Saturday, April 12, 2008

Malaysiakini edisi Sabah?

Beralih sudut pandangan kepada wadah penyampaian sekontroversi Malaysiakini di Sabah sepatutnya tidak boleh dipandang remeh oleh sesiapa. Dan, kalau boleh di Sarawak juga. Saya sedar realitinya ialah hal sebegini bukannya diberi percuma. Ianya berlaku melalui kekuatan sendiri (Sabahkini umpamanya). Sudah tentu kehadiran wadah seumpanya akan menerima tentangan kerana itulah 'peraturan permainan' nya.

Tidak adakah individu di Sabah setanding Raja Petra? Betulkah di Sabah atau Sarawak terlalu mundur sehingga tidak ada individu yang inovatif dan kreatif dalam menentukan kepemimpinan negeri dan negara. Atau memang keadaan kehidupan yang ada sekarang sudah cukup dan ideal bagi masyarakat Sabah atau Sarawak.

Hal seumpama ini adalah salah satu kesedaran yang lahir bukan hasil daripada sentimen atau desakan berbau permusuhan, pemborantakan atau dengki. Dan, pastinya ia juga ada kepentingan tersendiri sebagaimana ia memiliki kekuatan yang tersendiri pula.

Hakikatnya, belum lagi kelihatan sebarang petanda akan ada Sabahkini atau Sarawakini yang mampu mencabar NewSabahTimes, DailyExpress, BorneoPost dan di samping akhbar-akhbar perdana sedia ada. Maknanya, saya sendiri kena menerima hakikat bahawa dalam kes ini suasana politik Sabah dan Sarawak masih belum bersedia untuk menjadi dominan dalam suasana politik perdana. Mungkin sedang menuju ke arah itu atau tidak mungkin juga. Banyaklah alasan yang boleh diberikan, yang pasti saya hanya mahu melihat suasana perimbangan dalam politik di Sabah dan Sarawak bukan lagi dalam kategori 'secondary'. Sabah dan Sarawak perlu menawarkan maklumat berimbang 'primary' setidak-tidaknya dalam lingkungan negeri masing-masing. Andainya dapat pula meliputi kawasan Semananjung, itu sudah 'fabulous' !

No comments: