Monday, June 30, 2008

Anwar, Politik dan Liwat...



- PejabatPolitik semakin risau dengan keadaan politik negara yang semakin meruncing. Rusuhan boleh berlaku pada bila-bila masa. Gelombang 1997-1998 akan melanda sekali lagi dengan momentum yang lebih besar! Strategi yang memakan tuan. BN-UMNO sekali lagi melakukan kesilapan. Ingatlah, rakyat akan bertambah bilangan dalam menolak UMNO-BN kali ini.

Thursday, June 26, 2008

Terapi rawat mati pucuk dan sakit pinggang melalui solat

26/06/2008 12:41pm

KUALA LUMPUR 26 Jun - Tiga pensyarah Universiti Malaya berjaya menemui kaedah terapi untuk merawat masalah mati pucuk di kalangan lelaki dan sakit pinggang untuk wanita melalui solat.

Penemuan itu adalah hasil kajian saintifik dan dibukukan dalam buku bertajuk `Solat’ terbitan Universiti Malaya.

Tuesday, June 24, 2008

Apabila bukan ahli dipilih memimpin...

- PejabatPolitik meneruskan pautan ulasan TMM berkaitan 4 isu utama negara yang telah disebut sebelum ini. Berikut ialah perihal isu rel berkembar.


http://test.chedet.com/che_det/2008/06/wastage-of-public-funds-the-ca.html#more

Tuesday, June 17, 2008

Akhirnya, Hari Ini Mahathir Menyatakan Ramalannya...

Dr Mahathir Mohamad: Abdullah dan Najib

-Sebagaimana yang PejabatPolitik ramalkan iaitu TMM akan bertindak membuat kenyataan berbau ramalan; sebagaimana PejabatPolitik juga sedang mengumpul maklumat sebanyak mungkin untuk ramalan berkaitan pakatan sulit beberapa pemimpin tertinggi di negara ini.

-Walhasil, TMM tidak rugi malah dapat menikmati pula erti kehidupan sebenar. TMM pasti berpuas hati dengan perjalanan hidupnya. Pak Lah pula lebih berpuas hati kerana dapat manyatu kembali UMNO, PAS dan PKR (orang Melayu) tidak lama lagi...- PejabatPolitik

Pakatan Sulit Semakin Hampir Berjaya!

Anwar cabar pemecatan sebagai TPM

Malaysiakini
Jun 16, 08 9:19pm

Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar kesahihan, dari segi perlembagaan, pemecatannya daripada jawatan Kabinet hampir 10 tahun lalu oleh mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Panel tiga anggota yang diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum, sebulat suara membenarkan Anwar merayu kepada Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, bahawa pemecatannya sebagai timbalan perdana menteri dan menteri kewangan adalah sah pelaksanaannya dari segi undang-undang.

Menurut laporan Bernama, berikutan keputusan itu, Mahkamah Persekutuan akan menentukan dua persoalan undang-undang — sama ada pemecatan Anwar tidak mengikut perlembagaan, dan sama ada Dr Mahathir boleh memecat timbalannya tanpa terlebih dahulu menasihatkan Yang di-Pertuan Agong.Mahkamah akan memutuskan:

Pertama, sama ada peruntukan Artikel 43(5) Perlembagaan Persekutuan secara khusus menghendaki Yang di-Pertuan Agong merupakan kuasa yang membatalkan pelantikan Anwar sebagai timbalan perdana menteri dan menteri kewangan dalam Kabinet Malaysia dengan berdasarkan prinsip bahawa hanya pihak yang berkuasa yang melantik mempunyai hak untuk membatalkan sebarang pelantikan yang dibuatnya; dan,

Kedua, sama ada pemotongan nama Anwar daripada jawatan timbalan perdana menteri dan penggantian nama perayu (Anwar) dengan nama responden Dr Mahathir sebagai menteri kewangan melalui perintah Menteri-menteri Kerajaan Persekutuan 1998 dapat membaiki ketidakpatuhan responden pertama terhadap peruntukan jelas dalam perkara tersebut

Lelaki semakin pupus di Malaysia???



-PejabatPolitik risau gak dengan perkembangan ni...harap-harap semua pihak berwajib mengambil perhatian serius dengan meneliti penemuan saintis dari US berkaitan genetik yang telah didedahkan hari ini http://in.reuters.com/article/health/idINTON70483420080617?sp=true. Bagaimana agaknya keadaan negara ini di bawah pemerintahan WANITA???

Keturunan (genetik) boleh diubah?

-PejabatPolitk sangat tertarik dengan satu perkembangan baru hasil penemuan beberapa saintis di US. Ianya berkaitan dengan keturunan (genetik). Kerap kali bicara soal genetik maka ramai yang beranggapan malah percaya ianya suatu yang mustahil untuk berubah kerana alasan kejadian semulajadi. Kelihatannya kenyataan ini akan mengalami perubahan drastik yang akan mengubah senario dunia sekaligus.

-PejabatPolitik berminat dengan genetik pembentuk yang terdapat dalam diri para pemimpin terbilang seperti Rasulallah dan para sahabat. PejabatPolitik yakin gen yang sama terdapat dalam diri setiap manusia. Berdasarkan penemuan ini maka kita dapat menghidupkan gen kepemimpinan dan mematikan gen 'kesyaitanan' dengan menuruti beberapa langkah yang diutarakan oleh para saintis berkenaan.

-PejabatPolitik yakin terdapat penemuan lain yang disembunyikan. Itu hak mereka kerana merekalah yang melakukan kajian. Beruntunglah mereka.

Tue Jun 17, 2008 6:51am IST

By Will Dunham

WASHINGTON (Reuters) - Comprehensive lifestyle changes including a better diet and more exercise can lead not only to a better physique, but also to swift and dramatic changes at the genetic level, U.S. researchers said on Monday.

In a small study, the researchers tracked 30 men with low-risk prostate cancer who decided against conventional medical treatment such as surgery and radiation or hormone therapy.
The men underwent three months of major lifestyle changes, including eating a diet rich in fruits, vegetables, whole grains, legumes and soy products, moderate exercise such as walking for half an hour a day, and an hour of daily stress management methods such as meditation.

As expected, they lost weight, lowered their blood pressure and saw other health improvements. But the researchers found more profound changes when they compared prostate biopsies taken before and after the lifestyle changes.

After the three months, the men had changes in activity in about 500 genes -- including 48 that were turned on and 453 genes that were turned off.

The activity of disease-preventing genes increased while a number of disease-promoting genes, including those involved in prostate cancer and breast cancer, shut down, according to the study published in the journal Proceedings of the National Academy of Sciences.

The research was led by Dr. Dean Ornish, head of the Preventive Medicine Research Institute in Sausalito, California, and a well-known author advocating lifestyle changes to improve health.
"It's an exciting finding because so often people say, 'Oh, it's all in my genes, what can I do?' Well, it turns out you may be able to do a lot," Ornish, who is also affiliated with the University of California, San Francisco, said in a telephone interview.

"'In just three months, I can change hundreds of my genes simply by changing what I eat and how I live?' That's pretty exciting," Ornish said. "The implications of our study are not limited to men with prostate cancer."

Ornish said the men avoided conventional medical treatment for prostate cancer for reasons separate from the study. But in making that decision, they allowed the researchers to look at biopsies in people with cancer before and after lifestyle changes.

"It gave us the opportunity to have an ethical reason for doing repeat biopsies in just a three-month period because they needed that anyway to look at their clinical changes (in their prostate cancer)," Ornish said.

(Editing by Julie Steenhuysen and Xavier Briand)

Sunday, June 15, 2008

Apabila Ulama Disifat Bagaikan Anjing

Posted on Jun 15, 2008 under Isu Semasa

Mufti Perlis menulis dalam http://drmaza.com/?cat=16

Ibn Taimiyyah (661-728H) atau dikenali dengan Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah merupakan cahaya indah yang menghiasi sejarah para ulama gemilang. Beliau ilmuwan terbilang yang tiada tolok bandingnya, lagi pejuang yang berperang menentang menaklukan Tatar ke atas wilayah Islam. Berjihad dengan pena, suara dan pedang.

Satu ketika Ibn Taimiyyah bersama dengan sejumlah ulama Damsyik pergi berjumpa dengan Raja Tatar yang bernama Qazan. Raja Tatar tersebut mendakwa telah menganut Islam, tetapi melakukan penyelewengan dan kezaliman terhadap umat Islam. Ibnu Taimiyyah masuk untuk menasihatinya. Dengan nada tegas dan mesej yang jelas Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah menasihati Raja Qazan berkenaan.

Kata Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah kepada penterjemah Raja Qazan: “Beritahu Qazan, engkau mendakwa engkau seorang muslim, aku dengar bersama engkau ramai ulama. Habis mengapa engkau memerangi negeri kami? Bapa dan datuk engkau Hulako dahulu adalah kafir, tetapi mereka tidak menyerang negeri kami, sebaliknya membuat perjanjian. Adapun engkau berjanji tetapi mungkir, berkata tetapi tidak tunaikan.”

Kemudian berlangsunglah dialog antara Ibn Taimiyyah dan Raja Qazan. Selepas itu Raja Qazan berkenaan menjamu sekelian yang hadir ke majlis tersebut dengan hidangan. Kesemua yang hadir makan dengan lazatnya. Namun Ibn Taimiyyah tidak mahu makan. Lalu Raja Tatar itu bertanya: “Mengapa engkau tidak mahu makan?”.

Jawab Ibn Taimiyyah: “Bagaimana aku hendak makan, kesemua ini adalah hasil rampasanmu ke atas harta orang ramai? Kamu pula memasaknya dengan menggunakan kayu yang kamu potong daripada pokok-pokok milik orangramai!”.

Kata Raja Qazan: “Berdoalah untukku”.

Kata Ibn Taimiyyah: “Ya Allah, jika hambaMu ini seorang yang mulia, berperang untuk meninggikan kalimahMu, maka bantulah dia, kuatkan kerajaannya. Namun jika dia berperang kerana menunjuk-nunjuk, untuk mengangkat dirinya dan menghina Islam, maka ambillah tindakan terhadapnya”.

Ulama-ulama yang sedang makan dengan asyik hidangan Raja Tatar itu, masing-masing mengangkat jubah mereka. Lalu Ibn Taimiyyah bertanya mereka: “Mengapa kamu semua mengangkat jubah?”.

Jawab mereka: “Kami bimbang jika Raja memancung kepala engkau, nanti darah engkau akan terkena jubah kami”.

Apabila keluar dari majlis berkenaan mereka berkata kepada Ibn Taimiyyah: “Engkau telah telah membahayakan kami, kami tidak mahu bersama dengan engkau lagi”. Jawab: “Aku pun tidak mahu bersama kamu semua lagi” (lihat: Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 14/92, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Saya memetik cerita ini bagi menggambarkan kadang-kala betapa ramai mereka yang memakai gelaran agama seperti ulama, syeikh, mufti dan seumpamanya yang mementingkan jubahnya agar tidak kotor atau tercemar lebih daripada mementingkan tanggungjawab mereka sebagai ilmuwan Islam untuk menegakkan kebenaran kerana Allah.

Jika Ibn Taimiyyah tidak makan kerana mengenangkan nilai makanan yang dijamu, sementara ramai ulama lain yang ‘sebat semacam’ dalam kegawatan pertarungan yang seperti itu, apakah ulama di zaman keresahan rakyat miskin kini disebabkan kenaikan harga barang, akan mencontohi sikap Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah, atau akan tiru macam ulama-ulama dalam majlis Qazan itu lalu mereka juga akan ‘sebat semacam’ jamuan mewah yang melampaui batas yang patut menggunakan harta rakyat.

Saya menulis tajuk ini bertujuan untuk mengingatkan diri sendiri, bukan untuk orang lain. Ia boleh dibaca sebagai iktibar.

Hari ini mungkin sesetengah ulama sudah tidak bimbang jubah putih mereka tercemar lagi, kerana mereka memiliki koleksi pakaian yang cukup banyak hasil dari kemewahan memakai gelaran rasmi agama. Sehingga ada yang jumlah gajinya mengejutkan parlimen dan rakyat.
Namun di zaman moden ini, mereka mungkin bimbang habuan yang dijanji tidak diberi, kontrak mereka tidak disambung, atau pangkat mereka tidak dinaikkan, atau bisnes yang mereka menjadi ‘duta produk’ atau juru larisnya terjejas, atau perlantikan mereka di institusi-institusi yang menghasilkan elaun bulanan itu terganggu.

Atau ada pula yang menjaga kepentingan parti mereka melebihi daripada membela kebenaran dan fakta. Sehingga ada yang sanggup mengubah-ubah fatwa, hanya kerana partinya sudah berubah. Lalu mereka akan menjauhkan diri dari sesiapa yang cuba mengikuti semangat Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah.

Kalau pada zaman Ibn Taimiyyah, untuk mengelakkan mereka terpaksa berjuang bersama Ibn Taimiyyah dan rakyat menentang penjajahan Tatar, para ulama berkepentingan tersebut menulis atau menyebarkan fitnah untuk memburukkan Ibn Taimiyyah. Tujuannya, untuk menutup kelemahan diri dan menjaga kepentingan sendiri. Sebelum dan selepas zaman Ibn Taimiyyah pun, gelagat ulama jenis ini tetap sama.

Apabila ulama mengutamakan kepentingan sendiri, maka umat akan kehilangan garis panduan terutama pada waktu gawat dan getir. Pandangan dan pendapat yang benar disembunyikan sedangkan umat kehausan bimbingan. Jika diberikan pandangan pun hanya tajuk-tajuk yang dipersetujui oleh panaja.

Kadang-kala kita rasa tidak padan tajuk yang dicakapkan dengan jawatan yang dipegang. Maka amatlah buruk golongan yang menamakan diri mereka ulama jika hanya kelihatan ketika majlis-majlis rasmi untuk hadir hanya sebagai pembaca doa semata. Lebih menyedihkan lagi, dalam doa itu ‘ada udang di sebalik mee’, untuk dimakan sendiri. Sehingga kita yang mendengar pun terasa seram sejuk dengan pujian kepada pihak tertentu yang ‘lebih daripada yang patut’.

Atau golongan ini hanya kelihatan dalam majlis jamuan rasmi untuk memenuhi kerusi VIP yang dikhaskan untuk mereka. Hanya mampu makan jamuan yang diambil daripada peruntukan rakyat, namun tidak mampu bersuara jujur membela rakyat. Ada pula ulama-ulama rasmi yang minatnya adalah lawatan atas nama jawatannya ke sana-sini. Kononnya, untuk mengiringi orang itu dan ini.

Mereka kelihatan sibuk, namun umat tidak pula tahu apakah hasil dan sumbangan mereka untuk kepentingan rakyat. Apa yang disibukkan itu? Apakah kesibukan itu bersesuaian dengan peranan mereka yang sepatutnya? Atau sekadar sibuk menjadi pengiring atau sebagai panel memenuhi kerusi jamuan?. Atau sibuk untuk harta dan pangkat sendiri.

Ulama jenis ini, tidak mereka berjuang dengan suara, tidak juga dengan pena. Tentu jauh sekali dengan darah dan airmata. Walaupun pena atau komputer mereka mungkin berjenama mahal, tetapi kita tidak tahu apa yang mereka tulis dan sumbangkan untuk umat. Suara mereka tentu lebih mahal. Bak kata perpatah ‘suara emas’, sebab itu ia amat sukar untuk dikeluarkan walaupun keadaan amat memerlukan.

Bicara mereka bicara ‘ranggi’. Cerita mereka tentang kereta baru, perabut baru, lawatan keluar negara, lantikan baru, anugerah gelaran tambahan dan yang sewaktu dengannya. Wajah mereka berseri-seri jika bergambar di samping orang besar atau ‘pak menteri’.

Malangnya, sebahagian wajah yang berseri-seri itu tidak mampu untuk hadir mengajar atau memberikan pandangan untuk kepentingan orang awam. Kalau pun diberi, pandangan yang amat tidak berkualiti, atau dalam perkara yang kurang diperlukan. Mereka mungkin berfatwa tentang ‘haram kanak-kanak bermain mercun’ pada musim hari raya. Kerana itu kata mereka ‘pembaziran’.

Tetapi tidaklah pula mereka berfatwa tentang bunga api yang dibakar di sambutan-sambutan rasmi yang memakan belanja puluhan bahkan mungkin ratusan ribu. Padahal pembazirannya lebih jelas dan wangnya adalah wang orangramai.

Maka tidak hairanlah jika ada yang berjawatan tinggi dalam agama, tetapi tidak dikenali oleh rakyatnya. Jika dikenali pun, tidak pula diketahui apakah peranannya dalam membela kemaslahatan umat yang menjadi tuntutan agama?

Ulama yang seperti inilah yang menjual fatwa untuk kepentingan kedudukan, pangkat dan harta. Umat akan keliru, bahkan mungkin akan tersesat. Justeru, janganlah hairan jika al-Quran tidak pernah mensifatkan mana-mana golongan seperti anjing melainkan golongan ulama yang menjual agamanya untuk mendapatkan habuan dunia.

Firman Allah: (maksudnya) “Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat kami. kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar darinya, lalu syaitan mengikutnya, maka jadilah dia daripada orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia mahu kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya seperti anjing, jika engkau menghalaunya, dia menjelirkan lidahnya, dan jika engkau membiarkannya: dia juga menjelirkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir”. (Surah al-A’raf: ayat 175-176).

Ayat ini menceritakan perihal kisah seorang ilmuwan agama yang meninggalkan ajaran Allah semata-mata kerana keinginannya kepada dunia. Riwayat-riwayat Israiliyyat yang tidak sahih menyebut nama orang tersebut ialah Bal’am. Kita tidak menerima periwayatan tanpa sokongan yang seperti itu.

Apa yang penting, ayat ini telah menyamakan ulama yang menjual nilai ajaran Allah hanya untuk kepentingan dunianya sama seperti anjing. Padahal jika dia berpegang atas prinsip ilmu dia tetap akan mendapat kemuliaan. Namun, dia gopoh dengan silauan tawaran dunia. Samalah dia seperti anjing yang sentiasa menjelirkan lidah. Anjing menjelirkan lidah disebabkan kepanasan badannya, atau oksigen yang tidak cukup bagi tubuhnya. Demikian ilmuwan yang sentiasa kepanasan kerana gilakan dunia, atau sentiasa merasa tidak memadai dengan kedudukan mulianya sebagai ilmuwan, lalu dia menjelirkan lidahnya yang hodoh mencari yang lain habuan yang lain.

Maka Allah menjanjikan bagi ulama yang menyembunyikan kebenaran balasan yang dahsyat. Allah berfirman: (maksudnya) “Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa-apa keterangan Kitab suci yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya harga yang sedikit, mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka selain daripada api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab yang perit”. (Surah al-Baqarah: ayat 174).

Bagi ulama yang telah menyembunyikan kebenaran dan menyelewengkan fakta yang sebenar tiada jalan untuknya mendapat keampunan melainkan taubat dan menerangkan semula kebenaran yang disembunyikan atau fakta yang diselewengkan.

Firman Allah (maksudnya): “Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Kitab suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (penyelewengan mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Baqarah: ayat 159-160).

Ya! ulama itu bukan malaikat atau nabi yang maksum. Mereka seperti insan lain yang terdedah kepada salah dan dosa. Namun walau apapun keadaannya, mereka tidak boleh menyelewengkan fakta, atau menyembunyikan kebenaran sehingga mengelirukan manusia tentang hakikat ajaran Allah S.W.T.

Mereka juga boleh menjaga kaya dan berharta, tetapi tanpa menggadaikan kebenaran. Ini kerana yang menyebabkan mereka itu dianggap ulama kerana ilmu yang dimiliki oleh mereka. Peranan mereka adalah menjaga ilmu dan memastikan ilmu itu berfungsi untuk kemaslahatan manusia. Jika seseorang memakai pakaian ulama, atau menduduki jawatan ulama, atau memakai gelaran ulama tetapi dia kontang ilmu, dia sebenarnya bukan ulama walaupun diletakkan berbagai gelaran dan bintang.

Perkataan ulama itu berkait dengan ilmu dan peranan mereka menyampai dan menyatakan kebenaran. Bukan kerja ulama menjadi pembela setia sesebuah kerajaan ataupun parti atau individu. Ulama membela kebenaran ajaran Allah dan RasulNya. Tiada kompromi dalam soal kebenaran, keadilan dan fakta sekalipun terpaksa menghadapi teman yang rapat, atau pihak berjasa lagi dikasihi.

Sebab itu, seseorang apabila ingin menjadi penuntut ilmu-ilmu Islam, wajib baginya membetulkan niatnya. Jangan dia, atau ibubapa yang menghantarnya berfikir tujuan mempelajari ilmu-ilmu Islam untuk mendapatkan jawatan, atau menjadi penceramah yang lumayan, atau kerana ruang pekerjaan dalam bidang agama luas, atau melariskan bisnes.
Jika itu berlaku dari awal, maka lahirlah ulama-ulama ‘kakak tua’ yang akan memperkatakan apa yang digemari oleh orangramai, atau apa yang diminati di pasaran, atau apa yang dibayar dengan harga yang tinggi oleh pihak tertentu. Maka Nabi s.a.w mengingatkan: “Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu yang dicari keredhaan Allah Azza wa Jalla dengannya, tetapi dia tidak mempelarinya kecuali untuk mendapatkan habuan dunia, maka dia tidak akan mendapat bau syurga pada hari kiamat. (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah. Al-Nawawi mensahihkannya dalam Riyadh al-Salihin).

Menjadi mat rempit, atau perompak, atau pemimpin yang tidak jujur tidak lebih buruk daripada ulama yang menyembunyikan kebenaran atau menyelewengkan fakta sehingga manusia tersesat. Kita memerlukan ilmuwan seperti Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.a., bukan ulama yang menjaga jubah dari percikan darah pengorbanan dan kebenaran.

Mufti Perlis rayu Mahathir-Pak Lah-Anwar-Nik Aziz ‘duduk semeja’

Posted on Jun 13, 2008 under Isu Semasa

- PejabatPolitik melihat perkara ini secara positif dan menyokong penuh rayuan tuan Mufti.

MUFTI Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini menyeru pemimpin-pemimpin Melayu Muslim agar duduk semeja atas semangat persaudaraan untuk menyelesaikan masalah negara yang sedang dihadapi kini.

Dr Asri membuat seruan ini setelah melihat perkembangan politik yang tidak berapa sihat dewasa ini.

“Memandangkan masa depan umat Islam yang mula goyah maka saya merayu pemimpin-pemimpin politik Melayu Islam agar dapat duduk semeja atas semangat persaudaraan Islam bukan atas semangat politik kepartian,” kata Dr Asri ketika dihubungi di sini tengahari.

Katanya lagi, masa depan negara dan umat lebih utama daripada segala-galanya.

“Maka saya merayu kepada tokoh-tokoh yang mempunyai hubungan baik dengan saya iaitu Tun Mahathir, Datuk Seri Abdullah Badawi, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Nik Aziz agar sudi duduk semeja demi kepentingan negara,” jelas Dr Asri.

Menurut Dr Asri, keadaan politik semasa membuat beliau terpanggil untuk membuat rayuan ini.
“Disebabkan ketidaksefahaman ini, orang lain mengambil kesempatan dan ini bukanlah masa yang sesuai untuk kita terus bertelagah,” katanya.

Beliau juga menyarankan masa sekarang ini untuk mereka berbincang tentang masalah negara yang sudah mencapai tahap kronik ini.

“Saya rasa masa sekarang ini adalah masa yang sesuai untuk mereka membincangkan hal tersebut. Setiap pemimpin juga perlu berdiskusi dengan parti masing-masing tentang apa yang mereka inginkan demi mencapai matlamat rakyat dan negara.

“Saya cuma mencadangkan. Walaubagaimanapun, saya rasa mereka patut lakukannya sambil mendengar luahan hati antara satu sama lain,” terang Dr. Asri lagi.

Jika mereka bersetuju, mahukah Dr. Asri dilantik menjadi ‘orang tengah’ di dalam perbincangan tersebut?

Katanya, “Biarlah mereka pilih sendiri orang yang lebih sesuai.”

Dalam isu lain yang bersangkutan, Dr Asri mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan pusat dan negeri yang berusaha melakukan pemotongan elaun demi kepentingan rakyat.

“Di harapkan langkah-langkah lain terus diambil. Pihak istana-istana di seluruh negara juga perlu melakukan tindakan yang menggambarkan keprihatinan mereka terhadap rakyat.
“Demikian juga syarikat-syarikat swasta dan badan koperat yang berasingan yang mempunyai pendapatan yang tinggi termasuk Petronas perlu mengambil langkah yang sama. Pada masa inilah kita semua cuba membuktikan tangungjawab dan cinta kita terhadap rakyat,” kata Dr Asri.

Dr Asri akan mengulas lagi tentang isu ini petang nanti di Hotel Vistana di dalam satu sidang akhbar.

Wednesday, June 11, 2008

Ibu gemilang lahirkan tujuh doktor

Anis Abdullah (kiri) bersama suaminya, Md. Noh Yunos dan salah seorang anak mereka, Dr. Umi Kalthum pada majlis Anugerah Ibu Malaysia 2008 di PWTC, Kuala Lumpur semalam.

- PejabatPolitik merasa semua ahli politik dan pemimpin dalam mana-mana peringkat di negara ini wajar bertafakur sejenak menilai diri, lalu mengambil Puan Anis sebagai contoh (penanda aras) kepada setiap pencapaian mereka berkhidmat kepada rakyat.

- Berapa ramaikah rakyat Malaysia (Melayu dan Bumiputera khususnya) yang telah dilahirkan oleh para pemimpin tanah air menjadi pakar dalam pelbagai bidang? Soalan ini rasanya cukup mudah untuk difahami dan tidak perlu diterangkan dengan lebih lanjut...- PejabatPolitik

Utusan

Oleh HAAYATUL IZZAH BADARUDDIN
KUALA LUMPUR 10 Jun – Dilihat dari luar, kehidupan Anis Abdullah dari Muar, Johor tidak jauh berbeza dengan warga emas lain. Sebagaimana wanita berkeluarga yang lain, beliau seorang ibu yang penyayang.

Bagaimanapun, tidak ramai yang tahu bahawa di sebalik sifatnya itu, wanita berkulit putih ini sebenarnya seorang ibu yang amat istimewa.

Tujuh orang anak yang dilahirkannya menjadi doktor termasuk tiga orang doktor pakar.
Kecemerlangan kesemua anak Anis dalam akademik dan kini terlibat dalam kerjaya sebagai doktor perubatan bukanlah sesuatu yang pernah diimpikan oleh pesara guru berusia 65 tahun itu.

Kejayaan anak-anaknya membolehkan Anis – yang lahir dalam keluarga Cina sebelum diserahkan kepada keluarga Melayu ketika berusia tiga bulan – menerima Anugerah Ibu Gemilang sempena Majlis Anugerah Ibu Malaysia anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

Anugerah itu disampaikan oleh Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah pada majlis sambutan yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Anak sulung Anis, Datuk Dr. Azhar Md. Noh, 43, merupakan seorang pakar bius di Hospital Ampang Puteri. Dr. Azhar belajar bidang perubatan di Universiti Glasgow, Scotland, manakala anak kedua, Dr. Muhammad, 41, seorang pakar urologi, juga berkhidmat di hospital yang sama.
Anak ketiga, keempat dan keenam beliau, Dr. Nor Shahidah, 40; Dr. Raha, 38; dan Dr. Nor Hafizah, 34, kesemuanya lulusan Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM) dan kini mengusahakan klinik persendirian.

Dua lagi anaknya iaitu Dr. Nor Bahiyah, 35, dan Dr. Umi Kalthum, 28, adalah lulusan Trinity University College di Dublin, Ireland, kini masing-masing bertugas di Hospital Pakar Yayasan Salam dan sedang melanjutkan pengajian untuk menjadi pakar mata.

Anis berkata, beliau dan suami, Md. Noh Yunos, seorang pesara kerani, bersikap tegas dan mementingkan pendidikan anak-anak.

“Kami bersikap tegas kerana tidak mahu anak-anak merasai kehidupan susah yang kami lalui dulu.

“Anak-anak dipastikan mendapat pendidikan duniawi dan ukhrawi yang sempurna seawal usia lima tahun lagi, walaupun kami tahu ibu bapa pada dasarnya tiada kuasa menentukan masa depan anak-anak,” katanya kepada pemberita.

Anis yang bermenantukan lima orang doktor memberitahu, dalam mendidik anak-anak, beliau memberi tumpuan kepada masa depan mereka.

“Apabila kita fokus pada masa depan, ia membolehkan kelemahan diri diperbaiki. Jika melihat ke belakang pula, kita hanya akan mengganggu fokus tersebut,” ujarnya.

Tuesday, June 10, 2008

Scomi dan Rapid KL

- PejabatPolitik yakin TMM mengetahui perihal Scomi lebih daripada yang dipaparkan. Mampukah Pak Lah menangkis isu ini? Isu ini sebagai tambahan kepada 4 isu yang akan TMM terangkan satu persatu. - PejabatPolitik

Dr Mahathir Mohamad: RAPID KL

Hidup Pak Lah

- Sapa kata Pak Lah tidak prihatin kepada rakyat jelata? Banyak tindakan tidak popular diambilnya semata-mata untuk kesejahteraan rakyat secara keseluruhan dan menepati sasaran.

- Cumanya, mengapa tindakan seumpamanya tidak dilakukan sebelum pilihan raya? Adakah Pak Lah sengaja merancang (merelakan) kekalahan BN dalam PRU12 lalu untuk mengajar semua 'anak buah'nya? - PejabatPolitik

Malaysiakini

Elaun PM, menteri dipotong 10%
Jun 9, 08 9:58pm

Elaun keraian perdana menteri, timbalannya, menteri dan timbalan menteri akan dipotong 10 peratus mulai 1 Julai, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Mengumumkan langkah penjimatan sehingga RM2 bilion setahun, perdana menteri berkata kerajaan akan mengumumkan langkah-langkah lain bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan susulan kenaikan harga minyak.

Ketika ini, elaun keraian sebulan perdana menteri adalah RM18,865, timbalannya (RM15,015), menteri persekutuan (RM12,320) dan timbalan menteri (RM6,000).Bercakap selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Menangani Inflasi, Abdullah berkata penjimatan RM2 bilion itu akan digunakan untuk membantu golongan berpendapatan rendah, lapor Bernama.

Langkah penjimatan itu termasuk:

  • membekukan cuti berbayar bagi menteri dan timbalan menteri dan mengehadkannya kepada dalam negeri dan rantau Asean sahaja serta tidak melebihi seminggu.
  • mengurangkan perbelanjaan awam meliputi mengehadkan perjalanan menteri, timbalan menteri dan pegawai awam ke luar negara.
  • melarang mengubahsuai pejabat serta menangguhkan sebarang pembelian aset termasuk penganjuran majlis dan upacara keraian.
  • membekukan jawatan baru kecuali bagi jawatan kritikal dalam bidang pendidikan, kesihatan dan penguatkuasaan serta jawatan yang menambah kutipan hasil negara.

Abdullah berkata perjalanan ke luar negara hanya dibenarkan bagi tugas rasmi melibatkan persidangan dan mesyuarat antarabangsa yang penting atau mesyuarat di antara kerajaan.

Tambahnya, pegawai yang hadir hendaklah mereka yang terlibat secara langsung dan pegawai kementerian dan jabatan tidak melebihi tiga orang.

Seorang menteri layak membawa tiga pegawai kementerian semasa tugas rasmi ke luar negara, kata lagi, sementara timbalan menteri membawa dua pegawai sahaja.

Perdana menteri juga berkata kerja penyelenggaraan aset sedia ada hendaklah secara optimum supaya ia dapat menjimatkan tenaga dan mengurangkan perbelanjaan.

Tambahnya, pemberian cendera hati tidak digalakkan tetapi, jika perlu, dihadkan kepada buku, kraftangan tempatan atau produk makanan tempatan.

Monday, June 9, 2008

Dr Mahathir Mohamad: Cancellation of bridge to Singapore

- PejabatPolitik sememangnya telah cukup lama menanti penerangan langsung daripada TMM sendiri berkenaan isu utama negara yang sangat PejabatPolitik perlukan untuk merungkai beberapa ramalan yang tersirat sepanjang 4-5 tahun ini.

- 4 isu utama pada pendapat TMM yang telah meragut kredibiliti BN (UMNO). Dan, TMM akan menerangkannya satu persatu. Sebagai rekod, PejabatPolitik sukacita akan memaut semua penerangan TMM ini. Sebagai permulaan TMM menyentuh isu Jambatan Bengkok.

- PejabatPolitik berterima kasih atas kecekalan TMM. - PejabatPolitik

Dr Mahathir Mohamad: Cancellation of bridge to Singapore

Wednesday, June 4, 2008

Berhenti merokok beri manfaat

- Alhamdulillah, PejabatPolitik bukan seorang perokok!

Utusan

ARKIB : 01/06/2008

ORANG yang sudah lama merokok sentiasa menghadapi risiko diserang penyakit berbahaya, dan keadaan kesihatan mereka boleh bertambah buruk pada bila-bila masa. Mereka amat terdedah kepada penyakit kronik seperti emfisema dan sakit jantung.

Oleh itu, bukankah sudah tiba masanya untuk berubah demi kesihatan diri? Memang sukar dibayangkan, tetapi perubahan fisiologi jangka panjang yang berlaku dalam badan anda apabila tidak lagi dibelenggu nikotin begitu menakjubkan.

Banyak kempen antimerokok memberi tumpuan kepada kesan buruk yang dialami, tetapi perlu difahami terdapat juga perubahan positif yang berlaku kepada badan apabila anda berhenti merokok.

Dalam tempoh 12 jam selepas anda menghisap rokok terakhir, badan anda mula memulihkan diri. Tahap karbon monoksida dan nikotin dalam sistem akan merosot dengan ketara, dan jantung dan paru-paru akan mula membaiki kerosakan yang disebabkan oleh asap rokok.

Tidak kira kaedah apa yang anda pilih, sama ada berhenti serta-merta, Terapi Penggantian Nikotin (NRT), ubat preskripsi, anda mungkin mengalami gejala tarikan, yang merupakan tindak balas semula jadi badan kepada kekurangan nikotin yang sudah biasa diambil.

Namun, penggunaan salah satu terapi berhenti merokok akan membantu mengurangkan gejala dan memudahkan usaha anda.

Perjalanan berliku untuk berhenti merokok

Dalam dunia hari ini, di mana komunikasi serta-merta dan keupayaan melakukan berbilang tugasan menjadi lumrah kehidupan, mungkin sukar bagi kita menerima hakikat bahawa usaha berhenti merokok memerlukan masa.

Walaupun terapi hipnosis, akupunktur dan penawar alternatif lain menjanjikan keputusan segera yang kita harapkan, pilihan ini mungkin belum boleh dipercayai dan dianggap tidak terbukti oleh masyarakat perubatan. Malah, dalam percubaan untuk 'berhenti serta-merta' sekalipun, prosesnya mengambil masa, kerana badan perlu menyesuaikan diri kepada kekurangan nikotin yang dialami secara tiba-tiba.

Setakat ini, ada dua kategori terapi utama untuk membantu perokok mengatasi ketagihan dan penggantungan mereka terhadap nikotin.

Ubat preskripsi boleh membantu mengekang atau mengurangkan kesan nikotin dalam badan, lantas mengurangkan ketagihan yang berlaku akibat ketiadaan nikotin. Terapi penggantian nikotin (NRT) pula ialah satu lagi bentuk rawatan yang sudah terbukti dan mudah didapati daripada ahli farmasi. Terapi penggantian nikotin membekalkan jumlah nikotin secukupnya kepada badan anda untuk mengurangkan ketagihan anda, tetapi tanpa kesan membinasa yang dibawa tar dan karbon monoksida daripada asap rokok, yang merupakan punca utama kanser dan penyakit kardiovaskular.

Fleksibiliti NRT juga merupakan satu kelebihan (bergantung kepada tabiat merokok anda) NRT boleh diberikan dalam bentuk tampalan, gula-gula getah atau alat sedut. Tampalan NRT ialah kaedah paling tidak menonjol kerana boleh dipakai seperti plaster manakala gula-gula getah lebih sesuai bagi mereka yang memerlukan pendekatan lebih aktif.

Akhir sekali, alat sedut boleh digunakan oleh mereka yang mahu memegang sesuatu seperti rokok. Walau apa pun bentuk NRT yang anda pilih, anda perlu beransur-ansur mengurangkan jumlah tampalan, gula-gula getah atau kartrij sehingga anda rasa anda tidak memerlukannya lagi.

Namun begitu, harus diingat bahawa anda masih dalam 'keadaan terdedah' sepanjang rawatan. Cuba elakkan tempat, orang atau situasi di mana anda terdorong untuk merokok.

Dapatkan bantuan untuk berhenti merokok!

Membuat keputusan untuk berhenti merokok boleh menjadi proses yang panjang, sukar dan menguji daya ketahanan. Tetapi sebaik sahaja anda sudah membuat keputusan dan membulatkan tekad, anda perlu memikirkan apa yang anda boleh lakukan untuk menambah peluang anda berjaya menghentikan tabiat yang membawa banyak mudarat ini.

Selain daripada sokongan daripada kawan-kawan, anggota keluarga dan saudara mara yang sedikit sebanyak dapat membantu anda menghentikan tabiat merokok, terdapat beberapa cara yang boleh membantu anda menguatkan tekad:

1. Siapkan diri - ingatkan diri anda sendiri tentang motivasi dan sebab anda perlu berhenti merokok. Malah, anda boleh membuat senarai dan menampalnya di tempat yang anda sering lihat. Rancangkan sesuatu yang boleh mengalihkan tumpuan, seperti merancangkan tempat untuk pergi atau memikirkan sesiapa yang perlu dihubungi agar fikiran anda tidak kosong.

2. Dapatkan sokongan - kawan-kawan dan keluarga pasti sudah sekian lama menyuruh anda berhenti merokok, jadi dapatkan bantuan dan sokongan mereka untuk menguatkan semangat anda, mengisi masa anda dan bersiap sedia untuk menghidupkan harapan pada saat anda merasa begitu terdesak untuk "menghisap walaupun sebatang". Anda juga boleh mendapatkan sokongan daripada forum dalam talian yang turut disertai oleh orang lain yang cuba berhenti merokok, berkongsi pengalaman dan petua dengan mereka, atau menyertai rakan setugas di pejabat atau kawan yang turut berusaha untuk berhenti merokok.

3. Beri ganjaran kepada diri anda sendiri - semua orang berhak mendapat pujian kerana kejayaan mereka, begitu juga dengan diri anda, yang sanggup menyahut cabaran untuk berhenti merokok sedangkan ramai orang memberi bermacam-macam alasan atau tidak berdaya melakukannya. Jadi, anda perlu mendapat ganjaran kerana melakukan apa yang orang lain tidak boleh lakukan. Rancangkan keraian kecil setiap minggu, seperti membeli hadiah kecil untuk diri anda sendiri, yang nilainya sama dengan jumlah wang yang anda belanjakan untuk rokok.

Kaunseling

Kaunseling profesional adalah satu lagi bentuk sokongan yang boleh menambah peluang untuk anda berjaya menghentikan tabiat merokok. Namun, ia bukanlah satu pilihan yang mudah dilakukan bagi kebanyakan orang. Cabaran inilah yang mengilhamkan program Pembekal Perkhidmatan Berhenti Merokok Bertauliah (CSCSP), yang membantu melatih ahli farmasi masyarakat untuk memberi nasihat dan sokongan kepada perokok yang cuba berhenti merokok.

Selain itu, Kementerian Kesihatan mengendalikan lebih 100 Klinik Berhenti Merokok yang terletak di seluruh negara. Klinik ini mempunyai pakar penjagaan kesihatan profesional terlatih yang memberi nasihat (kaunseling) dan ubat (Terapi Penggantian Nikotin atau NRT) untuk membantu perokok berhenti merokok, kerana kajian menunjukkan bahawa NRT semata-mata menggandakan kadar kejayaan berhenti merokok selama satu tahun. Kadar kejayaan ini lebih tinggi bila terapi disertakan dengan kaunseling.

Sekiranya anda tidak dapat mengunjungi salah satu daripada klinik ini, anda boleh menghubungi Quitline, satu berpangkalan di Sabah dan satu lagi di Pulau Pinang, untuk bercakap dengan seseorang yang boleh membantu anda memulakan perjalanan untuk berhenti merokok.

Merokok menyebabkan buta

- PejabatPolitik pun baru tau rupa-rupanya rokok boleh menjadikan sesorang buta..wow..wow..wow..(iklan Celcom)

Utusan

ARKIB : 01/06/2008

MAJORITI masyarakat dewasa di Malaysia mengetahui tentang bahaya merokok kepada organ paru-paru, jantung dan otak. Pendedahan secara meluas mengenai risiko barah paru-paru, penyakit jantung dan strok (angin ahmar) juga sering dipaparkan media cetak dan media elektronik.

Walaubagaimanapun, masyarakat kita kurang didedahkan mengenai risiko buta di kalangan individu yang merokok.

Dalam satu kajian yang dijalankan di kalangan remaja Britain berusia antara 16 hingga 18 tahun, 30 peratus mengetahui bahaya merokok kepada jantung.

Namun, 90 peratus daripada remaja-remaja tersebut tidak mengetahui tentang kesan merokok kepada mata.

Mereka bagaimanapun mengakui lebih bimbang kepada kemungkinan menjadi buta akibat merokok melebihi risiko barah paru-paru, masalah jantung dan strok.

Merokok boleh menyebabkan buta akibat penyakit katarak, penyakit degenerasi makula (age related macula degeneration atau ARMD), saluran darah arteri tersumbat pada lapisan retina (central retinal artery occlusion) dan saluran darah vena tersumbat pada lapisan retina (central retinal vein occlusion).

Penyakit katarak

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penyakit katarak merupakan punca utama masalah buta di seluruh dunia.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, lebih 18,000 orang pesakit negara ini menjalani pembedahan katarak pada tahun 2004 sahaja.

Angka ini tidak termasuk mereka yang mendapatkan pembedahan di klinik-klinik atau hospital-hospital swasta. Bilangan ini juga dijangka semakin meningkat setiap tahun.

Katarak sememangnya berlaku akibat peningkatan faktor usia. Tetapi, penyelidikan di serata dunia telah mengenal pasti merokok merupakan faktor yang menyumbang kepada berlakunya penyakit katarak.

Mereka yang kuat merokok dan telah merokok untuk tempoh yang lama dikatakan lebih berisiko menjadi buta akibat penyakit katarak.

Individu yang merokok melebihi satu kotak rokok sehari didapati lebih berisiko tinggi untuk menjadi buta akibat penyakit katarak.

Bagi perokok yang merokok kurang dari satu kotak rokok sehari, risiko katarak mereka hanya akan turun dan menyamai risiko katarak seperti individu yang tidak merokok selepas 10 tahun perokok tersebut berhenti merokok.

Pesakit yang mengalami masalah katarak biasanya mengadu kabur penglihatan secara beransur-ansur.

Pada peringkat yang teruk, pesakit mempunyai keupayaan melihat yang sangat terhad. Mereka tidak dapat melihat pada jarak jauh dan hanya boleh melihat objek-objek yang besar pada jarak yang dekat.

Mereka biasanya terpaksa bergantung kepada bantuan orang lain untuk melakukan aktiviti harian seperti makan, minum dan menguruskan keperluan diri.

Tembakau menyebabkan terhasilnya radikal-radikal bebas di dalam mata. Radikal bebas ini menyebabkan kerosakan secara langsung pada struktur kanta mata yang asalnya bersifat jernih.

Ini menyebabkan kanta mata bertukar keruh secara perlahan-lahan. Keadaan ini menghalang cahaya memasuki mata dan menjejaskan imej yang terbentuk pada lapisan retina.

Pesakit yang mengalami penyakit katarak pada peringkat teruk perlu menjalani pembedahan bagi memulihkan penglihatan mereka. Pembedahan perlu dilakukan supaya pesakit tidak terus hidup dalam keadaan yang gelap dan suram.

Berhenti merokok atau tidak merokok sama sekali merupakan satu pilihan yang tepat bagi mengurangkan risiko buta akibat penyakit katarak.

Penyakit Degenerasi makula

Penyakit degenerasi (kemerosotan) makula merupakan salah satu punca masalah buta di kalangan individu berumur antara 55 hingga 60 tahun di serata dunia.

Sebanyak 3.5 peratus daripada individu berusia antara 40 hingga 80 di kalangan bangsa Melayu di Singapura dilaporkan mengalami masalah ini.

Kaum lelaki merupakan majoriti yang mengalami penyakit ini berbanding kaum wanita.

Kajian di kalangan warga Australia di Sydney juga menunjukkan peratusan yang sama.

Walaubagaimanapun, kita masih tidak mempunyai data untuk prevalens (sebaran) penyakit ini di Malaysia.

Penyakit ini juga berlaku akibat faktor peningkatan usia. Namun, para penyelidik telah mengenal pasti hubung kait yang jelas di antara amalan merokok dengan penyakit degenerasi makula.

Mengikut laporan yang diterbitkan dalam salah satu jurnal perubatan antarabangsa pada awal tahun ini, mereka yang merokok pada usia muda dan telah berhenti merokok berisiko lebih tinggi untuk mengalami buta akibat penyakit degenerasi makula berbanding mereka yang tidak merokok.

Dalam satu kajian yang berasingan, mereka yang merokok mempunyai risiko tiga kali ganda lebih tinggi mengalami penyakit ini berbanding individu yang tidak merokok. Penyakit ini juga didapati berlaku 10 tahun lebih awal di kalangan mereka yang merokok.

Pesakit degenerasi makula biasanya mengadu kabur penglihatan pada bahagian tengah dan mengalami kesukaran untuk membaca, menulis, menonton dan memandu.

Keadaan ini bagaimanapun tidak menyebabkan rasa sakit atau kemerahan pada bola mata. Lama-kelamaan pesakit boleh menjadi buta sepenuhnya.

Ubat untuk merawat penyakit ini melibatkan kos yang mahal. Penglihatan pesakit juga sukar dipulihkan sekiranya terdapat parut pada bahagian makula.

Sekiranya ini berlaku, pesakit akan mengalami buta secara kekal dan perkara ini pasti menjejaskan satu kehidupan yang berkualiti dan berwarna-warni.

Penyakit ini boleh dicegah pada peringkat awal. 'Jangan merokok' merupakan langkah pencegahan yang utama dan sepatutnya menjadi amalan kita.

Banyakkan pengambilan sayuran hijau seperti bayam dan sawi. Khasiat sayur-sayuran ini memberi kebaikan kepada salur darah pada lapisan retina.

Senaman sebanyak tiga kali seminggu juga dilaporkan dapat mengurangkan risiko mengalami penyakit ini sebanyak 70 peratus.

Saluran darah arteri tersumbat pada lapisan retina

Saluran darah arteri yang tersumbat pada lapisan retina juga menyebabkan pesakit mengadu kabur penglihatan secara tiba-tiba.

Penyakit ini juga dikenali sebagai 'strok pada mata'. Ia merupakan satu keadaan kecemasan dan perlu diberi rawatan segera bagi mengelakkan pesakit menjadi buta.

Penyakit ini berlaku pada individu yang berusia melebihi 50 tahun dan berkait rapat dengan amalan merokok.

Di Amerika Syarikat, penyakit ini berlaku pada kadar 0.85 bagi setiap 100,000 individu pada setiap tahun. Penyakit ini juga lebih banyak berlaku di kalangan pesakit lelaki berbanding pesakit wanita.

Pesakit biasanya mengalami masalah jantung atau saluran arteri karotid yang sempit selain amalan merokok dan tahap kolesterol yang tinggi.

Darah beku dari jantung atau saluran arteri karotid menyebabkan saluran arteri pada lapisan retina tersumbat secara tiba-tiba.

Ini menyebabkan kekurangan oksigen yang ketara pada lapisan retina dan mengakibatkan mata menjadi buta.

Pesakit boleh menjadi buta secara kekal sekiranya rawatan kecemasan tidak diberikan dalam tempoh empat hingga enam jam yang pertama atau lambat mendapatkan rawatan doktor setelah mengalami gejala-gejala yang disebutkan di atas.

Penyakit ini perlu dicegah sebelum berlaku. Sebanyak 65 peratus pesakit menjadi buta kekal akibat penyakit ini.

Amalkan cara hidup yang sihat. Pesakit perlu mendapatkan rawatan perubatan yang konsisten dan teratur bagi memastikan penyakit jantung dan paras kolesterol berada pada tahap yang terkawal.

Berhentilah merokok atau jangan merokok merupakan asas yang penting untuk mencegah mata anda daripada buta.

Saluran darah vena tersumbat pada lapisan retina

Saluran darah vena pada lapisan retina yang tersumbat menyebabkan pesakit mengadu kabur penglihatan secara tiba-tiba. Pesakit biasanya tidak mengalami gejala sakit atau bola mata yang kemerahan.

Penyakit ini berlaku pada individu yang berusia melebihi 50 tahun dan juga mempunyai hubung kait dengan amalan merokok.

Selain itu, pesakit juga turut mengalami masalah perubatan seperti kencing manis, darah tinggi dan paras kolesterol darah yang tinggi.

Amalan merokok menyebabkan saluran vena mengalami kecederaan dan mengakibatkan berlaku tindak balas sel-sel darah pada tempat tersebut. Keadaan ini menyebabkan saluran vena menjadi sempit dan mudah tersumbat.

Saluran vena yang tersumbat ini menyebabkan kekurangan peredaran darah pada keseluruhan lapisan retina. Ini diikuti dengan terjadinya pendarahan dan bengkak pada lapisan retina.
Keadaan ini menyebabkan pesakit menjadi buta. Rawatan laser ditawarkan dalam kes-kes tertentu yang melibatkan bengkak dan timbul salur darah baru pada lapisan retina.

Sekali lagi, rawatan pencegahan amat penting. Dapatkan rawatan moden bagi memastikan penyakit kencing manis dan darah tinggi terkawal, serta pengawalan paras kolesterol yang optimum. Tinggalkan tabiat merokok yang terbukti menyumbang kepada masalah buta.

Hentikan tabiat merokok

- Selanjutnya berkenaan rokok. Hari ni PejabatPolitik berasa amat prihatin lak pasal kesihatan...semoga dijauhkan bala-bala..amin

Utusan

ARKIB : 03/06/2008

MEMBUANG tabiat merokok yang telah sebati dan menjadi darah daging memang sesuatu yang sukar. Namun, sebaik mula memikirkan untuk berhenti merokok sudah merupakan langkah pertama.

Persoalannya, sejauh sejauh mana anda sudah bersedia untuk mengambil langkah besar itu. Tidak mengapa jika sekarang anda belum bersedia, tetapi keinginan untuk berhenti merokok perlu dikekalkan. Teruskan belajar dan mempersiapkan diri. Jika ramai perokok berjaya membuang tabiat tersebut, anda juga boleh.

Anda tidak semestinya bersendiri untuk berhenti merokok, sebaliknya minta bantuan keluarga, rakan-rakan dan doktor. Untuk berhenti merokok memang sukar, tetapi apabila mendapat bantuan ia mungkin jadi lebih mudah.

Berikut beberapa panduan yang boleh diikuti untuk berhenti merokok:

lBersiap sedia untuk berhenti. Anda tidak perlu berhenti serta-merta, tetapi cuba tetapkan tarikh untuk berhenti. Pilih waktu di mana anda tidak mengalami banyak tekanan dalam hidup. Buang bekas abuk rokok, pemetik api dan yang berkaitan, sebelum mula untuk berhenti. Jangan benarkan orang lain merokok di rumah anda.

l. Ubah rutin anda. Sebagai contoh, jika sebelum ini anda akan merokok selepas makan, kini lakukan aktiviti lain seperti bersiar-siar.

2. Ambil ubat jika perlu. Ia boleh membantu meredakan rasa ketagihan dan tekanan. Anda boleh mengambil gula getah bernakotin, lozenges, patch tanpa preskripsi. Doktor anda juga boleh memberi ubat. Menggunakan produk pengganti nakotin atau ubat mampu melipat gandakan peluang anda untuk berhenti merokok.

3. Dapatkan sokongan. Meminta bantuan contohnya melalui program berhenti merokok yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Dapatkan juga kaunseling daripada doktor, jururawat atau terapi.

