Friday, April 11, 2008

Johor, Sabah, Sarawak

Sebagai anak muda, saya sebenarnya agak keliru dengan keadaan ini. ' Kenapa PM bukan daripada kalangan pemimpin UMNO Johor atau Sabah?' Biasa la kan..saya baru nak berjinak-jinak dengan dunia politik ni. Ijazah Sarjana Muda pun dalam bidang Kejuruteraan Pembuatan. Ijazah Sarjana pula dalam jurusan Pembangunan Sumber Manusia, adalah kaitan sedikit tapi tidak secara langsung.

'Kenapa PM bukan daripada kalangan pemimpin UMNO Johor atau UMNO Sabah?' UMNO Johor dengan 26 parlimen dan Sabah dengan 25 parlimen masih memberi laluan kepada para pemimpin UMNO sebelah Kedah dan Pulau Pinang selama 50 tahun ini. Kenapa yek?

1. Hanya pemimpin UMNO di sebelah pantai barat Semananjung saja kah yang bijak-bijak belaka?

2. Memang itu tradisi UMNO kah?

3. UMNO mengamal sistem dinasti kah?

4. Pemimpin UMNO lain yang pengecut kah?

Kenapa Sarawak tidak teramasuk dalam senarai? Ini kerana di Sarawak tidak ada UMNO. Parti komponen di Sarawak berkumpul dalam Barisan Nasional (BN). Ini bermakna kuasa 'beli' mana-mana parti komponen di Sarawak tidak sekuat UMNO sebagai sebuah parti tunggal/tunjang dalam UMNO. PBB ada 14 kerusi jer. SUPP, 7 kerusi. PRS, 6 kerusi. SPDP, 4 kerusi. Ini mengunakan kira-kira mudah je la kan...

Tapi masih juga tidak ada yang berani tampil menjawab apabila saya tanyakan kepada pemimpin UMNO Johor dan Sabah. Memanglah kita boleh menyalahkan sesiapa utuk dipertanggungjawabkan. Alasannya, pemimpin UMNO Johor akan cakap pemimpin di Johor tidak bersatu. Pemimpin UMNO Sabah akan cakap pemimpin di Sabah tidak bersatu. Di Perak pun mungkin sama. Eh..di Kedah pemimpin UMNOnya bersatukah. Kalau bersatu taklah PAS merintah sekarang di Kedah. Di Pulau Pinang, negeri Pak Lah, pemimpin di sana bersatukah? Kalau ya, kenapa DAP dapat memerintah negeri PM itu ketika ini. Sebelum ini, Gerakan bukan UMNO pun.

Saya yakin pasti ada jawapan kepada persolan ini. Tuan-tuan bolehlah tolong fikirkan bersama sekiranya berminat.

No comments: