politik digunakan untuk merujuk kepada kerajaan atau pemerintah sesebuah negara. Hakikatnya, tingkah laku politik juga boleh didapati dalam institusi korporat, akademik, agama, dan institusi lain. Disiplin politik atau sains politik merupakan kajian berkaitan tingkah laku politik dan meneliti kemampuan dan penggunaan kuasa, misalnya: kemampuan mendesak kehendak seseorang kepada yang lain.

Politik merupakan satu kaedah untuk manusia menyusun tindakan seseorang untuk kebaikan bersama (atau kebaikan individu). Perbezaan antara politik dengan etika dan sosial ialah di dalam politik terdapat banyak persoalan berdebat ( debated questions ). Umumnya, ahli teori berpandangan ruang lingkup kehidupan berpolitik melibatkan penggunaan sedikit kekerasan kerana politik mempunyai hubungan langsung dengan konflik.

Menjuarai suatu konflik politik bermakna merebut kuasa daripada satu kumpulan atau entiti dan menyerahkannya kepada kumpulan lain. Ramai akan sependapat bahawa konflik politik boleh dengan mudahnya menjadi zero-sum game, iaitu tiada yang dipelajari atau diselesaikan, melain menentukan "siapa menang, siapa tewas". Lenin pernah membicara politik ialah siapa yang boleh lakukan apa kepada siapa (Who could do what to whom ). Manakala, seorang ahli sains politik, Harold Lasswell pula mengatakan politik adalah siapa yang dapat apa, bila dan bagaimana (who gets what, when and how).

Konflik politik juga boleh dilihat sebagai persoalan bagaimana menyelesai pertikaian moral yang cukup serius sehinggakan ia membentuk ancaman gangguan masyarakat. Walhasil ini akan melibatkan kesungguhan mengatur proses perundingan atau diplomasi yang sering cenderung mengurangkan keganasan. Lazimnya, keadaan ini diiktiraf sebagai matlamat utama peradaban. Bernard Crick, ahli teori utama pada pandangan ini, seterusnya mengutara satu lagi idea bahawa politik itu sendiri hanyalah "etika yang dilakukan di hadapan umum", bermakna organisasi awam boleh bersetuju, tidak bersetuju, atau campur tangan untuk mencapai kesudahan yang diingini atau proses menyeluruh yang lengkap.

"Politik" barangkali membawa maksud pejoratif terutamanya apabila merujuk ruang lingkup kerja dalaman sesebuah institusi. Walhasil sesuatu keputusan dibuat atas dasar politik akan memberi ilustrasi bahawa keputusan tersebut dipengaruhi oleh keperluan runcit daripada keutamaan objektif atau kebaikan bersama.

Sebenarnya, politik telah wujud sebelum ketamadunan manusia lagi. Umumnya, primat hidup berkumpulan dan menyususn "hierarki dominan" (dominance hierarchies ). Individu bertaraf tinggi gemar untuk merebut kawasan, makanan, dan peluang mengawan daripada individu yang mempunyai kedudukan yang lebih rendah melalui pelbagai cara pula. Ini bermakna lebih tinggi taraf seseorang individu maka lebih besar ruang kekerapannya untuk berjaya membiak dan mengawan, selain memiliki lebih banyak sumber pelaburan bagi menjamin kelangsungan hidup keturunannya.

Status ini tidak kekal kaku. Ia bersifat dinamik menurut beberapa faktor yang berubah, lazimnya faktor umur, jantina, kecerdasan, dan keagresifan. Taraf juga sangat bersandar kepada keupayaan untuk memproleh sokongan yang lain. Malah, dorongan mengekalkan kedudukan dan pengetahuan masyarakat barangkali merupakan peledak evolusi perkembangan otak lebih besar bagi manusia. Permulaan politik manusia dikenal pasti berpola kumpulan-kumpulan tersusun seperti keluarga, kerabat (clan), dan suku kaum (tribes).

V.G. Childe memberi ilustrasi peralihan masyarakat manusia yang berlaku sekitar 6000 BC sebagai Revolusi Bandar. Lantaran keperluan kawasan pendudukan yang padat maka beberapa kriteria jelas dadpat mencerminkan terbinanya konsep perbandaran ini. Antara kriteria tamadun baru ini ialah:

1. Penstrataan Institusi Sosial (institutional social stratification (dominance hierarchy))
2. Jentera Khas bukan-agrikultur contohnya peguam dan ahli agama.(non-agricultural specialised crafts (including priests and lawyers) )
3. Percukaian
4. Penulisan

Menyorot perkataan "Politik" itu sendiri, diambil dari perkataan Yunani “Polis” yang bermaksud bandar, jelas mengambar maksud yang diketengahkan oleh V.G. Childe. Olahan maksud politik yang pertama telah ditemui dalam Hesoid dengan petikan, "Bagaimana cara terbaik manusia tinggal dalam bandar, dan dengan patuh kepada apa?". Kemudian ia ditulis semula sebagai, "Bagaimana manusia mengatur haluannya?". Bagi masyarakat Yunani, ia adalah applikasi sebab musabab untuk hidup. Politik adalah susunatur masyarakat melalui desakan mencapai matlamat yang sama; seperti harmoni antara kelas masyarakat di Athens di bawah Solon, atau perniagaan dan perdagangan, atau bagi perperangan seperti masyarakat Doric di Crete dan Sparta.

Penulisan politik boleh dipecah kepada 2 kategori. Kategori pertama berkaitan “bagaimana politik”, dan yang kedua berkenaan "mengapa politik". Contoh penulis strategi (kategori pertama) ialah Sun Tzu, Niccolo Machiavelli, dan George Washington Plunkitt. Manakala contoh ahli penulisan falsafah pula (kategori 2) ialah Plato, Aristotle, Locke, Mills, Thomas Jefferson, Marx dan Mao.

Pengarang pengkajian politik telah menggambari dan mempengaruhi sistem politik dunia. Niccolo Machiavelli telah mengarang The Prince semasa tinggal dalam negara monarki. The Prince berkisar analisa politik dalam sistem monarki, pada 1513. Karl Marx dan Friedrich Engels pula menerbitkan The Communist Manifesto pada tahun 1848risalah yang bertanggungjawab atas pembentukan asas bagi Socialisme dan Komunisme sepanjang abad ke 19 dan 20.

Hari ini, umumnya kajian berkaitan politik terarah pada Demokrasi, dan bagaimana acuannya mewarnai keputusan yang perlu dibuat. Perlu diperhatikan, selain dipengaruhi gelombang besar ini politik juga merupakan aktiviti masyarakat, justeru ia akan bergantung kepada pola tertentu sebagaimana yang lain. Ahli Sains Politik ialah ahli akademik yang mengadakan kajian terhadap aliran politik sesebuah negara. Mereka meneliti pilihan raya, pendapat umum, kegiatan organisasi, fahaman ahli atau persatuan politik, pengaruh ahli-ahli politik, dan sebagainya.

Di universiti-universiti Amerika Syarikat, Sains Politik dibahagikan kepada beberapa jurusan contohnya Politik Amerika (American Politics), Politik Perbandingan (Comparitive Politics), Hubungan Antarabangsa (International Relation), Undang Undang Awam (Public Law) dan Teori Politik (Political Theory). Sebahagian jurusan ini adakalanya bertindih dengan disiplin akademik yang lain seperti falsafah, undang-undang, sosiologi, antropologi, dan sejarah.

Monday, May 26, 2008

Husam Musa pangku jawatan MB Kelantan

- Jangkan PejabatPolitik berkenaan pakatan Pak Lah, DSAI, Nik Azis, Hadi semakin menjadi kenyataan - PejabatPolitik

Rizal Tahir Mon May 26, 08 8:40:25 pm MYT

PENGKALAN CHEPA, 26 Mei (Hrkh) � Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa kini menjalankan tugas-tugas sebagai Menteri Besar selepas Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bercuti kerana menunaikan ibadat umrah.

Pada awalnya jawatan itu dipangku Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub, namun pada pagi Sabtu lalu beliau dimasukkan ke wad di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian akibat serangan jantung.

Ekoran itu, jawatan Menteri Besar dipangku pula oleh Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat.
Difahamkan anggota Exco terbabit telah mengadap Sultan Kelantan bagi mendapat perkenan baginda.

Perkara itu disahkan seorang lagi anggota Exco, Ustaz Mohd Amar Abdullah ketika ditemui semasa menghantar Menteri Besar bagi menunaikan umrah di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra sebentar tadi.

Lebih 1,000 pemimpin kerajaan negeri, PAS dan rakyat turut berada di lapangan terbang petang tadi. Turut kelihatan anggota Exco, Wan Ubaidah Omar, Timbalan Speaker, Mohd Zaki Ibrahim dan Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim.

Tuan Guru Nik Abdul tiba di lapangan tersebut pada jam 7.10 petang dan sempat menunaikan solat Maghrib berjemaah.

Turut bersama menunaikan ibadat umrah, isterinya Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak dan dua anak perempuan mereka.

Rombongan Menteri Besar dijangka berlepas ke Jeddah pada kira-kira jam 12 malam ini. Mereka dijadualkan pulang pada 9 Jun depan. - mj

Masa Depan Politik Negara

PejabatPolitik melihat rencam politik negara ini akan beransur reda dengan menerima liberalisasi sebagai pengakuran yang tidak dapat dielak lagi. Menjaga periuk nasi masing-masing menjadi desakan terhadap setiap individu untuk berhijrah kepada satu konsep negara Malaysia yang cukup berbeza kaedah dan pendekatan politiknya berbanding sebelumnya.

PejabatPolitik yakin semua ini memang telah diketahui dan barangkali sengaja dirancang oleh pihak pemimpin hirarki atasan dalam setiap parti menurut fahaman atau ideologi masing-masing. PejabatPolitik juga meramalkan kekuatan baru UMNO (baru atau lama) akan terpancar selepas ini. Mengapa UMNO? Kekuatan daripada segi apa?

Semua soalan termasuk kedua-dua di atas akan terjawab setelah PejabatPolitik menyiarkan beberapa artikel berkaitannya selepas ini...

Friday, May 23, 2008

20 hari sudah berlalu...

- Apakah yang sedang berlaku?

  1. Kekalahan BN-UMNO yang paling teruk dalam sejarah BN
  2. Kebangkitan semula DSAI dan pakatannya
  3. Kekalahan Malaysia memiliki Batu Putih
  4. Pak Lah tetap tenang dengan keadaan yang berlaku

Apakah hipotesis PejabatPolitik sebelum ini akan menjadi satu ramalan yang bakal menjadi realiti?

Kita tunggu lagi..sabar..

Monday, May 19, 2008

Dr Mahathir keluar Umno

May 19, 08 12:12pm

Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar dari Umno berkuatkuasa serta merta dan menggesa ahli-ahli Umno yang lain supaya turut berbuat demikian.

Katanya, beliau bertindak keluar parti - yang diterajuinya selama 22 tahun sehingga 2003 - kerana tidak yakin dengan kepimpinan penggantinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Sebelum itu, semasa majlis dailog dengan kira-kira 1,000 orang yang menghadirinya, beliau mencadangkan Ketua-ketua Umno cawangan dan bahagian keluar parti beramai-ramai sehinggalah perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi letak jawatan.

Katanya, ini kerana jika mereka tunggu sehingga pemilihan Umno Disember ini, Abdullah akan menang tanpa bertanding jawatan itu.

Beliau terus membuat pengumuman keluar parti apabila salah seorang hadirin mencabarnya membuat pengumuman itu.

"Saya umum saya keluar parti hari ini," katanya di hadapan hadirin yang kebanyakannya ahli Umno Kedah di majlis bertajuk "Nasib kedudukan Bangsa Melayu" di sebuah hotel di Alor Star hari ini.

Dalam reaksinya, seorang lagi pemimpin veteran Umno, Tan Sri Sanusi Junid, yang merupakan penyokong setia Dr Mahathir dan bekas menteri besar Kedah, turut mengumumkan keluar parti.

Dr Mahathir juga berkata beliau hanya akan kembali menjadi ahli Umno selepas Perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga presiden Umno, meletak jawatan atau tidak lagi menjadi pemimpin utama negara.

"Saya akan menulis surat kepada Umno bagi memaklumkan mereka (mengenai eluar dari Umno)," katanya.

Dr Mahathir turut menggesa kesemua menteri Umno, timbalan menteri dan semua peringkat pemimpin, supaya bersama dengannya keluar dari parti.

Bagaimanapun, beliau meminta mereka supaya jangan menyertai parti-parti yang lain.
"Tunggulah hingga Abdullah letak jawatan sebagai perdana menteri dan presidenparti, dan kita boleh kembali semula kepada Umno," katanya.

'Untuk kepentingan keluarga'

Bercakap kepada pemberita selepas majlis anjuran Dewan Perhimpunan Melayu kedah itu, Dr Mahathir dengan wajah kecewa berkata beliau terpaksa mengambil tindakan keluar Umno yang dianggotai sejak 1946 kerana berpendapat parti itu tidak lagi dapat berperanan sebagai sebuah parti politik sebenar untuk membela nasib Melayu, sepertimana hasrat sejarah penubuhannya.

Sambil menyatakan rasa tidak puas hatinya, Dr Mahathir mendakwa Umno kini hanyalah dijadikan parti untuk mengiktiraf Abdullah sebagai presiden Umno dan mengutamakan kepentingan keluarganya (Abdullah) sehingga membelakangkan negara.

"Saya boleh senaraikan perkara-perkara yang dia (Abdullah) lakukan sehingga merugikan negara kita.

"Umno yang wujud hari ini tidak lagi berpegang kepada hasrat parti yang ditubuhkan 62 tahun lalu. Sebab itu saya tidak teragak-agak untuk keluar dari Umno," katanya.

Dr Mahathir adalah perdana menteri Malaysia keempat dan memegang jawatan tersebut selama 22 dari tahun 1981 hingga 2003.

'Halang jumpa saya'Bernama pula melaporkan Dr Mahathir turut mengajak ahli Umno yang sependapat dengannya berhubung dengan kepimpinan untuk mengikuti jejaknya dengan bertindak keluar dari parti itu tetapi bukan untuk menyertai parti lain.

"Saya yakin cara ini berkesan. Saya tidak akan menyuruh orang membuat sesuatu yang saya sendiri tidak berani melakukannya," tambahnya.

Bekas Perdana Menteri turut melahirkan rasa kecewa kerana ahli Umno masih disekat oleh kepimpinan parti daripada berjumpa dengannya.

"Sampai nak adakan perjumpaan, ahli-ahli Umno dan ketua bahagian tidak dibenar berjumpa saya. Ini apa," katanya.

Beliau berkata, tindakan kepimpinan Umno itu hanya menyebabkan timbul lebih banyak rasa tidak puas hati dan akhirnya melambangkan Umno sebagai tidak demokratik.

Ikut jejakKetika diajukan soalan oleh pemberita mengenai tindakannya itu akan membuat orang lain mengikuti jejaknya, Dr Mahathir berkata: "Saya tidak peduli kerana saya pun disekat daripada berjumpa dengan ahli-ahli Umno"

Beliau juga yakin bahawa tindakannya meninggalkan Umno tidak akan memberi kesan kepada politik orang Melayu.

"Saya pernah dibuang dari Umno, (dan) politik Melayu tidak hilang. Kalau orang Melayu hendak betulkan, bukan kerana (tindakan) saya keluar. Kalau mereka berani hendak pelihara parti dan perjuangan parti mereka harus berani bertindak," katanya.

Dr Mahathir juga sekali lagi menegaskan bahawa Abdullah perlu melepaskan jawatan sebagai perdana menteri bagi memastikan survival Umno dan jika perlu ahli Umno boleh membuat undi tidak percaya dalam usaha memaksa Abdullah meletak jawatan.

Ditanya adakah tindakan terbarunya itu (keluar Umno) bertujuan untuk memberi tekanan kepada Abdullah, Dr Mahathir berkata: "Saya tidak tahu mengenai tekanan kerana orang ini tidak faham apa-apa".

Siasatan peguam negaraDitanya adakah tindakannya keluar dari Umno mempunyai kaitan dengan arahan terbaru Kabinet supaya Peguam Negara memulakan siasatan serta merta berhubung segala tuduhan terhadap individu yang dinamakan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai klip video peguam Datuk V.K Lingam, Dr Mahathir menafikannya."Ini soal mahkamah... dia boleh tuduh dan kalau saya salah masuk jail. Kalau tak salah janganlah tangkap saya juga," katanya sambil ketawa.

Individu yang dinamakan dalam laporan itu terdiri daripada Lingam; bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; tokoh korporat Tan Sri Vincent Tan; dua bekas Ketua Hakim Negara iaitu Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Tun Mohd Eusoff Chin serta Dr Mahathir.

Di akhir majlis itu, Dr Mahathir turut melahirkan kekecewaannya terhadap pemimpin Umno sekarang kerana bukan sahaja tidak mempertahankannya, sebaliknya turut mengkritiknya. "Kalau dulu orang kata kononnya saya berkhidmat kepada negara, cium tangan naik asap tapi bila saya kritik Datuk Seri Abdullah pasai tak buat jambatan orang maki saya. Tiada siapa dalam Umno mempertahankan saya," katanya kesal.

Di majlis itu, Dr Mahathir dalam ucapannya selama sejam turut menjawab beberapa persoalan yang ditimbulkan oleh hadirin antaranya berhubung pengganti Abdullah dan langkah memulihkan kuasa politik Umno.Dr Mahathir juga mengulangi gesaannya supaya sistem kuota kelayakan untuk bertanding jawatan penting pada perhimpunan agung Umno Disember ini dimansuhkan melalui persidangan mesyuarat khas parti.

PM paling lama

Ini menjadi beliau perdana menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat serta pemimpin yang paling lama berkuasa di Asia.

Dr Mahathir dilahirkan di Alor Star pada 20 Disember 1925. Beliau aktif dalam politik sejak 1954 melalui pembabitan dalam kempen anti-Malaysian Union.

Dr Mahathir menyertai Umno apabila parti itu ditubuhkan pada tahun berikutnya (1946). Dalam pilihanraya ketiga pada 1964, Dr Mahathir dipilih sebagai ahli Parlimen Kota Setar Selatan.

Bagaimanapun beliau gagal mempertahankan kerusi tersebut pada 1969 dan kalah dengan majoriti 989 kepada calon PAS, Haji Yusoff Rawa.Ekoran peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969, Dr Mahathir dipecat dari jawatan ahli Majlis Tertinggi Umno pada 12 Julai tahun berkenaan selepas beliau mengedarkan secara terbuka suratnya kepada perdana menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman.Dalam surat tersebut, Dr Mahathir mengkritik cara Tunku mengendalikan pentadbiran negara yang didakwa lebih menguntungkan rakyat keturunan Cina.

Dr Mahathir kemudiannya dipecat dari parti pada 26 September 1969.Ketika itulah Dr Mahathir menulis bukunya yang bertajuk "The Malay Dilemma" di mana beliau cuba menjelaskan punca berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei di Kuala Lumpur dan sebab-sebab mengapa orang Melayu ketinggalan di belakang dalam bidang ekonomi dalam negara mereka sendiri.

Dasar Ekonomi Baru

Bukut tersebut diterbitkan pada 1970 dan terus diharamkan oleh kerajaan Tunku. Bagaimanapun, beberapa cadangan dalam buku tersebut telah digunakan oleh Tun Abdul Razak Hussein yang menggantikan Tunku sebagai perdana menteri, dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang pada asanya untuk mengambil langkah ekonomi yang afirmatif bagi menangani jurang perbezaan ekonomi antara orang Melayu dan bukan Melayu.Pengharaman buku itu kemudiannya ditarik balik selepas Dr Mahathir menjadi perdana menteri pada 1981.

Beliau menyertai semula Umno pada 7 Mac 1972, dan dilantik sebagai Senator pada 1973. Dr Mahathir melepaskan jawatan senator pada 1974 untuk bertanding dalam pilihanraya umum dan menang tanpa bertanding di parlimen Kubang Pasu, dan seterusnya dilantik sebagai menteri pendidikan.

Pada 1975, beliau terpilih sebagai salah seorang naib presiden Umno. Tun Hussein Onn kemudiannya melantik Dr Mahathir sebagai timbalan perdana menteri pada 15 September 1978, dan dalam rombakan kabinet, turut melantik Dr Mahathir sebagai menteri perdagangan dan industri.

Dr Mahathir menjadi perdana menteri pada 16 Julai 1981 selepas Tun Hussein Onn melepaskan jawatan perdana menteri atas sebab-sebab kesihatan. Dr Mahathir menjadi perdana menteri yang pertama yang bukan dari keluarga bangsawan atau diraja.

Friday, May 2, 2008

Kata hati...

Dalam perhatian PejabatPolitik, beberapa adegan yang cukup menarik dapat kita saksikan melalui 'lakonan' para ahli politik tanah air.

Bintang-bintang politik tanah air masing-masing telah memainkan peranan dan tentunya berlandas prinsip dan ideologi masing-masing.

PejabatPolitik amat senang hati melihat perkembangan ini.

Merujuk semua laporan yang dikepilkan pada hari ini berkaitan sidang parlimen pertama, laporan Harakahdaily yang agak lengkap dan menarik susunannya, pada pendapat PejabatPolitiklah.

PejabatPolitik mengambil pendekatan masih menunggu dan melihat sehingga perkembangan politik tanah air agak 'garing' sedikit untuk memuntahkan pandangan peribadi yang menjurus kepada ramalan dan keperluan menjaga keselamatan dan periuk nasi masing-masing.

PejabatPolitik melihat perkara inilah yang akan menjadi kayu ukur nanti. 'Survival' masing-masing nampaknya semakin ketara dalam apa jua situasi di negara kita sekarang ini.

Harap-harap semuanya selamat. Amin

Perbahasan hari pertama Parlimen hangat dan gamat dengan 'pertikaman lidah'

Jumaat 2 Mei 2008 25 Rabiul Akhir 1429 Hijrah

Wan Nordin Wan Yaacob

Foto Nasir Sudin Wed Apr 30, 08 1:33:33 pm MYT

Seperti yang dijangkakan kemasukan 82 ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan DAP membawa satu senario baru dalam perbahasan sidang Dewan Rakyat yang bermula hari ini.

Suasana tidak lagi seperti pada penggal yang lalu (selepas pilihan raya umum 2004) yang hanya menyaksikan babak ampu mengampu sahaja yang berlaku.Sebaliknya kali ini Dewan Rakyat menyaksikan satu kehangatan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Sejak Speker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia memulakan sidang Dewan Rakyat jam 10.00 pagi lagi, suasana dewan menjadi gamat dengan pertikaian demi pertikaian dikemukakan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN).

Sidang yang sepatutnya dimulakan dengan Sesi Soalan dan Jawapan Lisan itu terganggu sementara berikutan perbalahan yang berlaku antara beberapa ahli parlimen dalam soal urutan soalan-soalan Soal Jawab Lisan, isu penggunaan perkataan-perkataan menghina, isu Aturan Urusan Mesyuarat, hak-hak ahli Parlimen dalam mendapatkan peluang menyoal balas yang mana rata-ratanya adalah isu teknikal.

Antara yang berbahas mengenai isu itu ialah, Azmin Ali (KeADILan-Gombak); Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur); Chong Chien Jen (DAP-Bandar Kuching); Dato' Bung Mokhtar Raden (BN-Kinabatangan); Ir Khalid Samad (PAS-Shah Alam); Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) dan beberapa ahli Parlimen lain yang mencelah sesekali.

Tidak ketinggalan Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang turut memberi pandangan-pandangannya berdasarkan pengalaman di Dewan Rakyat terhadap beberapa isu yang dibangkitkan.

Speaker terpaksa menunggu hingga jam 10.55 pagi untuk memulakan seoalan pertama yang diajukan oleh Dato' Razali Ibrahim (BN-Muar) yang dijawab Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Namun jawapan yang diberi oleh Abdullah mengenai tahap kecekapan pentadbiran kerajaan dan isu-isu pembangunan tidak disenangi beberapa ahli Parlimen, yang menyebabkan mereka meminta soalan tambahan untuk diajukan kepada Perdana Menteri.

Begitupun Speaker menolak permintaan yang datangnya daripada beberapa Ahli Parlimen DAP, PAS dan wakil bebas, Dato' Paduka Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) menyebabkan suasana kembali tegang dan beberapa ahli Parlimen silih berganti bangun bagi meminta 'point of order'.
Kelam kabut dibuatnya Speaker hingga ada pula yang mencadangkan agar perbahasan ditangguhkan sementara berikutan kekalutan-kekalutan yang berlaku.

Sementara itu hanya tiga soalan sahaja yang mampu dibahaskan pagi tadi memandangkan kekalutan yang berlaku.Tiga soalan itu dibangkitkan oleh Razali (soalan pertama); Bung Mokhtar (soalan kedua) dan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (KeADILan Permatang Pauh) bagi soalan yang ketiga.

Sidang berjalan semula selepas Speker meminta semua ahli parlimen menunjukkan kesopanan dan daya kepimpinan mereka agar perjalanan perbahasan berjalan dengan lancar.
Semasa memulakan sesi perbahasan, Speaker menjemput Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) membentangkan usul tergempar di bawah perkara 18 (1), namun selepas membacakan usul itu dengan isinya mendesak kerajaan persekutuan memulangkan royalti minyak kepada negeri Terengganu, usul itu ditolak Speaker.

Penolakan usul itu sekali lagi menyebabkan keadaan gamat dengan beberapa ahli Parlimen termasuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena); Dr Dzulkifly Ahmad (PAS-Kuala Selangor); Dr Hatta Mohd Ramli (PAS-Kuala Krai) dan Ir Khalid Samad (PAS-Shah Alam) bangun mendesak penjelasan dan penimbangan semula usul itu agar dibahaskan.

Namun Speaker tidak berganjak dengan keputusannya itu, menyebabkan ramai yang marah.
Sementara itu, suasana di luar Dewan Rakyat juga tidak kurang meriahnya, ramai yang tertumpu kepada skrin-skrin televisyen yang disediakan di Lobi Parlimen untuk mendengar perbahasan yang pastinya hangat dan membuatkan jantung sentiasa bergerak laju.

Kelihatan beberapa Ahli Parlimen keluar masuk dewan, dan ada juga yang sempat menjengah Kafeteria bagi membasahkan tekak menikmati sarapan pagi dalam suasana yang agak sibuk.
Antara yang kelihatan di Kafeteria ialah, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa yang duduk bersama bekas Ahli Parlimen BN Ketereh, Dato' Mohd Alwi Che Ahmad.

Seketika ternampak kelibat Presiden PAS yang keluar dari Dewan Rakyat dan terserempak dengan Presiden MIC, Dato' Seri S.Samy Vellu.Mereka bersalaman sambil jurugambar dari pelbagai media tidak henti-henti mengambil gambar mereka berdua.

Spontan dari mulut Samy menanyakan khabar kepada Presiden PAS, dan mereka kelihatan cukup mesra tanpa sebarang rasa prejudis walaupun dalam politik mereka bermusuh.

Presiden PAS seterusnya diberi laluan oleh Samy untuk ditemuramah wartawan-wartawan yang sememangnya menanti ulasan Presiden PAS itu mengenai beberapa isu yang sedang melanda negara hari ini terutamanya isu Melayu dan Islam.

Di Bilik Media pula, para wartawan sibuk mendengar perbahasan dan tidak kurang yang sinis mengkritik tingkah laku ahli Parlimen dengan 'lap top' di tangan ada yang mula menulis berita-berita panas yang berlaku pagi tadi.Semuanya mahu berita yang dilayangkan ke meja Editor akhbar masing-masing menepati kehendak dan sensasi, tidak kurang yang mahu berita mereka disiarkan segera.

Tidak kurang ada yang memerhatikan sahaja setiap gerak-geri yang terlintas di hadapan mereka.Team Harakahdaily terpaksa pulang ke pejabat pada jam 1.00 petang bagi melaporkan apa yang berlaku di Dewan Rakyat.

Ketika ini (jam 1.30 petang) sidang telah pun dihentikan Speaker pada jam 1.00 petang dan akan bersambung sebentar sahaja lagi (jam 2.30 petang). - mks.

Blog Mahathir persoal s'jaya kehakiman

Jimadie Shah Othman May 1, 08 3:53pm


Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan tindakan perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memperkenalkan Suruhanjaya Pelantikan Hakim kerana ia memerlukan sokongan pembangkang.Mantan perdana menteri itu berkata, penubuhan suruhanjaya itu memerlukan pindaan perlembagaan sedangkan kerajaan BN tidak mempunyai majoriti dua pertiga dalam parlimen.

Dalam tulisan sulung di blognya "Dr Mahathir Mohamad" (www.chedet.com), beliau berkata pindaan ini hanya boleh dilakukan dengan sokongan sekurang-kurangnya sembilan undi ahli parlimen pembangkang. "Apakah kerajaan bercadang bekerjasama dengan pembangkang berkenaan isu ini, dan menunjukkan kelemahan mereka (kerajaan) sendiri? "Adakah ia akan memulakan quid pro quo (sesuatu untuk sesuatu), tawar-menawar dengan pembangkang?

Tentu menarik melihat bagaimana PM bercadang mengendalikan hal ini."Beliau juga bertanya kedudukan dan peranan perdana menteri dalam suruhanjaya. "Tentu menarik jika kita dapat mengetahui perincian lengkap prosedur (suruhanjaya), terutamanya peranan perdana menteri," katanya. Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Abdullah pada majlis jamuan makan malam anjuran Majlis Peguam 17 April lalu. Ia ditubuhkan untuk memulihkan kewibawaan sistem kehakiman yang dianggap tercemar sejak krisis 1998.

Di majlis yang sama, perdana menteri juga mengumumkan bayaran ex-gratia kepada lima bekas hakim kanan yang terbabit dalam krisis itu, termasuk bekas ketua hakim negara Tun Mohd Salleh Abbas.Dr Mahathir membangkitkan persoalan-persoalan itu berikutan tiada keterangan lanjut dibuat selepas pengumuman dua minggu lalu.

"Adakah suruhanjaya ini akan melantik sendiri hakim-hakim atau adakah ia hanya mencadangkan nama-nama untuk persetujuan PM, atau adakah suruhanjaya itu mencadangkan (nama-nama) terus kepada (Yang di-Pertuan) Agong supaya baginda dapat menggunakan kuasa istimewanya (melantik hakim)?" katanya.

"Atau perlukah Agong menunggu perkenan Majlis Raja-raja Melayu? Atau Majlis Raja-raja hanya memberi nasihat seperti amalan sekarang? "Atau Raja-raja berhak menolak calon (hakim), dan meminta calon-calon baru atau menamakan calon baru yang menjadi pilihan mereka?"
Tambahnya, pelantikan hakim telah termaktub dalam perlembagaan dan sebarang perubahan harus melibatkan pindaan dokumen penting tersebut.

Najib Jawab Isu Altantuya di Blog Petra

May 1, 08 6:03pm

Datuk Seri Mohd Najib Razak menafikan dakwaan beliau terlibat dengan kes pembunuhan kejam Altantuya Shaariibuu, yang menarik minat ramai dan kini dalam proses perbicaraan.Dalam kenyataan kepada sebuah blog, timbalan perdana menteri berkata beliau tidak pernah mengenali wanita Mongolia itu dan tidak pernah bertemu dengan mangsa terbabit."Dakwaan seorang saksi dalam perbicaraan kes Altantuya bahawa konon-kononnya si mati (Altantuya) pernah makan bersama dengan Razak Baginda dan individu bernama 'Najib Razak' tidak pernah disahkan, malah kredibiliti saksi itu juga tidak pernah diteliti.

"Dakwaan kononnya ada gambar si mati dengan (Abdul) Razak (Abdullah Baginda) dan timbalan perdana menteri juga tidak pernah dibuktikan oleh mana-mana pihak melainkan gambar rekaan yang terbukti palsu," kata Najib, melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh setiausaha akhbarnya Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad. Kenyataan akhbar itu diterbitkan Malaysia Today semalam bagi menjawab artikel pengendalinya Raja Petra Kamaruddin bertajuk "Let's send Altantuya's murderers to hell" pada 25 April.

Tengku Sariffuddin juga menafikan beberapa dakwaan dalam artikel tersebut, antaranya: Najib dan isterinya Rosmah Mansor ada kaitan dengan pembunuhan Altantuya,timbalan perdana menteri pernah menyokong permohonan visa wanita itu, danrekod imigresen wanita itu telah sengaja dihapuskan. "Semua kenyataan ini merupakan kenyataan pandang dengar (hearsay) yang tidak pernah dibuktikan, tetapi pihak tuan sewenang-wenangnya menyiarkan kenyataan seperti itu seolah-olah ia (adalah) fakta," katanya.

Tengku Sariffuddin juga menafikan kes pembunuhan Altantuya bersangkut-paut dengan pembelian kapal selam oleh Kementerian Pertahanan yang diketuai oleh Najib."(Dakwaan itu) adalah tidak berasas sama sekali dan dakwaan itu dibuat semata-mata untuk menjadikan dongengan yang timbul sekitar kes ini lebih menarik," katanya."Datuk Seri Najib sekian lama menahan dan mengelak daripada membuat sebarang kenyataan tentang kes ini kerana ia melibatkan tuduhan terhadap individu-individu yang beliau kenali. "Sebarang kenyataan daripada beliau sudah tentu mengundang pelbagai tafsiran atau dianggap sebagai mencampuri urusan mahkamah, memandangkan perbicaraan kes itu sedang berlangsung," kata Tengku Sariffuddin lagi. Beliau juga merujuk kes pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disabitkan bersalah apabila dituduh cuba mengganggu siasatan polis dalam isu amalan seksnya.