4. Sebaik saja berhenti merokok, komited dengan keputusan tersebut. Jangan mengambil produk tembakau sama sekali biarpun sekadar sebatang rokok kerana ia tidak membantu langsung, sebalik menyukarkan lagi keadaan.

Persoalan yang sering timbul bagi perokok

Kenapa begitu sukar untuk berhenti merokok?

Berhenti merokok memang sukar kerana tubuh mengalami ketagihan nakotin atau tembakau. Berhenti merokok bukan sekadar membuang tabiat buruk, sebaliknya mengajar tubuh berhenti daripada rasa ketagihan. Ketagihan boleh dikurangkan dengan gula getah bernakotin atau ubat lain yang tidak memberi kesan buruk sebagaimana tembakau.

Anda juga harus mengubah kebiasaan. Jika sebelumnya menghisap rokok atau mengunyah tembakau ketika tertekan atau merokok sambil minum kopi, anda harus memikir cara lain apabila mengambil keputusan untuk berhenti. Sebagai contoh, berbual dengan rakan atau menarik nafas dalam-dalam apabila berasa tertekan. Cuba kunyah gula getah kurang gula bagi menggantikan rokok.

Bagaimana jika berasa tidak selesa ketika cuba untuk berhenti merokok?

Memang anda mungkin berasa letih, rimas atau sedih ketika pertama kali cuba berhenti. Anda juga mungkin mengalami masalah untuk tidur dan makan banyak daripada kebiasaan. Perasaan itu tidak akan kekal lama dan ubat tertentu mungkin boleh membantu.

Adakah akan naik berat badan?

Perokok mungkin bimbang akan mengalami pertambahan berat badan apabila berhenti merokok. Jangan jadikannya alasan untuk berhenti daripada terus berusaha. Banyak yang akan diperoleh jika berhenti merokok. Berat badan anda mungkin bertambah beberapa kilogram, tetapi tubuh akan berasa lebih sihat dan dapat menjimatkan wang. Masalah kesihatan juga mungkin dapat dikurangkan.

Beberapa langkah boleh diambil untuk mengurangkan kenaikan berat badan:

-Bersenam bukan saja menyihatkan bahkan memperbaiki mood anda.

-Makan lebih banyak buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin, sebaliknya kurangkan makanan tinggi lemak.

-Cuba untuk tidak menggantikan rokok dengan makanan. Sebaliknya banyak minum air.
Bagaimana jika mula merokok semula?

Ramai yang gagal untuk berhenti merokok pada cubaan pertama (selalunya lebih lima kali) sebelum mereka benar-benar dapat berhenti merokok. Jika mula merokok semula selepas cuba berhenti, jangan putus asa. Setiap kali anda berhenti merokok walaupun dalam jangka masa pendek, sebenarnya semakin hampir dengan matlamat jangka panjang. Selalu ingatkan diri bahawa dengan berhenti merokok dapat mengelakkan penyakit serius dan hidup lebih lama.
Setiap kali cuba berhenti sebenarnya anda belajar lebih banyak tentang apa yang boleh membantu dan apa yang menghalang perjalanan anda.

Fikir semula apa yang menyebabkan anda mula merokok semua dan buat rancangan untuk berjaya kali ini. Anda pasti boleh.

Untuk panduan lanjut boleh layari www.health.yahoo.com.

Kanser paru-paru pembunuh nombor satu lelaki

- PejabatPolitik membawakan satu makluman ditujukan khas kepada semua kaum lelaki terutamnya mereka yang penagih rokok. - PejabatPolitik

Utusan

ARKIB : 03/06/2008

Oleh ROSMAWATI MION



1- KEADAAN paru-paru yang telah rosak. 2- PARU-PARU yang sihat.

LEBIH 10 tahun hidup Teo Chee Bin ditemani rokok. Setiap hari lebih 10 batang rokok dihisap dan tabiat merokok itu sukar dibuang biarpun dia sedar akan bahaya merokok terhadap kesihatannya.Namun, segalanya berubah pada tahun 2005 sebaik mendapat tahu dirinya disahkan menghidap kanser paru-paru.

Lebih menakutkan Chee Bin, 42, penyakit yang dihidapinya itu sudah berada pada tahap tiga.
Sejak itu, rokok yang selama ini menjadi 'makanan' hariannya, ditinggalkan terus dengan tekad tidak akan menyentuh ia semula.

''Memang perokok dikatakan sukar membuang tabiat merokok, tetapi apabila mendapat tahu diri diserang penyakit bahaya dan tidak boleh bertahan lama, sesiapa pun pasti mudah membuang tabiat itu," katanya ketika ditemui di Hospital Kanser NCI (NCICH), Nilai, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Bercerita lanjut tentang penyakitnya, Chee Bin memberitahu, mulanya dia menyangka diserang gastrik apabila mengalami kesukaran untuk menelan makanan.

Lantaran itu, dia menjalani pemeriksaan kesihatan, tetapi doktor tidak dapat mengenal pasti penyakitnya menyebabkan dia dirujuk kepada pakar yang akhirnya mendapati Chee Bin menghidap kanser paru-paru.

''Doktor mencadangkan saya menjalani rawatan kemoterapi, tetapi saya masih tidak berpuas hati, lalu mengambil keputusan untuk bertemu doktor lain di Singapura bagi mendapatkan pandangan kedua.

"Malangnya, jawapan yang sama juga saya perolehi," katanya.

Chee Bin yang berasal dari pekan Serom, Muar, Johor itu, akhirnya menjalani rawatan kemoterapi di Hospital Melaka dan tahap kesihatannya bertambah baik.

Bagaimanapun, kegembiraannya tidak berpanjangan, penyakit yang disangkakan telah semakin pulih itu kembali menyerangnya tahun lalu.

Lebih menyedihkan, Chee Bin diberitahu hanya mampu bertahan selama setahun.
Bagaimanapun, dia tidak pernah berputus asa apatah lagi setelah mengetahui ada juga mangsa kanser yang berjaya melawan penyakit itu dan hidup lebih lama.

Cuma, apa yang dikesali adalah tindakannya berjinak-jinak dengan rokok sehingga membuat dia ketagih yang akhirnya merosakkan kesihatan diri sendiri.

Menurut Pakar Perunding Perubatan Onkologi, NCICH, Dr. R. Kananathan, kanser paru-paru ini adalah satu penyakit yang serius dan lebih kerap berlaku ke atas kaum lelaki berbanding wanita.

Malah, katanya, kanser paru-paru juga adalah pembunuh utama kepada kaum lelaki di negara ini berikutan gaya hidup yang dijalani mereka iaitu tabiat merokok.

Jelasnya, pada tahun 2003, terdapat sebanyak 1,758 orang yang didiagnosis menghidap kanser paru-paru di Semenanjung Malaysia. Berdasarkan jumlah itu, 73.8 peratus pesakit terdiri daripada kaum lelaki manakala 26.2 peratus adalah wanita.

''Tabiat merokok telah dikenal pasti antara punca utama berlakunya kanser paru-paru. Selain itu, ia juga terjadi disebabkan pencemaran alam sekitar dan keadaan tempat kerja yang terdedah kepada bahan-bahan kimia," katanya.

PekaBagaimanapun katanya, masyarakat terutama perokok perlu sentiasa peka terhadap perubahan kesihatan diri memandangkan 80 peratus daripada penghidap kanser paru-paru hanya menyedarinya setelah penyakit itu berada pada tahap tiga atau empat.

Mengulas lanjut, Dr. Kananathan berkata, biarpun sebenarnya terdapat tanda paling awal bagi penyakit ini iaitu batuk berpanjangan, tetapi tidak bermakna bahawa penyakit kanser itu baru bermula.

''Sebabnya, bagi perokok, batuk sudah menjadi perkara biasa membuatkan mereka tidak menyedari kehadiran simptom itu sehinggalah keadaannya bertambah teruk dengan mengalami batuk berdarah," jelasnya.

Beliau memberitahu, simptom lain yang sering terjadi antaranya sukar hendak menelan makanan, suara serak, mengalami penurunan berat badan dan hilang selera makan.
''Justeru, sesiapa pun terutama perokok jika mengalami batuk berpanjangan selama beberapa hari termasuk batuk berdarah atau turun berat badan perlu segera mendapatkan bantuan doktor kerana lebih awal ia dikesan, lebih mudah dirawat," katanya.

Menurutnya lagi, sekiranya kanser tersebut dikesan pada tahap satu atau dua, ia boleh diubati dengan pembedahan dan rawatan kemoterapi.

Namun, jika sudah berada pada tahap tiga atau empat, rawatan yang diberi adalah untuk membunuh sel-sel kanser dan memastikan ia tidak merebak ke bahagian lain dalam tubuh iaitu dengan melakukan kemoterapi.


Bagaimanapun, jelasnya, hanya 50 peratus yang menjalani rawatan pada tahap ini memberi tindak balas positif dan hidup lebih daripada sembilan bulan. Selebihnya, tidak bertahan disebabkan kanser yang dihidapi bertambah teruk atau merebak ke bahagian lain.

Lantaran itu, katanya, perokok perlu sedar akan bahayanya merokok kerana setiap hisapan yang dilakukan mengundang maut bukan sahaja pada dirinya, tetapi turut mendedahkan risiko yang sama kepada mereka yang tidak merokok di sekelilingnya termasuk kanak-kanak.

Perokok pasif (orang yang menghidu asap perokok) juga merupakan antara mereka yang sangat terdedah kepada risiko pelbagai penyakit walaupun mereka tidak merokok.

Sementara itu katanya, mereka yang menghidap kanser termasuk kanser paru-paru perlu mempunyai pengetahuan berkaitan penyakitnya dan daya ketahanan yang kuat dalam usaha memastikan mereka mampu bertahan lama melawan penyakit tersebut.

Anwar diramal masuk UMNO?

Kepada semua sahabat PejabatPolitik, tuan-tuan tentu masih ingat apa yang PejabatPolitik pernah katakan 3 hari selepas PRU12 yang menyaksikan kekalahan teruk BN. Ketika itu, PejabatPolitik bersama beberapa sahabat bersembang berkenaan UMNO, BN, pemimpin UMNO dan PAS serta PKR.

Sahabat semua tentu masih ingat PejabatPolitik menyatakan bahawa rentetan fenomena politik negara sangat jelas menunjukkan perancangan pakatan sulit yang melibatkan beberapa pemimpin tertinggi.

Selepas ini, ingatlah tarikh-tarikh penting sebagaimana yang PejabatPolitik lakukan sekarang. Dan, semalam Utusan pula telah melaporkan hal yang semakin menyokong pendapat PejabatPolitik selama ini. - PejabatPolitik

KUALA LUMPUR 3 Jun - Seorang penganalisis politik meramalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat permohonan menyertai semula UMNO berikutan parti itu adalah satu-satunya wadah bagi membolehkan beliau mencapai cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri.
Pengarah Institut Pengajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin berkata, tanda-tanda jelas perkara itu akan berlaku ialah dengan permohonan bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Noor untuk menyertai UMNO baru-baru ini.

Katanya, kemasukan bekas orang kuat Anwar itu tidak boleh dilihat sebagai 'Kuda Trojan' seperti disangka banyak pihak sebaliknya beliau adalah 'landasan kereta api' bagi membuka laluan untuk bekas Timbalan Perdana Menteri itu kembali kepada UMNO.

Kejutan''Saya tidak pasti sama ada ramalan ini akan menjadi kenyataan atau tidak tetapi semua orang tahu bahawa banyak kejutan sering berlaku di Malaysia sejak akhir-akhir ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi dialog selepas membentangkan kertas kerja bertajuk Pembangunan Negara Bangsa dan Negara Etnik di Malaysia pada Persidangan Meja Bulat Asia Pasifik Ke-22 di sini hari ini.

Menurut Shamsul Amri, bukti bahawa Anwar masih berminat untuk kembali kepada UMNO jelas apabila beliau sehingga kini tidak pernah membuat permohonan menjadi ahli PKR walaupun beliau adalah Penasihat parti itu.

Katanya, Anwar juga akan memilih UMNO kerana merasakan bahawa beliau hanya akan menjadi Perdana Menteri selama '25 minit' sekiranya dapat memujuk wakil rakyat Barisan Nasional (BN) melompat parti menyertai pakatan pembangkang.

''Perkara ini boleh berlaku kerana pakatan terbabit sebenarnya tidak kukuh dan terdapat kemungkinan Pas akan keluar dan bergerak bersendirian.

''Kita juga harus ingat bahawa yang di-Pertuan Agong juga mempunyai kuasa untuk menolak pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri dan apa yang berlaku di Terengganu membuktikan kemungkinan ini tidak boleh diabaikan," ujarnya.

Tambah beliau, Anwar dijangka tidak menghadapi masalah untuk mendapat sokongan di kalangan ahli-ahli UMNO kerana beliau dilihat mempunyai pengaruh di peringkat antarabangsa.
''Sebelum ini terdapat jangkaan Datuk Seri Najib Tun Razak akan menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, tetapi sokongan terhadap beliau semakin berkurangan kerana dilihat terlalu banyak bersikap mendiamkan diri membabitkan isu-isu berkaitan perubahan kepimpinan negara," katanya.

Sunday, June 1, 2008

PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA 2008

Keadaan sebelum pilihan raya umum

Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 adalah pilihan raya umum yang ke-12 yang telah dilaksanakan pada hari Sabtu, 8 Mac 2008 sesuai dengan tuntutan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Walhasil Barisan Nasional (BN) kekal menang di peringkat Parlimen dan tewas di Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor. Kekalahan ini umumnya melibatkan ketewasan calon-calon UMNO kepada PAS, Gerakan, MIC dan PPP kepada DAP, PKR dan PAS masing-masing. Fenomena cukup bersejarah ini meletak BN dalam keadaan tragedi dengan penyaksian permulaan rentetan fenomena politik Malaysia searah dengan pola politik negara Asia Tenggara lain seperti Filipina, Thailand dan Indonesia.

Perdana Menteri (PM) Malaysia, Dato’ seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) telah membubarkan Parlimen Malaysia pada 13 Februari 2008 bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum dilaksanakan setelah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Suruhanjaya Piliahan Raya kemudiannya mengumumkan hari penamaan calon pada 24 Februari 2008 di bangunan majlis daerah masing-masing.

Menyoroti suasana pilihan raya umum 2008, terdapat beberapa fakta, isu dan dakwaan yang cukup menarik untuk diperhatikan. Antaranya ialah:

1. Pilihan raya umum kali ini menawarkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di 12 negeri kecuali Sarawak yang menjadi rebutan para calon yang bertanding. 10,922,139 warganegara Malaysia termasuk 221,085 pengundi pos layak mengundi sepertimana senarai akhir daftar pemilih yang dimaklumkan pada 5 Februari 2008. Jumlah ini memperlihatkan peningkatan pengundi seramai 600,000 berbanding 10.3 juta pengundi pada tahun 2004.

2. Sebelum pilihan raya umum, SPR telah mewartakan bahawa mereka telah melakukan penelitian bersama balai polis dan Jabatan Pendaftaran Negara bagi mengemas kini nama si mati, pindah dan sebagainya. Namun, masih wujud mereka yang pindah tetapi tidak bertukar alamat dan mereka yang telah mati tetapi belum dipadam rekodnya. SPR seterusnya menjelaskan bahawa hal ini berlaku kerana peruntukan undang-undang pilihan raya umum semasa tidak mengizinkan SPR langsung memansuh nama-nama mereka daripada DPI. Ini disebabkan daftar yang dipakai selepas 1 Jan hingga 31 Mac 2008 akan dipamerkan pada April 2009 untuk semakan orang awam, disahkan memansuh nama mereka yang meninggal sehingga 31 Disember 2008 sahaja. Selain itu, wujud juga nama yang bertindih iaitu melibatkan pengundi pos (polis dan tentera) yang namanya dua kali berdaftar.

3. Tempoh berkempen pilihan raya umum ditetapkan selama 13 hari sahaja. Dikatakan tempoh berkempen yang panjang mengakibatkan suhu pilihan raya umum meningkat sehingga boleh mnecetuskan keganasan dan huru hara. Ditimbulkan juga adakah keganasan itu dilakukan oleh pihak parti pembangkang atau pun mereka yang di upah oleh pihak kerajaan untuk melakukan huru-hara? Dengan itu, pihak pembangkag dapat dilihat atau dituduh sebagai pengganas semahu mereka. Untuk rekod, semasa pilihan raya umum Malaysia 2004 , masa berkempen hanya 8 hari sahaja. Pilihan raya umum 1999 hanya 9 hari. Pilihan raya umum 1995 dan pilihan raya umum 1986 - 10 hari. Mungkinkah benar kenyataan semakin pendek tempoh berkempen, maka peluang parti kerajaan mendapat majoriti 2/3 semakin cerah.

4. Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) tidak dapat melibatkan diri dalam politik secara langsung dengan menjadi calon pilihan raya umum sehingga April 2008. Justeru, pembangkang yang mahu melihat DSAI bergabung dengan Lim Kit Siang di Pulau Pinang dan menjadikan orang Melayu sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang tidak kesampaian. Keadaan ini menyebabkan timbulnya spekulasi wujudnya pelepasan kerusi Parlimen untuk DSAI bertanding selepas April 2008 nanti.

5. Wujud pertikaian berkenaan pengusaan atau monopoli pihak Barisan Nasional terhadap media perdana. Media elektronik dan media cetak rata-rata banyak membuat liputan mengenai Barisan Nasional semata-mata dan kurang membuat liputan mengenai parti pembangkang. Pembangkang mendakwa mereka disekat daripada mengguna media elektronik seperti televisyen lantas terpaksa mengaplikasi sepenuhnya teknik ceramah dan kempen dari rumah ke rumah yang banyak kelemahannya dan sukar pula dilakukan oleh parti pembangkang. Menurut pihak kerajaan, aktiviti ceramah dan perhimpunan pra pilihan raya umum 2008 yang diadakan oleh pembangkang telah mencetuskan rusuhan dan dilabel sebagai perhimpunan haram. Contohnya, Huru-hara di Kuala Terengganu 2007 dan Perhimpunan Bersih 2007. Namun, pembangkang mendakwa lantaran Malaysia ialah sebuah negara yang berprinsipkan demokrasi Raja Berpelembagaan, sepatutnya ceramah-ceramah bebas seperti ini tidak wajar disekat sebab tindakan menyekat inilah sebenarnya yang mencetuskan rusuhan.

6. Sepatutnya mana-mana bakal wakil rakyat tahu tentang undang-undang pilihan raya umum di Malaysia. Seseorang yang muflis, terbabit dengan jenayah, rasuah, penyelewengan, perjudian dan kegiatan maksiat sewajarnya jujur semasa mengisi borang penamaan calon. Kesilapan teknikal semasa pilihan raya umum tidak sewajarnya terjadi. Misalnya, DUN Senggarang, Johor dimenangi oleh PAS kerana kesilapan teknikal. Walhal kemenangan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum 2004 di Terengganu adalah sebenarnya contoh jelas kesalahan teknikal yang disedari oleh SPR tetapi telah diabaikan. Kesalahan ini adalah penipuan semasa mengundi seperti wujudnya ramai pengundi hantu. Banyak kawasan di Johor dan Sarawak dimenangi tanpa bertanding sebab faktor kewangan dan seumpamanya.

7. Strategi aplikasi sekatan seperti wang deposit yang mahal tidak seharusnya terjadi. Menurut peraturan SPR, setiap calon pilihan raya umum untuk kerusi Parlimen disyaratkan membayar deposit RM10,000 ketika menyerah kertas pencalonan, manakala RM5,000 pula bagi kerusi DUN. Selain syarat sedia ada iaitu pencadang dan penyokong mestilah daripada kalangan pengundi berdaftar di kawasan yang hendak ditandingi, semua calon pilihan raya umum juga perlu melampirkan borang Akuan Bersumpah beserta duti setem yang dibayar atau menghadapi risiko kemungkinan kertas pencalonan mereka ditolak. Sepatutnya calon dan parti tidak wajar dibiayai oleh mana-mana peniaga atau jutawan apa tah lagi warga/anasir asing. Mana-mana parti perlu insaf dengan menjual maruah dan parti lantas berkomplot dengan kuasa asing yang sentiasa mahu melihat Malaysia sekali lagi dijajah. Kos pilihan raya umum akan melonjak tinggi jika ditambah dengan pelbagai aksesori seperti topi parti, payung, T-shirt, khemah, bilik gerakan, sepanduk, bunting, bendera parti dan lain-lain. Sedarlah, Amerika Syarikat melalui agensi CIA selalu berada di belakang mana-mana pilihan raya umum di negara dunia ketiga.

8. Merujuk undang-undang yang ditentukan kerajaan, permit ceramah mestilah dipohon untuk setiap ceramah dan perhimpunan yang hendak dilaksanakan di setiap lokasi dan masa. Peliknya, setiap permit ceramah yang dipohon oleh parti pembangkang tidak pernah diluluskan, mengapa? Unit Tindakan Rusuhan (Poru) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) akan dikerah ke lokasi 'panas' seperti Marang, Permatang Pauh, Lunas dan lain-lain lagi untuk menghalang program ceramah dan kempen pihak pembangkang.