"Suka diingatkan di sini bahawa pernah berlaku dalam sejarah negara ini, seorang bekas timbalan perdana menteri didapati bersalah atas tuduhan menyalahguna kuasa apabila beliau cuba menutup penyiasatan salah laku seksual terhadap dirinya," kenyataan Tengku Sariffuddin di blog itu dipetik.Beliau mengakhiri kenyataannya dengan amaran kepada semua pihak: "Akhir sekali, ingin saya tegaskan di sini, bahawa, memandangkan tuduhan-tuduhan liar yang dilemparkan terhadap timbalan perdana menteri itu adalah sangat serius dan membawa kesan negatif terhadap maruah dan imejnya, beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab.

"Menjawab kenyataan ini pada hari yang sama, Raja Petra berkata beliau berasa gembira dan dihormati apabila setiausaha akhbar kepada timbalan perdana menteri sendiri sanggup menulis kepada Malaysia Today. "Seperti saya nyatakan beberapa kali sebelum ini, satu-satunya jalan menangani media independen ialah berdepan dengannya, bukan mengabaikannya, kerana pengabaian anda boleh memusnahkan anda sendiri," katanya, memulakan reaksi segera dalam artikelnya "My reply to Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad".

Selain mempertikaikan kewibawaan sistem kehakiman negara, khususnya sewaktu perbicaraan Anwar, penulis blog terkenal itu juga menyebut beberapa insiden layanan buruk polis yang didakwanya dialaminya dan juga isterinya.Artikel awal Raja Petra minggu lepas dimulakan dengan isu menuntut keadilan buat Altantuya sewaktu kunjungan bapa mangsa bunuh itu Shaariibuu Setev ke Kuala Lumpur bagi mendesak perbicaraan kes bunuh anaknya dijalankan dengan adil.Selain Abdul Razak, seorang penganalisis politik yang dikaitkan dengan Najib, dua anggota polis pasukan berprofil tinggi Unit Tindakan Khas (UTK) di Bukit Aman turut dituduh dalam kes tersebut mulai Jun tahun lepas. Cif inspektor Azilah Hadri, dan koperal Sirul Azhar Umar didakwa membunuh Altantuya, di lokasi mukim Bukit Raja, Shah Alam antara 19-20 Oktober 2006.




Abdul Razak, pula didakwa bersubahat dengan Azilah dan Sirul Azhar di Wilayah Persekutuan sehari sebelum pembunuhan itu.Pembunuhan Altantuya mula menggegarkan negara apabila penganalisis politik ini dan beberapa anggota polis, termasuk Azilah dan Sirul Azhar, ditahan polis pada 7 November 2006.

Thursday, May 1, 2008

PM silap tak jawap kritikan Mahathir

Soon Li Tsin Apr 30, 08 7:24pm

Penasihat Gerakan, Dr Lim Keng Yaik berpendapat, perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi silap apabila beliau tidak menjawab kritikan pedas Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pentadbirannya, yang telah menjejaskan prestasi Barisan Nasional dalam pilihanraya 8 Mac.

"(Kritikan) Dr Mahathir telah menjejaskan mereka (Umno dan BN). Beliau mungkin seorang rakyat biasa tetapi beliau telah menjadi perdana menteri selama 22 tahun.

"Jika kepimpinan Pak Lah dan Umno merasakan Dr Mahathir salah dan apa yang dikatakannya tidak betul, mereka mempunyai hak untuk menyingkirkan beliau dan tidak perlu bimbang (berbuat demikian).

"Beritahu rakyat bahawa beliau salah. Jika beliau masih terus bercakap mengenainya dan anda tidak jawab, maka apa juga yang dicakapkan oleh beliau (Dr Mahathir) mestilah benar," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini di pejabat barunya di Bandar Utama, Isnin lalu.

Dalam pilihanraya umum ke-12, BN memenangi 140 kerusi parlimen tetapi gagal mempertahankan penguasaan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

BN juga tumbang di empat negeri - Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor - manakala PAS berjaya mengekalkan Kelantan dengan tambahan kerusi.

Ada pihak beranggapan, seruan Dr Mahathir bahawa Malaysia memerlukan pembangkang yang kuat turut mempengaruhi arus pengundian dalam pilihanraya umum lalu.

'Angin perubahan'

Ahli politik yang lantang bersuara itu yang melepaskan jawatan presiden Gerakan tahun lalu - selepas menyandang jawatan itu selama 26 tahun - turut menegur tindakan Dr Mahathir itu.

"Kritikan (beliau) mungkin betul tetapi sikap dan cara kritikan itu dibuat, tidak membantu BN atau Umno.

"Jika Dr Mahathir sayangkan Umno dan BN, beliau tidak seharusnya bertindak seperti yang telah beliau lakukan," katanya.

Lim juga ditanya mengenai pilihanraya umum lalu yang disifatkannya sebagai satu "angin perubahan baru yang bertiup" dalam landskap politik tanahair.

"Saya tidak menganggapnya sebagai satu tsunami. Tsunami membawa maksud negatif, dan kemusnahan.

"Saya menyifatkannya sebagai angin perubahan baru yang bertiup dalam arena politik Malaysia," katanya.

Katanya, ini kerana politik pelbagai kaum yang disokong oleh rakyat dalam pilihanraya umum lalu, juga merupakan ideologi parti Gerakan sendiri.