"Pekerja" pilihan raya umum 2008

SPR merupakan badan tertinggi yang bertanggungjawab mengurus pilihan raya umum dan kecil di Malaysia menurut Perlembagaan Persekutuan. Cuti 60,000 anggota polis telah dibekukan bagi menjamin keselamatan awam berada di tahap 100 %. Dan, hampir 149,000 guru-guru, pekerja majlis daerah dan pegawai Kemas telah diberi latihan secukupnya lalu dilantik sebagai petugas pilihan raya umum. Selain itu, 50,000 lagi kakitangan kasual termasuk juruterbang helikopter dan jurumudi bot di pedalaman Sabah dan Sarawak.

SPR pada peringkat awal telah bersetuju dengan tuntutan parti pembangkang agar dakwat pada kuku dan peti undi lutsinar digaplikasi dalam pilihan raya umum bermula tahun ini. Nombor siri pengundi pada kertas undi yang meragukan pengundi juga telah dimansuhkan. Namun, di saat akhir SPR telah mengarahkan agar penggunaan dakwat dibatalkan serta merta atas alasan yang tidak kukuh. Apa pun, pilihan raya umum tetap dilaksanakan walau pun pihak pembangkang sangat tidak selesa dengan perkembangan tersebut. Mereka tetap menggesa agar SPR dapat melaksanakan amanah dengan bersih dan memastikan tidak berlakunya penyelewengan dan rasuah.

Pasukan Peninjau pilihan raya umum

Setakat ini SPR tiada kuasa mengundang pemantau pilihan raya umum dari luar negara dan tiada kuasa akreditasi terhadap mereka. Pihak pembangkang mendakwa ini hanyalah alasan untuk menafikan berlakunya penipuan semasa pengiraan kira undi dijalankan. Alasannya, pemantau daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau dari negara maju akan mengundang masalah sahaja. Setakat ini PBB dan semua negara di dunia mengiktiraf status pilihan raya umum di Malaysia kerana mereka tidak tahu apakah sebenarnya tipu helah yang berlaku di negara ini berkaitan pilihan raya umum. Mafrel, diterajui oleh Abd Malek Hussin yang pernah bertugas dalam Pilihan Raya Umum Thailand 2008, mendakwa bahawa jika dijemput sekalipun, tentu akan ada yang tidak puas hati, kononnya dibeli. Bagaimana dakwaan itu diwartakan sedangkan pemerhati pilihan raya masih belum dibentuk?

Pengundi hantu yang diheboh oleh pembangkang semasa pilihan raya umum tahun 2004 belum dihadapkan ke mahkamah sehingga ke hari ini. Kecelaruan pilihan raya umum 2004 berpunca daripada:

1. Persempadanan semula kawasan pilihan raya
2. Dua senarai daftar pengundi
3. Nama si mati masih ada dalam daftar pengundi.
4. Perpindahan pengundi tidak dimaklumkan terlebih dahulu kepada pengundi yang terbabit. 5. Pengundi gagal mengundi kerana senarai daftar pengundi belum diumumkan.

Keputusan pilihan raya umum

Ketewasan paling teruk BN

BN dalam Pilihan Raya Umum ke-12 telah dinafikan majoriti 2/3 dan hanya boleh membentuk kerajaan pusat dengan majoriti mudah (iaitu lebih daripada 1/2 jumlah kerusi, tetapi kurang daripada 2/3 jumlah kerusi). Bagi DUN pula, BN gagal mempertahankan kerajaannya di negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, dan Selangor serta gagal mencapai harapannya untuk membentuk kerajaan di negeri Kelantan. Pilihan raya umum kali ini juga mempamerkan kegagalan banyak ahli politik veteran mempertahankan kerusi mereka masing-masing; Shahrizat Abdul Jalil, Koh Tsu Koon, Azis Ismai, Samy Vellu, M. Kayveas, Chew Mei Fun, Tan Chai ho dan Zainuddin Maidin. Manakala kemenangan kerusi Parlimen kawasan PM kurang membanggakan apabila undi majoritinya telah berkurangan banyak berbanding dengan Pilihan Raya Umum tahun 2004. Harus diingat bahawa BN hanya berjaya meraih kemenangan besar di Sabah, Sarawak dan Johor atas sebab pembahagian kawasan parlimen yang lebih memihak kepadanya - banyak kerusi diwujudkan di kawasan ini, walau pun kepadatan penduduknya jauh lebih rendah daripada kepadatan penduduk di negeri lain seperti Selangor, Perak dan Pulau Pinang. Rekod kekalahan BN kali ini adalah yang paling buruk sekali diikuti Pilihan Raya Umum 1969 dan Pilihan Raya Umum 1999.

Empat negeri beralih angin

BN gagal mempertahankan kerajaannya di negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Angin perubahan deras lagi mendadak ini jelas kelihatan apabila pilihan raya umum menjadi saksi bahawa parti pembangkang DAP, PKR dan PAS bersama memperoleh undian yang banyak lantas menguasai negeri-negeri itu dengan majoriti yang menunjukkan bahawa angin perubahan telah melanda pihak pengundi. Namun, secara teknikal parti-parti terbabit sebenarnya tidak memenangi negeri berkenaan kerana menurut SPR mereka gagal memperoleh majoriti mudah.

Gabungan antara parti pembangkang diperlukan untuk membolehkan kerajaan campuran diwujudkan. Berikutan kemenangan dalam pilihan raya umum 2008 yang memboleh mereka berkuasa memerintah 5+1 negeri, ketiga-tiga parti DAP, Keadilan, dan PAS telah bersetuju membentuk satu pakatan yang dikenali Pakatan Rakyat (nama belum muktamad) bagi mengukuhkan kerjasama sesama mereka. Namun, sehingga hari ini perikatan berkenaan tidak wujud lagi kerana sukar bagi mereka dapat bergabung lantaran jurang perbezaan prinsip perjuangan yang sangat luas.

Pasca Pilihan Raya Umum 2008

Cakar-mencakar dalam BN

Parti-parti komponen BN seperti MCA dan Gerakan mendakwa bahawa antara sebab kekalahan besar mereka dalam pilihan raya umum 2008 berpunca daripada UMNO. Antara isu-isu yang dibangkitkan termasuk tindakan Hishamuddin Tun Hussein yang gemar melambai keris dalam Perhimpunan Agong UMNO dua tahun kebelakangan ini dan Istana Zakaria.

Tun Dr Mahathir Mohammad dan anak bongsunya Mukhriz Mahathir pula mendakwa bahawa Pak Lah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kegagalan BN dalam pilihan raya umum kali ini kerana kelemahan dan "kelembikkan" pimpinannya. Tun Mahathir kemudian mengisytihar diri keluar daripada UMNO pada 19 may 2008 sebagai desakan kepada Pak Lah untuk meletak jawatan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri

Pak Lah pula tidak berpendapat bahawa “kelembikkan”nya menyebabkan tumbangnya BN, malah menuduh Tun Mahathir yang kuat mengkritik kerajaan BN sejak beliau bersara dan tindakan ahli-ahli UMNO yang mensabotaj 22 DUN dan 14 Parlimen yang menyumbang kepada ketewasan teruk BN. Pak Lah tetap tidak akan berganjak daripada memimpin UMNO dan Malaysia dengan alasan beliau mendapat mandat besar daripada UMNO (95%) semasa Pilihan Raya Umum 2008.

Zakaria Deros Meninggal Dunia

Zakaria Mat Deros, mantan wakil Pelabuhan Klang yang terjebak dalam kontroversi hangat kerana membina sebuah mahligai bernilai RM3 juta tanpa keizinan kerajaan negeri, telah meninggal dunia pada 11 Mac 2008 akibat serangan jantung. Menantu beliau, Roselinda Abdul Jamil mengambil alih tempat beliau dalam pilihan raya umum tetapi tetap kecundang.

Ekonomi

Gelora politik susulan pembentukan Kerajaan Malaysia yang amat rencam selepas pilihan raya umum 2008, ditambah pula kebimbangan kelembapan ekonomi sedunia kesan perkembangan ekonomi Amerika Syarikat yang tidak menggalakkan, telah menyumbang kepada keresahan pelabur dan junaman mendadak di Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL).

Pada 10 Mac 2008, iaitu hari pertama perdagangan, dua hari selepas pilihan raya umum, saham-saham di IKKL menjunam 9.5% daripada 1,296.3 mata kepada 1,173.2 mata pada pukul 5 petang, iaitu kejatuhan dalam sehari terbesar sepanjang sedekad lalu. Justeru, perdagangan di IKKL ditutup secara automatik selama sejam lantaran nilai saham menjunam melepasi had 10% pada 10.5%, sebagai langkah mencegah "penjualan panik"; IKKL kembali berdagang pada pukul 4 petang. Antara syarikat-syarikat berdagang yang teruk terjejas merupakan syarikat-syarikat kerajaan, termasuklah Sime Darby (jatuh 18%), UEM World (jatuh 24%), Tenaga Nasional Berhad (jatuh 15%) dan Malaysian Resources Corporation (MRC) (jatuh 34-39%).

Pada hari yang sama, nilai Ringgit juga jatuh lebih 1% kepada RM3.2075 berbanding satu Dolar AS, penutupan pada hari perdagangan sebelumnya ialah pada paras RM3.166 untuk satu dolar AS, sekaligus memusnah harapan untuk kenaikan 2.5% dalam sebulan seterusnya. Seorang penganalisa percaya bahawa pelabur asing yang sudah kehilangan premium kestabilan politik yang dinikmati sebelum pilihan raya umum melepaskan peluang pelaburan di Malaysia.

Persoalan mengenai prospek projek besar-besaran yang dimulakan atau diurus oleh pentadbiran Pak Lah daripada tahun 2004 hingga 2008 juga ditimbulkan; Pihak pembangkang berjanji akan menilai semula projek kerajaan utama, termasuk keinginan DAP mengkaji semula projek pembangunan hartanah bernilai $8 bilion di kawasan perindustrian Pulau Pinang. Cadangan pentadbiran untuk membentuk hab ekonomi di wilayah Utara, Timur dan Selatan Semenanjung, serta Sabah dan Sarawak sebelum ini menarik pelaburan baik tempatan mahupun asing, serta menaikkan IKKL, tetapi juga menimbulkan persoalan mengenai pembiayaannya.

Penganalisa lain pula percaya bahawa kebangkitan pembangkang selepas pilihan raya umum 2008 semakin kuat di parlimen lantas peluang meningkatkan ketelusan dan pentadbiran korporat. Seorang pengarah urusan sebuah syarikat pengurusan aset antarabangsa berkata, "Pembangkang yang lebih berkuasa adalah satu perkembangan yang positif untuk jangka masa panjang, agar memastikan sekatan dan imbangan bagi pembelajaan kerajaan bertrilion ringgit."